>Last moment<

293 49 19
                                    

Hold Me Tight - BTS

______♡______

Namjoon memasang sebuah lagu di radio dan kembali semula ke arah Seokjin. Tangan kekarnya dihulurkan semula dengan segaris senyuman, dengan mata yang tidak berkedip, Seokjin sambut saja.

Jari jemari mereka saling bergandengan, tubuh jejaka tampan itu ditarik perlahan bagi merapatkan lagi jarak antara mereka berdua. Walaupun kekok, Seokjin memilih untuk membisukan diri. Dia biarkan saja apa yang Namjoon mahu lakukan terhadap dirinya.

Lagu pun sudah dimainkan, rentaknya yang begitu harmoni menambahkan lagi rasa nyaman di ruangan kecil itu. Namjoon meletakkan pula tangan kekar kirinya di pinggang ramping Seokjin dengan sedikit rasa segan.





"Kau pandai menari?", bisik Namjoon di cuping telinganya. Seokjin sekadar menggeleng perlahan, kakinya hanya mengikuti pergerakan kaki Namjoon satu demi satu.


"Chill, aku pun tak pandai sangat menari hehe. Ermm kau ok ke? Rasa selesa?", soal Namjoon lagi dengan tatapan manja, senyumannya masih utuh dengan sepasang lesung pipitnya. Mereka berdua bergerak mengikut rentak muzik ala 90 an itu. Seokjin hanya ikut, dia sedar bahawa Namjoon sedang berimaginasi dengan orang lain, bukan dirinya.

Dirinya cumalah insan pelepas perasaan dan rindu, mungkin wajahnya mirip seperti bekas teman wanita Namjoon? Tak gitu? Itu sebab Namjoon melayaninya tidak seperti jejaka yang lain.



Seokjin terima.






"Psst, let me tell you something.", bisik Namjoon lagi di cuping telinganya, lelaki itu makin mengeratkan lagi jarak di antara mereka berdua sehinggakan dagu Seokjin sendiri bersentuh dengan bahunya.

"Yes?"

"Lepas degree, aku mungkin takkan duduk dah dekat Seoul.", sambung Namjoon dan langsung membuatkan wajah Seokjin berkerut. Mahu saja dia meleraikan pelukan kerana mahu kepastian namun Namjoon mengunci tubuhnya.


"W-Why...? Awak nak pergi mana?", soal Seokjin dengan suara yang sedikit serak, kemeja yang dipakai Namjoon mula dicengkamnya perlahan. Sekejap, terasa bagai dia aka  kehilangan seorang lagi teman rapat...

Namjoon terus mendakap tubuh Seokjin dan membenamkan wajahnya di bahu lebar milik jejaka itu. Cukup sakit untuk mengatakannya tetapi dia perlu juga, demi mengejar impian yang sudah lama diimpikan.



"Aku sambung study oversea, habis phd aku akan pulang semula ke Korea. Hmm tak lama, mungkin dalam 6 tahun atau lebih. Aku pun nak capai impian aku nak jadi peguam. Just like you babe, kau dah dapat kerja yang kau impikan. Kau usaha sehabis yang mungkin so...why not me? Aku pun boleh bukan?", terang Namjoon sambil tangan kekarnya mengusap perlahan belakang Seokjin. Seokjin sekadar membisukan diri, hal tu....dia tidak boleh halang.

"Goodluck Namjoon. Kejar impian awak, keep studying. S-Saya doakan kejayaan awak.", itu saja yang keluar dari bibir Seokjin. Dia menepuk belakang Namjoon berulang kali dengan segaris senyuman. Namjoon meleraikan pelukan dan menatap wajah Seokjin dengan wajah yang kerut.

Namjoon tahu...
Seokjin tak boleh terima dengan keputusan ni. Siapa yang akan jadi temannya buat seharian? Seminggu? Sebulan? Sampai 6 tahun lamanya.




"Kau pun dah nak sambung kerja. I hope you'll doing well babe. Aku akan sentiasa support kau, just one thing...kuatkan semangat kau. Kalau ada apa-apa masalah just call aku ok?"

"Call? Kita boleh sembang je kan dekat rumah?", Seokjin menggenggam tangan kekar Namjoon begitu erat sekali, kelihatan kedua-dua matanya sudah menakung air mata. Dia tak mahu Namjoon tinggalkannya? Mungkin ya.



"Esok aku dah kena bersiap, mungkin lusa hari aku akan bertolak ke Amerika. Kau pun dah mula bekerja esok kan? So yeah fighting~ Kalau ada apa-apa yeah...jusy call.", terang Namjoon seperti tiada apa yang berlaku, tidak pula bagi Seokjin yang sudah merona merah wajahnya menahan sebak.

Bukan dia nak halang Namjoon bagi mengejar cita-citanya yang sudah terimpikan lama, cuma...siapa pula yang akan berada di sampingnya selepas ni? Seperti juga apa yang difikirkan oleh Namjoon tadi.



Tiada sesiapa yang akan beri semangat untuknya lagi. Dia sangkakan Namjoon akan stay di Korea, jadi dapatlah mereka terus bertegur sapa. Sekurang-kurangnya dia mempunyai teman untuk berkongsi masalah dan luahan. Sebenarnya tidak lagi lepas ni.

Nak luangkan masa di usia awalan dewasa.....begitu sukar bagi Seokjin.



Kenapa Namjoon baru sekarang nak beritahu semua tu?





"Hey stop crying. Kenapa kau nangis?", tegur Namjoon yang mematikan lamunan Seokjin. Lantas jejaka itu mengelap matanya yang basah dan kembali kepada wajah yang serius.

"Goodluck, teruskan usahan awak.", ucap Seokjin dengan sekuntum senyuman, Namjoon pula berkedip mata. Seokjin risau atas perpisahan mereka? Maksudnya...Seokjin perlukan Namjoon dalam hidupnya gitu, itu sudut pandangan Namjoon.

He likes me?
Ahahaha mitos semua tu.



"Ada apa-apa advice untuk aku?", pinta Namjoon dengan sedikit kegedikkan di situ. Dia cuba untuk menghiburkan lelaki di hadapannya, setakat Seokjin tersenyum tipis pun boleh la.



"Only 3 things. First, belajar rajin-rajin.", ucap Seokjin.

"Okieee. Second?"


"Always contact dengan parents awak. Jangan nakal-nakal."

"Uhuk okey babe. Last?"





"Find your true love.", ucap Seokjin. Namjoon kian terkilan dengan point ketiga daripada lelaki itu. Wajah polos Seokjin ditatapnya semula, belum sempat mahu berkata apa-apa...Seokjin mulakan dahulu.


"Cari seseorang yang betul-betul sayangi awak. Biarlah tidak berharta tapi hati dan cinta awak, dia sanggup.
Create a life you can't wait to wake up to.....with 'her'.", itu sahaja yang terungkap dari bibir Seokjin, tangan Namjoon dilepaskan perlahan.

Muzik yang terpasang juga telah berhenti, suasana di ruang kecil itu kian sunyi. Namjoon sekadar menundukkan kepala, begitu mendalam apa yang cuba disampaikan oleh Seokjin sebentar tadi.

'Her'







"Ouh, look. Nampak macam salji la dekat luar.", teruja Seokjin lalu menyelak kain langsir untuk melihat suasana di luar. Memang betul, musim sejuk sudah tiba.


"Apa kata kita...minum teh panas dengan biskut coklat? Jom saya buatkan.", ujar Seokjin lagi dengan senyuman yang kali ini cukup manis. Jejaka itu menarik perlahan lengan Namjoon untuk turun ke bawah.

Namjoon sempat merenung ke arah tangan Seokjin yang mencengkam lengan bajunya, lelaki itu mengetapkan bibir dengan perasaan yang agak kecewa.






"Maybe I should stop loving him."    








TBC     

I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now