>Liar<

337 53 27
                                    

Reen memilih jenis sayuran yang sesuai untuk dimasak di pasar. Rasanya nak masak sup je lah, dia pun tak selera sangat nak masak.

"Kamu ni selalu je datang sorang. Makcik kesian la dekat kamu.", ujar penjual sayur dengan bercekak pinggang di hadapan wanita tersebut. Reen sekadar ketawa kecil dan menghulurkan sebakul sayur untuk ditimbang.

"It's ok la ahjumma hehe."

"Haish kamu ni. Cepat-cepat la cari pengganti, yang boleh jaga kamu dengan anak kamu tu. Kesian jugak tengok kamu duduk seorang je.", leter makcik penjual sayur lagi dan menghulurkan sayur yang telah dibungkus kepada Reen.

"Saya harapkannya juga. Doakan saya ahjumma."

Reen meneruskan langkahnya lagi dan berdiri di sisi jalan untuk menunggu kedatangan kereta grab. Rasa bersalah juga sebab tak beritahu Seokjin bahawa dia hendak ke pasar. Dia tak mahu menyusahkan jejaka itu, lebih-lebih lagi....Seokjin itu kekasih orang.

"Eh heluuu cikgu Reen? Uwu buat apa dekat sini?, tegur seseorang yang berjalan juga di lorong tersebut. Reen terbuntang kedua-dua matanya, secara automatik senyumannya terukir.

"N-Namjoon? Ouh saja beli sayur, saya pun nak balik ni naik grab. Awak buat apa di sini?", soal Reen semula. Mencuit hati juga apabila melihat Namjoon mengangkut tiga orang budak sekali, dah serupa seorang bapa yang berjaya. Tangan Taehyung terpaksa diikat dengan tali dan disambungkan dengan beg galas yang digalas oleh Namjoon. Takut hilang nanti.

Yoongi pula terus mendakap Reen aka cikgu kesayangannya itu. Reen pun membalas dakapan anak kecil itu dengan riang sekali.

"Ouh saya bawa budak-budak ni gi jalan. Saya tunggu kawan saya datang ambil. Dia pun sesak dekat traffic nuh.", balas Namjoon ramah mesra. Ouh Namjoon keluar dengan Hoseok sekali, saja nak bawa tiga ketul budak tu pergi bersiar-siar.

"M-Mana Seokjin?", tanya Reen dengan muka tebal. Selalunya Seokjin akan keluar sekali dengan mereka, tapi tidak pula kali ni.

"Ouh arr Seokjin ada kerja sikit. By the way, kita akan dapat berita baik nanti hehe.", balas Namjoon dengan ketawa terkehek-kehek. Itu membuatkan Reen sedikit ragu, apa yang dimaksudkan?

"Maksud awak?"

"Seokjin akan lamar Haejin hari ni. That's a good new!", balas Namjoon gembira. Reen turut tersenyum mendengarnya. Senyum di bibir tidak semestinya hatinya berbunga. Reen hanya mampu untuk menumpang gembira.

"Heluuu~ I'm here~ Meh masuk.", tegur seorang jejaka selepas cermin kereta diturunkan. Kereta Hyundai yang mewah itu diparkir di hadapan mereka berdua, Reen terkesima.

"Ah eloklah cikgu Reen meh la tumpang sekali. Kami boleh hantar cikgu Reen balik. Boleh kan Hope?", Namjoon mengalih pandangan ke arah Hoseok. Hoseok mengangguk laju dengan kenyitan mata disebalik cermin mata hitamnya.

"Sure, come in.", ajak Hoseok.




Aku mengetap bibir sambil berdiri di hadapan bangunan hospital terbesar di bandar Seoul itu. Baru lepas habis urusan dengan pihak hospital tersebut, ya...aku daftarkan semula diri sebagai doktor di situ.

Aku akan bertugas pada lusa hari. Fuhh you can do it Kim Seokjin! Agak tersentuh juga bila eomma dan appa dapat tahu yang aku kembali bekerja sebagai doktor. Haejin belum tahu.

Aku dah mesej Haejin untuk berjumpa di taman bunga Changdeokgung. Hmm mungkin dia akan datang lewat sikit, sebab tengah bermesyuarat. Tak sabar nak beritahu kesemuanya, mesti Haejin gembira.

I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now