>Ready To Go<

291 53 9
                                    

So hmm kembali kepada Seokjin yang ohsem. Agak gembira dan ada kala aku sedih juga dengan kehidupan baru Reen. Nampaknya dia sudah jadi milik Hoseok, ya aku terharu juga mendengarnya. Hoseok akan terus menjaga Reen dan timbakan sepenuh kasih sayang buatnya. Syukur.

Selesai satu masalah.


Yeah I'm happy don't worreyhh.





"Ermm Namjoon lama lagi ke kita nak balik?", soal aku dan memerhatikan saja si Namjoon yang sibuk scroll gambar yang sudah diambil tadi. Kalau nak diikutkan, kami berdua berjalan kaki je nak pulang ke rumah. Itu pun atas cadangan Namjoon sendiri, katanya nak menikmati angin sejuk malam-malam cenggini. Haa gituw~

Sebelum tu, sempat juga kami singgah di taman bunga yang terletak di tengah bandar Seoul. Cantik juga sebab tempat tu dihiasi dengan lampu cantik-cantik uwuu. Ramai orang datang tangkap gambar termasuk Namjoon. Hampir setengah jam kami meluangkan masa di situ, Namjoon pula acah photographer.

Aku jadi model yang tak bertauliah.





"Alaa babe kenapa tak senyum? Gambar ni lawa dah alaa alaaa.", rungut Namjoon yang duduk di sebelah. Aku sekadar tersenyun kelat. Masih tak lawa? Ini sungguh mengejutkan jiwa.


Selang beberapa minit, kami langsung tak bercakap. Namjoon menyumbatkan semula telefon ke dalam poket. Pemandangan di tepi tasik menjadi tumpuan aku, angin tersangatlah sejuk hmm. Entah kenapa hati aku rasa tak tenang pula.
Hmm sumpah tak bercakap.



Senyap.
Namjoon pun tak tegur aku. Bila dijeling sedikit ke arahnya, wajah Namjoon menghadap ke arah tasik. Selalunya hyper je, hari ni tidak pula. Dia terasa ke dengan kepalauan aku? Maybe.








"A-Awak dah packing barang?", akhirnya keluar juga suara daripada mulut aku membuatkan Namjoon berdecit. Namjoon mengangguk laju dengan senyuman lebar. Ok nampak seperti dia baik-baik saja.

Aku pun mengangguk sekali dua dan kembali memandang ke arah tasik. Aku mengapitkan kedua-dua tangan di celah paha. Suhu terlalu sejuk, kepulan asap yang dihembus kasar daripada mulut aku pun dapat menandakan bahawa aku tak dapat menahan kesejukan.



"Kau tak bawak sarung tangan?", soal Namjoon. Aku menggeleng perlahan dengan kedua-dua bahu terjenget. Nak salahkan Namjoon tak boleh juga sebab dia yang beria-ria ajak aku ke sini. Dah la jaket yang dipakai aku tiada poket.





"Babe?"

"Yes?", tanpa bersoal panjang, Namjoon mencapai tangan kanan aku lalu dimasukkan ke dalam poket jaketnya yang tebal. Sempat dia menjalinkan jari-jemarinya dengan jari aku bagi meredakan kesejukan. Aku tergamam, nak ditarik semula tak boleh juga. Namjoon sudah kasi jelingan maut.




"N-Namjoon—"

"Aku bukan nak acah sweet, aku just tak nak kau sejuk. Sebelah tangan kau lagi tu kapit je la, kalau nak kasi lagi panas lapik bawah punggung. Lebih afdal~", ujar lelaki lavender tu.


"Eh punggung? Why?"

"Your butt is hella freaking thicc you know? I like it~ Panas panas~"


"Hmm no.", aku menayangkan wajah separa disgust. Aku pun tak pernah menyanjungkan punggung sendiri. Ini pula lelaki lavender pelik ni, dia pernah ke ukur punggung aku? Mau aja aku call pulis.

Aku biarkan saja tangannya disembunyikan di dalam poket Namjoon, digenggam erat pula tu. Semakin hilang rasa sejuk, ia begitu selesa. Caring juga Namjoon terhadap diri aku. Terasa dihargai. Hmm tiber je.






"A-Awak memang nak b-bertolak esok?", soal aku dengan tergagap. Namjoon hanya mengangguk. "Pukul be-berapa?", soalan kedua pula ditujukan. Kali ini Namjoon terdiam sesaat. Lelaki itu mendongak ke atas dengan bibirnya dicebik.





"Dalam pukul lapan pagi. Aku kena keluar awal so ermm kau tak perlu buatkan breakfast dah esok ni ok? Kalau nak buat pun untuk kau sorang je.", balas Namjoon. Kali ini wajah aku dipandangnya sayu, senyuman yang tidak menimbulkan lesung pipitnya itu membuktikan Namjoon cuba untuk menyembunyikan sesuatu.




Aku tak rasa gembira mendengarnya.










Riak wajah muram yang mula terpasang di wajah jejaka si sebelahnya itu membuatkan hatinya terdetik sesuatu perkara.
Kenapa Seokjin kelihatan begitu sedih?
Dia tak suka kalau Namjoon bertolak pagi esok? Ataupun mungkin dia sedikit tertekan disebabkan tak dapat makan pagi bersama Namjoon buat kali terakhir? Yang mana satu hm.




"You know what, semua orang bakal tinggalkan saya.", ujar Seokjin dengan wajah yang tertunduk.



"Babe, kenapa kau cakap macam tu?"

"As you can see Namjoon. Awak pun nampak bukan? Dah ditulis takdir, saya akan terus ditinggalkan. Hehe abaikan.", sambung Seokjin lagi dengan tayangan senyuman tipisnya, sempat juga bergelak terkehek-kehej. Namjoon mengerutkan kening, walaupun ayatnya pendek dan singkat tetapi membawa makna yang mendalam. Namjoon tak rasa iaitu satu gurauan.


Seperti yang pernah dikatakan oleh Mrs Kim sebelum ni. Sebagai ibu, dia cukup mngenali setiap perangai anak-anaknya. Begitu juga Mrs Kim dengan Seokjin.

Seokjin memang selalu ditinggalkan mahupun dipulau sejak dari kecil. Entah kenapa, namun Seokjin tidak pernah meluahkan perasaannya sebagai seorang yang lonely kepada Mrs Kim. Itu sebab Mrs Kim anggap Seokjin baik-baik saja.


Mungkin tidak bagi Namjoon.






Tangan mereka berdua masih berpegangan, Namjoon mendapat satu idea untuk membongkar jawapan bagi rahsia yang tersimpan di dalam hati jejaka tersebut. Dengan keadaan yang tenang sekali, Namjoon merapatkan sedikit jaraknya dengan Seokjin. Jalingan jari-jemari mereka kembali dieratkan.







'Kalau Seokjin tidak menggerakkan jari-jemarinya saat ditanya soalan, bermaksud dia tidak mengiyakannya atau tidak memberi reaksi'

'Tetapi...kalau tangannya membalas genggaman tanpa bersuara, bermakna dia berkata benar'





Namjoon cuba senyum.







"Babe, kau tak nak aku pergi kan?", soal Namjoon lalu menggigit bibir bawah menantikan jawapan daripada jejaka tersebut. Seokjin tidak beralih ke sisi malah menjawab sepatah pun perkataan. Itu cukup membuatkan rentak jantung Namjoon tidak terkawal. Tetapi, apa yang tidak disangka...




...tangan Namjoon digenggamnya erat, sungguh erat. Seokjin mengetap bibirnya sekuat yang mungkin untuk menahan diri daripada menggugurkan air mata. Adakah itu bermaksud....hmm.


Namjoon memudarkan sedikit ukiran senyumannya dan mengajak Seokjin untuk pulang ke rumah. Cuba berfikiran lebih ke arah positif, mungkin Seokjin terlalu sejuk? Gitchew~
Siapa sangatlah si Namjoon buat Seokjin hm? Nothing gais nothing.







Yeah nothing.











TBC

Sokey kan kalau lagi panjang? Tak panjang sangat pun, just lagi 5/6 chap gitu~

I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now