>True Self<

304 56 0
                                    

Hoseok tidak henti daripada menggigit jari sendiri, dia berjalan ke hulur dan ke hilir di ruang menunggu. Hampir dua jam dia menunggu di situ, ada juga rakan-rakan Reen datang untuk melawat. Disebabkan Reen belum habis dibedah, mereka turut menunggu juga di situ. Keluarga Reen sudah pun dihubungi, mungkin agak lama lagi untuk mereka sampai ke sini sebab tinggal jauh dari Seoul. Lelaki itu kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran seseorang.





"Hope! Kau ada di sini ouf—", kata-kata Namjoon terhenti saat tubuhnya dipeluk erat oleh rakan karibnya itu. Kelihatan tubuh Hoseok begitu sejuk dengan sedikit menggigil, pelukannya langsung tidak dilepaskan. 





"Hey hey bro! Apa jadi duh? Aku dengar Reen—"


"Yes, Reen tengah jalani pembedahan. Aku takut Namjoon, aku takut kalau jadi apa-apa buruk dekat Reen.", balas Hoseok . Namjoon merengus nafas kecil dan cuba menenangkan rakannya itu dan memujuknya untuk duduk semula di atas kerusi. Pintu bilik pembedahan dipandang sekilas dengan rasa yang kurang senang. Namjoon belum tahu, siapa insan yang cuba selamatkan nyawa wanita itu.



Dan ya, Seokjin pula tidak kelihatan. Sudah puas dia mencari di sekitar hospital.



Seorang doktor yang masih berpakaian bedah melangkah keluar dari bilik pembedahan dengan begitu tenang. Mereka masing-masing meluru ke arah doktor tersebut dengan pelbagai pertanyaan terutamanya Hoseok yang hampir saja mahu pitam.






"Syukur, Puan Reen selamat serta anaknya. Cuma, puan Reen perlukan masa rehat dengan agak banyak kerana pembedahan yang teruk.", terang doktor tersebut. Mereka semua saling menghembus nafas lega, walaupun Reen selamat...itu tidak semestinya menentukan bahawa keadaannya 100% ok.


Hoseok kembali duduk dengan memegang kepalanya sendiri, nampaknya dia masih lagi risaukan keadaan wanita itu. Namjoon tdak boleh nak berkata apa-apa, dari sudut pandangannya Hoseok begitu sayangkan Reen. Tidak gitu?






"Ermm boleh saya tahu bagaimana keadaan puan Reen?", soal seorang gadis ke arah mereka berdua. Hoseok kenal gadis itu, ya gadis yang turut tolong Reen semasa kejadian cemas sebentar tadi. Hoseok mengukir senyuman tipisnya dan mengangguk perlahan, terus terbit juga senyuman di bibir gadis itu.



"Boleh saya tahu awak ni siapa? Kawan Reen?", soal Hoseok dengan ramah sekali.



"Ouh tak, saya orang awam je. Cuma saya risaukan keadaan puan Reen je."



"So, macam mana awak boleh tahu nama dia?", soal Hoseok semula, makin kerut keningnya ingin tahu.




"Ouh ermm saya tahu pun dari kekasih saya. Dia sebenarnya bekas suami kepada puan Reen, saya baru je tahu.", balas gadis itu, terus senyuman Hoseok pudar. Mereka didatangi oleh seorang lelaki yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Lelaki yang agak tinggi lampai itu sekadar membisukan diri, bertentangan mata pula dengan Hoseok. Hoseok mengepal penumbuknya, ouh lelaki inilah yang tidak berhati perut tu ya?




Reen pernah tunjukkan gambar perkahwinannya, wajah lelaki yang sama di dalam gambar itu menyakitkan lagi jiwa Hoseok. Tahap kemarahannya tidak boleh dikawal lagi.




Tanpa berkata panjang, Hoseok mengorak langkah ke arah lelaki yang dikatakan sebagai bekas suami Reen itu lalu melepaskan tumbukan ke arah wajahnya begitu kuat sekali sehingga rebah di atas lantai.



Hoseok terus menumbuk lelaki itu tanpa henti, jururawat dan orang awam yang berada berdekatan begitu gerun dan panik dengan situasi tersebut. Segera Namjoon meleraikan mereka berdua namun gagal, Hoseok kini dirasuk dengan kemarahan yang tidak terkawal.





I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now