>Not Too Late<

264 49 0
                                    

Aku berlari masuk ke dalam bilik di mana Reen ditempatkan, terdapat beberapa orang jururawat yang sedang berusaha untuk mempersiapkannya sebelum dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan. Pelitup pernafasan juga sudah terpasang di hidung dan mulut wanita itu, ubat bius juga disuntik bagi mematikan kesedarannya buat sementara waktu. Segera aku berlari ke arah Reen yang terbaring lemah, kain yang terkena kesan tompokan darah lagi merisaukan aku.

Jari-jemarinya menarik perlahan hujung lengan baju aku, dengan mata yang tertutup dia cuba berbisik. Air mata jernihnya jatuh mengalir, Reen menahan sakitnya.



"S-Saya takut...", bisiknya perlahan dengan hembusan yang perlahan. Tangannya aku genggam dengan ketaran hebat, aku sekadar tersenyum tipis dan mengusap perlahan dahinya. Reen tahu bahawa orang yang berdiri di sebelahnya itu yang bakal selamatkan anaknya bukan? Mungkin tidak. Aku tidak berucap panjang, dahinya aku kucup seraya bisikan, "I know you're strong, let's fight together."



Kau bertarung nyawa, aku akan bertarung dengan masa.....demi si kecil itu. Aku harap kau boleh bertahan Reen, aku tahu kau kuat.








Situasi yang sama aku tempuhi seperti dua tahun yang lepas. Kini, kedua-dua tangan aku bersarungkan dengan sarung getah. Pakaian pembedahan juga sudah dipakai, dua orang jururawat memandang ke arah aku dengan wajah yang berkerut, ya aku tahu masing-masing berasa gerun. Kerana kesuntukan masa serta keadaan yang terdesak, aku terpilih untuk menjadi penyelesaiannya.


Hampir satu jam aku menghiris satu demi satu lapisan kulit perut Reen, peluh yang mengalir tidak henti daripada membasahi wajah aku. Ini terlalu perit, hampir saja aku mahu menangis. Ya tuhan, tolong berikan aku kekuatan...wajah Reen yang tertutup kelopak matanya aku pandang sekilas. Maafkan aku Reen, aku tak sanggup nak teruskan rosakkan kulit ini lagi. Tetapi demi keselamatan anak yang kau nantikan, aku terpaksa.







"Sebab encik saya rasa sedikit semangat nak menyambut anak ini. Tak sabar nak tunggu anak ini keluar melihat dunia..."




"Siapa nak tolong jagakan anak ini kalau saya tak ada..."




"I know you can do it babe..."





"Chim tak marahkan mama. Terima kasih sebab selamatkan Chim..."









Aku hanya ada 30 minit lagi untuk keluarkan bayi ini, degupan jantung Reen pun semakin perlahan. Aku menangis, dengan secepat yang mungkin aku percepatkan gerakan. Aku tidak henti meminta maaf di dalam hati, aku terpaksa koyakkan isi perutnya dengan sedikit kasar. Darah yang mengalir keluar menambahkan lagi rasa sayu.




I'm so sorry Reen.













Suara teriakan bayi akhirnya kedengaran, masing-masing menghembus nafas lega. Anak kecil itu aku pegang dengan sedikit teruja, aku sudah berjaya. Terukir senyuman kecil di bibir aku sebelum menyerahkan anak kecil itu kepada doktor bantuan.



Bila dialih semula ke arah Reen, masalah lain pula yang timbul. Keadaan ibu anak ini pula yang perlu aku selesaikan, detik degupan jantung Reen semakin perlahan. Aku serta doktor yang lain cuba pula untuk menjahit semula isi perutnya yang sudah dihiris dan dikoyak dagingnya.








Reen akan selamat saja bukan?












TBC

Apa akan trjadi hm?(*_*)

I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now