>Stay<

344 53 7
                                    

Aku......dah baru selesai....


Beli cincin dengan eomma tengahari tadi. Ya, cincin untuk pertunangan aku dengan Haejin. Aku tak rilekss. Eomma cakap lagi bagus kalau aku percepatkan perkahwinan, nanti dah tak susah. Lama sangat aku tangguh lamaran sampai ke hari ni.


Rasa tak confident nak melamar anak gadis orang ni paling teruk wahai manusia sekalian. Kalau diterima tak apa, kalau direject tu ouff telan clorox sila. Sakit siot.



"M-Mama....a-apa tu?", soal Jimin sambil menarik lengan baju aku. Aku pula sibuk melipat baju mereka ke dalam beg masing-masing. Lusa kan diorang dah nak balik hmm.


"Ermm mana?"


"T-Tu...", tunjuk Jimin ke arah satu kotak kecil yang berwarna merah jambu yang diletakkan di atas meja. Aku cuba melangut tengok.


"Ouhh itu cincin untuk aunty Haejin. Kenapa sayang?"


"C-Cincin? Aunt-ty Haejin? M-Mama nak tinggalkan C-Chim...?", Jimin membulatkan kedua-dua matanya, bibirnya dimuncung ke hadapan. Uish, kuat meramal budak ni. Aku berhenti melipat baju dan menghadap anak berumur dua tahun itu. Kedua-dua tangannya yang kecil aku pegang.


"Taklah tinggal terus, nanti ermm bila-bila boleh kita jumpa lagi."


"C-Chim nak mama...", anak kecil itu terus memeluk tubuhku dengan suara tangisan yang kecil. Aku tergamam juga, takkan sampai dua minggu duduk di sini dah tak mau balik. Budak-budak, sekali dia suka memang susah nak berdusta. Ehem.
Aku membalas pelukan Jimin serta usapan di kepalanya.

Ouh by the way, katanya eomma nak keluar sekejap dengan Haejin. Macam biasa, diorang berdua kalau berjumpa memang ambil masa berjam-jam juga nak ke sana ke sini. Aku nak ikut, tapi eomma suruh stay dengan budak-budak ni. Huh takpa takpa gue menanggung rasa kiciwaaa.


"Babe, cikgu lawa tu datang rumah ler. Meh turun.", ujar Namjoon yang baru tiba di muka pintu bilik. Cikgu lawa? You mean cikgu Reen? Segera aku bingkas bangun dan mendukung Jimin ke tingkat bawah.



"Ouh hai cikgu Reen."

"Hehe hai, saya baru balik dari farmasi. So here, saya belikan sesuatu untuk diorang.", Reen menghulurkan sebungkus kuih mochi yang panas, aku dan Namjoon saling berpandangan. Seriously??


"Eh susah-susah cikgu je.", balas Namjoon dengan rasa segan. Reen tetap tersenyum manis dengan ketawa kecilnya.

"Gwenchanha. Ambil lah."

"Ermm alang-alang tu cikgu Reen masuk lah dulu, mesti penat tu. Nanti saya hantarkan cikgu Reen ke rumah.", pelawa aku dan memberi sedikit ruang untuk Reen melangkah masuk ke dalam rumah. Reen pula segan, terus lengannya ditarik perlahan oleh Namjoon masuk ke dalam. Haaa selesai.


Bahaya jugak kalau biar wanita itu balik seorang diri.
Namjoon dengan cermat mengiringi Reen ke sofa dan cuba membantu wanita itu duduk dengan selamat. Reen mengeluh sambil mengibas tangannya. Segelas air suam juga diberikan kepada wanita itu.

Jimin dan yang lain berada di dapur, senang asyik menikmati kuih mochi yang dibeli oleh Reen. Namjoon turut berada di situ, kawal kanak-kanak terlebih ribena.


"Macam mana d-dengan keadaan cikgu Reen hari ni? Semua ok?", soal aku dan mengambil tempat duduk di hadapannya. Reen sekadar mengikis kuku sendiri.


"Ermm kekadang rasa sakit juga perut ni, baby aktif sangat hehe. Dengar kata mungkin saya ada lagi masa seminggu sebelum bersalin.", balas Reen sambil mengusap perutnya, aku melirikkan anak mata ke arah perut wanita itu, sedikit kekeliruan timbul di fikiran aku.

I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now