>First Time?<

382 62 28
                                    

Hoseok menghadiahkan Namjoon sekuntum senyuman apabila secawan air kopi dihidang di hadapannya. Namjoon dengan muka ketat mengambil tempat duduk di sebelah Jin dengan memeluk dulang bulat aluminium itu. Wajah Hoseok tidak terlepas daripada menjadi tumpuan anak matanya.


"Ermm awak balik awal sebab...kerja dah habis? How about your new girlfriend?", soal Jin dengan agak ragu-ragu. Hoseok tetap tersenyum dengan rengusan nafas yang kecil.


"Ermm actually I dah break dengan dia. Don't worry I'm still happy being single back.", balas Hoseok dengan ketawa kecil lalu menghirup air kopi. Namjoon dan Jin saling berpandangan. Jin rasa bersalah pula, Namjoon rasa nak gelak, tahan selagi yang boleh. Jin kasi tamparan kecil dekat paha Namjoon.




"Sorry, so awak akan ambil semula anak-anak saudara awak?"


"Ouh yes, but not now. Saya akan ambil diorang pada hujung minggu ni. Saya ada kerja sikit, jadi awak boleh stay jaga diorang tu. Is it ok?", soal Hoseok dengan muka seposen lagi. Itu membuatkan Jin mengukir senyuman gembira.




"YESS! Why not? Kalau lama sikit pun tak apa hehe. Saya dah anggap diorang macam adik saya sendiri.", balas Jin teruja. Terkedua juga dibuatnya Hoseok, tak pernah lagi jumpa manusia yang seronok jaga empat ketul manusia berbisa tu. Lega sikit Hoseok mendengarnya.


Dalam perbualan, ada sekali dua Hoseok menjeling ke arah Namjoon. Senyuman sinis ditayang ke arah lelaku berambut warna lavender tersebut. Sengaja mahu mengusik Namjoon. Namjoon cuba menahan sabar daripada menghentuk kepala Hoseok dengan dulang aluminium.





"Uh by the way, dengar kata encik nak nikah ye hujung bulan ni?", Hoseok menyoalkan perkara tersebut. Jin mengangguk laju...kemudian tertunduk semula.


"Sedikit takut, saya tak yakin lamaran saya nanti diterima hehe. Dalam rancangan, mungkin selepas tugas saya mengasuh diorang dah tamat...saya akan lamar teman wanita saya.", ujar Jin tersipu malu. Hoseok turut gembira dengan berita baik tersebut.



"Wooowww you can do it bro~ Tapi kan, kalau encik percepatkan lamaran tu kan lebih bagus~ Kalau bab-bab nak kasi ayat cia cia haaa contact saya~", Hoseok menunjukkan isyarat call dengan ketawa besar. Namjoon menepuk dahi, mula dah perangai hanat kawan baiknya.



"Hmm sure, betul juga tu. Nanti saya cuba hehe."


"Wokey roger~"









So, lepas je Hoseok balik, eomma pula yang datang seperti yang dijanjikan. Eomma datang seorang je, appa sibuk bekerja. Agak kecewa jugak la bila eomma dapat tahu yang Haejin tak dapat nak datang berjumpa hari ni. Tapi eomma ok je, dia faham keadaan si bakal menantu yang sibuk bekerja.


Eomma datang sekejap je, esok balik pula. Datang pun saja nak singgah tengok keadaan aku di sini, eomma pun suka dengan budak-budak raksasa tu. Disebabkan teringinkan cucu, dia dah terbayang budak-budak tu sebagai cucu sendiri.


Terasa bersalah di sini....sebab kahwin lambat. Jangan risau wahai eomma yang disayangi, anakmu si Kim Seokjin bakal mencipta seberapa ramai cucu yang eomma inginkan. Muahahahhahahahahahah!!!




"Jinnie? Kau mengelamun apa lama sangat?", tegur Namjoon yang menolak bahu aku, nasib tak terjatuh. Aku kembali mencari botol bedak talkum yang baru di dalam laci. Namjoon pula mendukung tubuh kecil Jungkook yang baru dimandikan di sebelah.




"Eomma kau tak cakap pasal aku ke?"


"Hmm ada, eomma tanya pasal pengajian kau. Dia kata kau hebat orangnya, belajar sampai degree. Eomma harap kau pun dapat cari jodoh cepat-cepat. Majlis nikah kau nanti jangan lupa jemput.", balas aku dengan suara yang mendatar. Sebenarnya banyak lagi yang eomma cakap pasal Namjoon, cuma aku malas nak cerita kesemuanya. Aku ambil point yang penting je.


I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now