>New Friend<

590 84 55
                                    

Namjoon menyusun segala barang yang telah diberikan oleh Haejin sebentar tadi ke dalam almari. Haejin mengambil tempat duduk di kerusi meja makan sambil meliarkan anak matanya ke setiap sudut dapur itu. Dapur yang luas dan lawa-lawa hmm perempuan mana yang tak suka bukan?

"Kau nak minum apa-apa? Meh aku buat air.", ujar Namjoon. Gadis itu hanya mengangguk dengan senyuman manis, kalau ditolak nanti sakit hati pula. Dengan itu Namjoon mencapai gelas bercorak Hello Kitty. Nak buat air kopi je la.

PRAKK!

Pemegang gelas terpatah. Namjoon tergamam, emm gelas ni baru je Jin beli petang tadi. Haejin perhati je dari jauh.

"Emm awak ok? Ada masalah ke tu?", soal Haejin. Dengan pantas Namjoon beralih dengan senyuman kelat. Cuba cover seperti tiada apa-apa yang berlaku. Gelas tadi ditukar cepat-cepat dengan gelas yang baru.

"N-Nothing, sekejap eh.", Namjoon menekan air panas ke dalam gelas lalu dibancuh kopi berjenama Nescafeh. Dengan cermat, gelas itu dihulurkan ke arah Haejin. Muka cuak, kecelakaan tadi masih membingungkan. Macam mana la boleh terpatah pemegang gelas Hello Kitty tu.

"So awak rakan sekerja Seokjin? Dah lama kenal?"

"Emm tak lama dan tak baru. Apa yang penting aku rapat gila dengan Seojinnie ko macam ni–", Namjoon melekatkan kedua-dua jari telunjuknya, siap bermuncung bibir. Dah pelik dibuatnya si Haejin dengan tingkah laku lelaki di hadapannya itu.

"Kau pun tak lama lagi kan nak berkahwin dengan Seokjin?", soal Namjoon semula sambil menongkatkan dagunya. Haejin tertunduk dan bermain-main dengan cincin perak yang elok tersarung di jari manisnya. Gadis itu tersenyum.

"Hujung bulan ni. Seperti yang dijanjikan oleh kami berdua. Saya harap hubungan kami kekal selamanya macam pasangan yang lain. Dan saya berharap...Seokjin gembira hidup dengan saya...", setiap tutur kata gadis itu diikuti dengan senyuman manisnya. Iye la, mereka berdua jadi pasangan pun sebab ditemukan sendiri oleh keluarga. Dan ya ibu Seokjin si Mrs Kim Diva pun amat suka dengan perwatakan Haejin yang tidak seperti gadis yang lain.

"Uwuuu sweet la. Jealous aku hiks~", Namjoon acah mengesat air mata. Sempat lagi dia mengibas wajah sendiri. Itu membuatkan Haejin ketawa kecil dengan gelagat mencuit hati si Namjoon.

"Untung kau dapat lelaki macam Seokjin. Aku doakan korang berdua bahagia seperti mana yang kau cakapkan.", kata Namjoon. Haejin hanya tertunduk dengan anggukan kecil. Ya gadis itu mengharapkan...ianya menjadi kenyataan.

"Awak pun mesti ada pasangan sendiri bukan? Eh mestilah ada~ Awak cool~ Kacak pula tu.", puji Haejin. Selalunya kalau kaum lelaki dengar je pujian tu mesti malu alah terlebih. Tapi lain bagi Namjoon.
Lelaki itu menggaru dagu, matanya melirik ke atas siling. Tidak sengih mahupun acah malu.

"Aku single."

"O-Ouh.... Tapi tak patutlah awak nak bersingle. Ruginya perempuan mana yang tak mau dekat awak–"

"Ramai je yang nak. Tapi aku tolak~"

"Ouh...w-why?"

"Biarlah rahsia~", Namjoon menayangkan senyuman yang menampakkan kedua-dua lesung pipitnya. Haejin berkedip tanpa suara, gadis itu tak mahu menyoal panjang. Mesti mamat ni ada kisah silam yang agak....pahit.
Rahsia yang tersangat rahsia.

"Ouh sorry gais lambat sikit.", terpa Jin yang baru masuk ke dalam dapur sambil menyapu habuk di bajunya. Jimin tak ikut sekali, nampaknya budak tu dah tidur gamaknya. Jin mengambil tempat duduk di sebelah kekasihnya itu.

"Ahh Haejin, eomma saya sampaikan salam khabar. Nanti bila-bila awak free, eomma nak ajak gi somewhere~", kata Jin sambil mencuit pipi gebu milik Haejin.

"Pergi mana tu? Aunty Kim nak datang sini?"

"Iya~ Maybe minggu depan. Waitin~~".

"Ouhh oppa buat saya saya suspen.", balas Haejin lalu menanpar manja bahu lebar Jin. Nampaknya sepasang pasangan itu seronok berborak hingga berbunga sana sini.

Namjoon di situ hanya tersenyum segaris. Dia turut...menumpang gembira.

"Umm Jin, aku nak naik atas dulu ye.", minta Namjoon lalu pergi meninggalkan dapur. Segan pula kalau jadi orang ketiga dalam kebahagiaan orang lain. Bukan segan, tak patutlah. Namjoon memberi ruang kepada mereka.

Pintu bilik ditolak, kelihatan Jungkook sudah dibuai mimpi di dalam katil bayi itu. Yoongi pun sama, tidur terkangkang di atas katil. Namjoon tersenyum dan pergi menyelimutkan tubuh kecil Yoongi dengan selimut. Jap–

Anak mata Namjoon tertumpu ke arah ruang di sebelah Yoongi, dua benjolan besar yang tersembunyi disebalik kain selimut. Siap bergerak lagi. Apa yitu?

"Ermm hello guys, tak nak tido lagi ke?", soal Namjoon dengan nada bisikan dan menyelak perlahan kain selimut itu dan ya, Jimin dan Taehyung belum tidur lagi, mereka berdua bertemankan sebiji lampu suluh mainan dengan wajah basi. Nampak ke muka Namjoon, terus si Jimin bersembunyi di belakang Taehyung.

"Kami nak citer. E-Eomma syelalu bagey citer Cenow Waid dekat Taetae.", ujar Taehyung. Jimin turut mengangguk setuju.

"Ouh nak uncle tolong ceritakan?"

"Cenow Waid?"

"Iyaa~ Kita dengar citer Cenow Waid. Haa meh.", Namjoon mengambil ruang di tengah katil dan berbaring dengan perlahan-lahan. Takut si Yoongi terjaga, mau dibaling bantal Shooky dia tu nanti.

Taehyung dengan seronoknya duduk di sebelah Namjoon, Jimin masih bersembunyi di belakang Taehyung. Apa yang ditakutnya tu pun Namjoon tak tahu.

"Ok, once upon a time–"

"Apa tu?"

"Ermm pada suatu hari?"

"Syuatu hari? Ouhh wanz epone taim tu syuatu hari?", soal Taehyung lagi. Akal Namjoon bagai melayang di udara, ini anak banyak buat aku sabo.

"Yaa macam tu. Ok kita sambung, Snow white is the most beautiful girl in PuluPulu Town, she–"

"Bitiful? Bitiful tu apa uncle?"


Namjoon: 😐


"Bukan bitiful sayang. Beautiful~ Ok ikut cakap uncle, B E A U T I F U L~ Yeah like that~ Beautiful itu maksudnya cantik~"

"BUTUFULL! Yeah butuful laik thet~ Jimin butuful! Uncle butuful! TAETAE BUTUFUL!"

"Ermm aku rasa tak tersambung Cenow Waid dengan budak ni.", bisik Namjoon sendiri.






TBC

You're so butuful bebeh~

I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now