>TBH...<

421 64 59
                                    

Seharian Jimin tak bercakap, rasanya hari lain pun sama. Cuma hari ni mood dia terlebih lain membuatkan aku semakin risau. Nak kata sakit tidak juga.

Banyak lagi perkara yang bermain-main dalam fikiran aku. Satu, pasal hubungan aku dengan Haejin. Tak lama lagi aku dah nak kena bersedia untuk melamar gadis itu. Fuhh tak senang duduk.

Dua, pasal Reen. Macam mana keadaan wanita tu kalau aku dah tak kerja lagi sebagai pengasuh. Maksudnya aku tak akan hantar dan ambil Yoongi lagi, aku tak akan berjumpa lagi dengan Reen.
Siapa nak teman dia ketika masa yang cemas tiba nanti? Omo itu bahaya.



Last
Budak-budak ni....

Aku mengalihkan pandangan ke arah anak-anak kecil yang nyenyak tidur di atas katil itu. Baru duduk sekali selama seminggu, aku dah anggap diorang macam adik sendiri. Ermm maybe not, dah masuk tahap anak dah ni.

Jimin pula, ada sesuatu yang tak kena dengan budak tu.
Hmm semak otak kalau fikir banyak-banyak. Aku mengambil keputusan untuk turun ke bawah. Sekarang baru pukul 10:30 malam, eloklah menikmati secawan susu panas dulu.


Tiba saja di dapur, aku tercenggang.
Kelihatan seketul lavender sedang berdiri di sisi peti ais. Tubuhnya yang bergerak sikit mengelirukan aku. Apa yang dia buat duh?





"Namjoon?"


"Ouh tadaa~ Aku buat susu Nestum special untuk kau.", senyum luas dibuatnya Namjoon lalu menghulurkan cawan itu kepada aku. Aku sambut dengan mata yang berkedip, ouh dia buatkan air...


Dia buatkan air??

Tanpa memecahkan sebarang benda??

Itu menakutkan.




"T-Thanks.", aku mengorak langkah pula ke arah ruang tamu. Syukurlah, harap jangan dengan air dia pula yang merosakkan tengkuk aku. Fuhh kejam siak aku. Sila tepuk.


"Most welcome baby~ Ah budak-budak tu dah tido?", soal Namjoon semula sambil mengikuti langkah aku hingga ke sofa. Aku melabuhkan punggung di atas sofa dengan mengangguk sekali. Aku hirup perlahan air susu panas itu, aku terdiam sesaat.

Namjoon yang duduk di sebelah menantikan komen daripada bibirku, rahangnya terbuka separuh dengan senyuman. Aku menelan...kemudian membalas renungan lelaki grape tersebut.





"Nice! Sedap.", puji aku secara refleks. Susah juga aku nak puji manusia, kira untung si anak Kim.

"Ouhh hegegegegeh maceh~~~", balas Namjoon sambil memeluk tubuh sendiri. Syok la tu. Dengan bahu aku ditamparnya, nasib tak tersembur. Aku turut senyum bangga, dah serupa anak dara kena puji sebab lulus memasak.

#yangtengahbacatutersengih




Aku memudarkan semula senyuman tadi, cawan diletakkan di atas meja selepas selesai sudah aku menghabiskannya. Namjoon yang asyik menonton rancangan di televisyen turut terdiam apabila terlihat saja wajah muram aku yang basi di situ.




"Baby? Kau ok?"

"No, I'm not."

"Kenapa ni? Cerita dekat aku.", tanpa amaran aku mendekati Namjoon dengan jelingan tajam ke arah wajah lelaki itu. Namjoon cuak.

"Awak rasa kan...patut tak saya kerja semula sebagai doktor? Macam mana kalau saya teringat dekat kisah silam tu? Macam mana dengan respond eomma awak nanti? How how how?", soal aku bertubi-tubi sehinggakan kolar baju milik Namjoon pun ditarik.

I'm not your Mom •||K.S.J||•Where stories live. Discover now