[6/5]MENEKAN nama Cempaka yang tertera di skrin, tangan segera meletakkan telefon ke telinga dengan dada berdebar halus. Sesaat, dua saat, bunyi talian berbunyi menandakan panggilan tersebut sudah pun masuk. Beberapa saat menunggu, akhirnya panggilan masuk ke peti suara. Segera dia matikan panggilan.
Keluhan kecil terbit seketika sebelum panggilan dicuba sekali lagi. Baru sekali, takkan dia dah nak putus asa. Entah-entah Cempaka masih ragu-ragu nak terima panggilan daripada nombor yang tak dikenali.
Tut... tut... tut...
Lama terasa menunggu panggilan bersambut. Dan saat telefon mahu ditarik semula daripada telinga, bunyi helo di hujang sama membuatkan dada teruja semula. Duduk dibetulkan buat seketika sebelum tekak berdehem kecil.
"Cempaka?" soal Farrel walaupun sudah yakin dengan suara di sebelah sana.
"Ya, saya. Siapa ni?"
"Hmm, ni saya. Farrel."
Farrel menanti balasan daripada Cempaka. Tapi beberapa saat, Cempaka masih diam tak bersuara.
"Err... Cempaka?"
"Ya."
"Awak okey?"
Diam lagi bebarapa saat sebelum suara gadis itu kembali berbunyi.
"Farrel."
"Hmm?"
"Ada apa awak call ni?"
Farrel tersenyum kecil sambil tubuh dibaringkan semula ke atas katil. Dada yang berdebar halus makin buatkan dia teruja mahu mendengar suara Cempaka. Jujurnya, dia dah mula sukakan Cempaka. Entah bila dia pun tak tahu, tapi yang pasti, Cempaka menarik minatnya terlalu cepat.
"Sebenarnya... saya nak ucap terima kasih. Sira labu petang tadi, sedap sangat-sangat," jawab Farrel dengan suara ceria.
"Oh..."
Sekali lagi Farrel tersenyum geli hati. Nampak tak gaya malu-malu Cempaka nak berbual dengan dia tu. Haila, terlalu attractive!
"Tapi sikit sangatlah. Tak puas saya makan tadi."
"Emm..." Itu sahaja balasan Cempaka.
"Kejap, awak tak busy, kan? Saya tak ganggu awak ni, kan?"
"Tak."
Sepatah demi sepatah sahaja yang dijawab Cempaka setiap kali Farrel bertanya. Tapi Farrel faham, memang gaya Cempaka, depan-depan pun macam tu juga. Dia tak naklah kedengaran memaksa Cempaka untuk terus selesa dengan dia. Cempaka sudi berbual dengan dia pun dia dah rasa senang.
"Cempaka...?"
"Ya."
"Boleh saya tanya something?"
Beberapa saat jugalah soalan Farrel tergantung sahaja tanpa apa-apa balasan. Buatkan Farrel tertanya-tanya sendiri, apa yang Cempaka tengah buat sekarang. Cempaka tak suka ke apa bercakap dengan dia?
"Apa dia?" jawab Cempaka, akhirnya.
Farrel mengacip bibir dengan mata terbuntang lurus ke arah siling. "Emm, Aathif tu siapa?"
"Aathif?"
"Ya. Aathif, kan nama lelaki yang tunggu kita balik daripada klinik hari tu? Kalau saya tak silap, dia bahasakan awak kakak."
Seperti biasa, Farrel terpaksa menanti dulu beberapa ketika sebelum suara Cempaka kembali kedengaran.
"Aathif tu bekas adik ipar saya."
YOU ARE READING
Bakawali, Bunga Suci (Love Novel Publication)
RomanceCempaka, gadis kampung yang tertimpa dengan satu 'sumpahan'. Semuanya bermula apabila suami pertamanya meninggal akibat kemalangan di hari perkahwinan. Manakala suami keduanya pula meninggal di malam pengantin. Disebabkan nasib tersebut, Cempaka di...