[22/3]
PAGI INI, Farrel dikejutkan dengan kehadiran Faysal daripada KL. Adik lelakinya itu memang tak ada bagitahu sepatah apa pun pasal nak datang ke sini. Berkomplot dengan Pak Teh ke apa, dia malas nak tanya. Pukul sembilan pagi, tiba-tiba sahaja kereta lelaki itu terpacak di depan rumah Pak Teh. Memanglah dia terkejut sebab tak sangka Faysal berani memandu seorang diri sampai ke sini. Malam-malam buta pulak tu. Kalau dia tahu, dia dah ketuk kepala awal-awal tak izinkan.
Gembira, memanglah dia gembira dapat tengok adiknya itu yang sudah beberapa minggu tak berjumpa. Tapi risau juga dia terkenangnya waktu dan keadaan Faysal yang memandu tanpa teman. Tapi dia nak marah lebih-lebih pun, adiknya itu sudah selamat sampai. Bersyukur sajalah sebab tak ada apa-apa masalah masa dalam perjalanan semalam.
Sekarang, si Faysal tu sedang terbongkang di dalam bilik. Penat memandu sampai ke pagi, jadi dia biarkan sahaja adiknya itu berehat seketika.
"Rel?"
Ralit dengan handphone di tangan, Farrel hampir tak sedar akan kehadiran Pak Teh. Melihat lelaki itu duduk di kerusi di sebelahnya, Farrel tersenyum segan seketika.
"Ralit tulah. Tengok apa?"
"Eh, tak ada apalah, Pak Teh. Saja aje ambil tahu isu-isu semasa dekat FB ni."
"Benda-benda viral tulah, kan?"
Farrel ketawa kecil dengan ulasan sendiri Pak Teh. Dia faham Pak Teh tak mengikut perkembangan semasa sangat. Orang-orang lama, mereka cuma dapat infomasi semasa daripada berita di kaca TV dan surat khabar saja biasanya. Jadi, bila Pak Teh sebut perkataan 'viral', dia rasa lucu sedikit.
"Kamu nak pergi tengok challet tu pukul berapa? Dah nak tengah hari ni."
"Kejap lagi. Tunggu si Faysal tu bangun dulu."
"Hmm, yalah. Kereta kamu tu pulak macam mana?"
"Kereta... esok atau lusa, kut. Pomen tu bagitahu, nanti siap dia akan call."
Farrel diam sama seketika apabila Pak Teh turut diam. Lelaki itu tenang seperti biasa, memandang laman rumah yang luas di depan mata.
"Pak Teh, saya nak tanya sikit boleh?"
"Tanya apa?"
"Sebenarnya dah banyak hari dah saya nak tanya, tapi macam tak jumpa cara yang sesuai."
"Macam serius aje, kamu ni."
Farrel mengangguk kecil. Agak serius jugalah. Tapi kalau dia tak tanya, tak selesa juga asyik bermain-main dalam kepala.
"Haa, tanyalah."
"Hmmm. Cempaka tu... kenapa dia panggil Pak Teh, ayah?"
Pak Teh tersenyum sambil menarik nafas kecil. "Cempaka tu bekas menantu Pak Tehlah," jawabnya dengan nada lembut. "Isteri Fattah."
Farrel menelan liur yang mula terasa sedikit kelat. Memang itulah sebenarnya jangkaan dia, tapi apabila dengar sendiri daripada mulut Pak Teh, dia rasa lain sedikit. Cempaka yang sempurna di mata semua orang itu sebenarnya sudah menikah dan kini memegang status janda. Dia rasa susah nak percaya pula.
"Kamu tahu ke tak cerita pasal Fattah dengan Cempaka?"
Perlahan sahaja kepala digelengkan. Cerita apa? Dia sendiri terlupa yang Pak Teh ada anak lelaki yang dah meninggal dunia. Semua itu rasanya baru sahaja diketahui sebaik sahaja dia sampai ke sini. Dulu, dia sibuk dengan hidup sendiri. Manalah dia nak ambil tahu sangat pasal hidup orang lain.
Mama mungkin dah pernah cerita, tapi mungkin dia sendiri yang tak ambil peduli sangat. Ah, ignorent sangat ke dia dengan orang sekeliling dia dulu?
YOU ARE READING
Bakawali, Bunga Suci (Love Novel Publication)
RomanceCempaka, gadis kampung yang tertimpa dengan satu 'sumpahan'. Semuanya bermula apabila suami pertamanya meninggal akibat kemalangan di hari perkahwinan. Manakala suami keduanya pula meninggal di malam pengantin. Disebabkan nasib tersebut, Cempaka di...