Bab 16

272 19 3
                                    

[6/5]

Selamat berpuasa guys, (walaupun dah 2 minggu puasa. hihi)

Oh, nak ajak selawat sekali boleh? Besar pahala bulan Ramadan ni.

Sama-sama;

Allahummasolliala sayyidina Muhammad.

Okay, dah. Hehe. Selamat beramal semua. ❤

Maaf lambat update. Hari ni saya bagi 2 bab. Huhu.

-----------------------------------------------------------

TURUN daripada kereta, Cempaka tersenyum lebar melihat bekas mak mentuanya yang ceria di ruang tamu depan rumah. Sebelum melangkah ke kaki tangga, dia ke pintu penumpang terlebih dahulu. Mengambil bekas tuppawere yang dibawa daripada rumah.

"Assalamualaikum..." ujarnya dengan senyuman yang masih bergayut di wajah.

"Waalaikumussalam. Mari naik meh. Banyak hari ma tak tengok Cempaka. Bunyi kata, demam. Sihat dah?"

"Sihat dah ni. Boleh mari berjalan rumah ma ni." Tangan bekas mak mentuanya itu disambut dan dicium lembut sebelum pipi pula dikucup kiri dan kanan. "Ma sihat tak?" soalnya pula.

"Sihat lagu nilah ma ni. Boleh berjalan dalam rumah pun dah kira bagus sangat dah."

Cempaka menggosok-gosok bahu wanita itu, mesra. Melihat wanita itu tersenyum ceria, tenang sahaja jiwanya.

"Ni, Cempaka bawa sira labu. Ayah suka makan sira labu."

Mak Teh tersenyum senang melihat bekas tuppeware yang diletakkan di depannya. Menantu dia ni, rajin betul bab masakkan sesuatu untuk dibawa ke sini.

"Semalam, Jemin tu bagi. Dia kata labu tu, yang tumbuh dekat belakang rumah dia. Dia bagi dua biji dekat Cempaka. Kecik-kecik, tak besar mana pun..." terang Cempaka lagi. Duduk diambil sebelah wanita itu.

"Ayah pergi mana?"

"Kat padang rumput tulah. Tengok lembu-lembu dia."

Cempaka mengangguk kecil. Mata terhala pula ke arah kereta Farrel. Lelaki itu ada dekat rumah agaknya?

"Jangan lupa, makan ubat tu. Saya balik dulu."

Teringat pula pesanan yang Farrel tinggalkan selepas lelaki itu hantar dia balik daripada klinik tempoh hari. Selepas itu, dia dah tak dengar apa-apa lagi daripada lelaki itu.

"Farrel tak ada. Keluar dengan adik dia."

Terasa bagai dibaca fikirannya, Cempaka berpaling segan. Mak mentuanya juga tersenyum sama.

Tapi sekejap, adik?

"Faysal, adik dia, nak balik dah hari ni. Tu yang dia keluar pergi pekan sekejap tu. Nak beli barang-barang yang mama dia pesan, nak bawa balik KL."

"Adik dia?"

"Ya. Dah berapa hari adik dia tu datang sini. Hari ni nak balik dah. Ni, dia orang keluar dengan kereta si Faysal tulah. Itu yang kereta Farrel ada duk tersadai dekat situ."

Cempaka diam sahaja sambil mengangguk kecil. Mungkin kereta itulah kereta adik Farrel yang Farrel gunakan untuk bawa dia ke klinik tempoh hari. Dia tak sempat nak bertanya pun. Penat melawan sakit sendiri.

Bakawali, Bunga Suci (Love Novel Publication)Where stories live. Discover now