Crackk!
Bunyi meja kayu yang hampir patah .Bunyi kerusi kayu bergesel di lantai juga kedengaran.
Tuhh!
Ludah bercampur darah melekat di lantai.Pemuda itu mengelap hidungnya dengan lengan.Darah kelihatan masih mengalir melalui lubang hidungnya itu.
"Perlu ke kau nak pukul aku sampai macam ni?"
Crackk!
Arghhh!!
Pemuda itu menjerit kesakitan.Kalini bukan bunyi meja kayu namun hidungnya kedengaran bergalih.Dia memegang hidungnya menahan kesakitan.Dia sudah tersungkur di lantai.Matanya berpinar.Hidungnya kebas.Dia seolah olah tidak dapat merasakan hidungnya lagi.
Belum sempat sakitnya surut,rambutnya ditarik.Badannya terikut sekali dengan tarikan itu.Dia diseret ke sebuah meja kayu.
Bukk!
Kepalanya dihempas ke bahagian tepi meja itu.Kalini dia menjerit dengan lebih kuat lagi.Darah di dahi pula mengalir.Dia sudah tidak bermaya.
"Sorry Luna,aku mintak maaf" kata pemuda itu.
Luna meniup rambutnya yang terjurai ke hadapan itu kembali ke atas dan tersusun.Dia mendekati pemuda yang sedang terbaring di lantai.
"Sorry ea? Tak pasal-pasal aku berpeluh sebab nak hentak kau ni.Bangsat"kata Luna kasar.
Dia menyeluk poketnya.
Kotak rokok dikeluarkan.Diketuknya beberapa kali di tapak tangannya lalu mengeluarkan sebatang rokok yang sudah hinggap di mulutnya.
Pcsss..pccss
Pemetik api dipetik beberapa kali sebelum berjaya membakar sebatang rokok jenama entah apa namanya.
"Kalau aku dengar lagi,kau bahan aku sebab aku macam jantan,aku patahkan 'bawah' kau pulak.Biar kau rasa macam mana jadi betina."kata Luna marah.
Pemuda itu hanya diam.Menahan kesakitan.
Krakkk!
Kaki kerusi kayu itu merekah disepak Luna.
"Kau dengar ke tak bangsat?!!"marahnya.
Lelaki tadi sudah menangis teresak.Keluar air mata jantannya.
"Dengar..."jawabnya dengan suara meleweh kerana menangis.
Luna membersihkan bajunya.Takut-takut ada habuk yang hinggap.Dia merapikan rambutnya yang agak pendek itu.Dia menggalas begnya lalu melangkah keluar daripada kelas terbiar itu.
Dia menoleh pemuda itu kembali.
"Bangsat punya jantan"katanya lalu beredar meninggalkan pemuda itu berseorang menahan kesakitan.
****"Eh Sam,kau dah siap assignment semalam tu?"tanya Fauzi sebaik mereka sampai di kafe kampus itu.Dia meletakkan beg galasnya di kerusi bersebelahannya.
"Yang mana?Report?"soal Sam.Pandangannya masih tertumpu ke arah laptopnya.Sedang membuat suntingan pada sebuah video.Sudah jadi kebiasaan bagi pelajar fotografi untuk bermain dengan suntingan video dan gambar.
Fauzi melihat skrin fonnya.Sedang memastikan apakah sebenarnya assignment yang perlu dihantar hari ini.
"Yang mana oi?"tanya Sam.Dia melihat rakannya itu.Sibuk membelek telefon.
"Oii..."tanyanya lagi.
"Kejap la dol,aku tengah check"kata Fauzi.
Bunyi geseran kasut baru di lantai itu menarik perhatian Sam dan Fauzi.Mereka menoleh.
"Tu bukan Amri ke?Pehal berbalut ea kepala dia?And siapa yang macam bodyguard dia tu?"Soal Fauzi hairan.Mereka berdua hanya melihat kelibat Amri yang melintasi mereka itu.Gerun jugak tengok muka brader yang jalan sama dengan Amri itu.Macam samseng yang bukan taik kucing.The real samseng orang bilang.
Sam menutup mulutnya yang terlopong dek terkejut.Memang bukan taik kucing muka dan badan brader yang escort Amri tu.
"Kau check dulu assignment yang kau nak,aku pi tandas sat."kata Sam yang berdiri lalu melangkah pergi.Nak terkencing pulak lepas tengok samseng lalu depan mata.
Dia pun duk terfikir ada apa dengan Amri sampai ber 'escort' kan lelaki berbadan tegap itu.Ada pertandingan gusti mungkin.Takpun angkat berat.Pintu tandas itu ditolak perlahan.
"Shit!"
Kata Sam hampir menjerit dek terkejut.
"Luna?"
YOU ARE READING
14 Hari
ActionSetiap hati yang keras boleh dilembutkan asal kena dengan caranya.Cinta yang hadir dalam keadaan yang tidak disangka. 14 Hari. 14 Hari Luna terperangkap di sebuah pulau kecil.Bayangannya tentang hari mendung dengan ombak yang tinggi rupanya benar be...