Beberapa titik air hujan hinggap di pipi Luna.Dia membuka matanya.Kelihatan matahari sudah bersinar namun hujan masih turun dengan rintik.Matanya silau dek matahari namun dia dilindungi pokok kelapa yang tumbuh menjadi tempat berteduh.Luna menahan kesakitan.
Lupa kakinya kejang.Kesannya masih terasa.Luna cuba bangkit dengan perlahan.Dia menoleh kanan kiri.
Mana Sam?soalnya.
Dia menoleh lagi kiri dan kanannya.Ini bukan tempat dia kejang tadi.Dia berada di suatu kawasan yang redup dilindungi pokok kelapa dan pokok ru.Mesti dia terlelap sebab penat sangat.
Luna agak terkejut apabila bajunya kini dah ditanggalkan dan dia kini hanya bersinglet.
Sam yang tanggalkan?soal hatinya lagi.
"Sakit lagi tak kaki?"tanya Sam yang baru muncul entah daripada mana.Ditangannya ada dua biji buah kelapa.
Luna menoleh.
"Kau ke yang tanggalkan baju aku?"soal Luna seakan marah.
"Dah tu?Ada orang lain ke kat sini selain aku dengan kau?"balas Sam tenang.Dia mecari batu bersaiz besar.
Luna tersentak.
"Asal pulak kau memandai nak bukak baju aku?!"katanya marah.
"Kau ingat aku hadap sangat ke badan kau tu.Aku buat macam tu sebab aku pernah tengok kat Tv kalau baju basah time survive kena bukak nanti kena jangkitan."terang Sam yang sudah mula mengetuk kelapa itu di bucu batu itu.
Luna tersentak.
Berani dia kata tak hadap.Tak dapat lagi memanglah tak hadap.Puih.Kurang asam.Luna memalingkan mukanya ke arah laut.Dia menghela nafas lega.Nyawanya masih panjang.Buat masa inilah.
"Oii Luna! Cepat sini tadah!"jerit Sam yang berlari ke arah Luna.
Luna tanpa banyak soal hanya mengambil buah kelapa itu lalu diteguknya dengan rakus.Haus betul rasanya.Mengalir airnya sampai ke dagu dek kerana terlalu rakus.
Fuh.Lega.
"Kita kena buat tempat perlindungan untuk malam ni."kata Sam tiba-tiba serius.
Luna menoleh.Melihat tubuh Sam yang tegap itu.Sam kini hanya berseluar dan tidak berbaju.
"Kita takde peralatan yang cukup untuk survive.So,be ready for the worst"terang Sam.
"Worst?Like what?"soal Luna pula.
"Kau dengan aku.Tidur sehelai sepinggang.Takde api.Takde bumbung.Tak beralas."balas Sam panjang lebar.
Luna mengeluh kecil.
****Keadaan agak kekok menyelit di antara mereka berdua.Tinggal berdua sahaja di pulau ni bukanlah yang mereka sangkakan.Patutnya mereka sedang menikmati cuti di atas pulau yang indah.
Sam dan Luna daripada tadi tak bercakap.Mungkin isu tempoh hari masih tidak dapat dilupakan mereka.Mereka hanya mengumpul kayu dan bahan-bahan kering yang boleh jadikan bahan bakar nanti.
Tiba-tiba langkah Sam terhenti.Dia memandang kawasan hutan yang agak tebal di hadapannya.Hatinya mahu menerokai hutan di pulau itu.Mungkin ada sumber makanan atau apa-apa benda yang boleh membantu mereka untuk bertahan.
"Tak cukup lagi ke kayu kita?"soal Luna.
Sam menoleh.
"Cukup,tapi aku ingatkan nak masuk hutan ni.Cari makanan"balas Sam.Dia kelihatan nekad tapi dalam masa yang sama dia perlu memikirkan tempat berteduh yang perlu dibinanya.
"Kita mesti siapkan tempat kita berteduh dulu kan?"tanya Luna lagi.Dahinya sudah basah dek peluh.Badannya agak melekit.
Sam akur.Benar kata Luna itu.Baik diorang sediakan dulu tempat berteduh.
Mereka menjumpai tempat yang rata.Dikiri dan kanan mereka itu dikelilingi pokok kelapa dan dihadapan mereka ialah lautan biru yang boleh dilihat kaki langit daripada tempat mereka itu.
Sam rasa tempat ini sesuai untuk dijadikan tapak pembinaan mereka.
YOU ARE READING
14 Hari
ActionSetiap hati yang keras boleh dilembutkan asal kena dengan caranya.Cinta yang hadir dalam keadaan yang tidak disangka. 14 Hari. 14 Hari Luna terperangkap di sebuah pulau kecil.Bayangannya tentang hari mendung dengan ombak yang tinggi rupanya benar be...