Luna berlari ke arah kayu itu.Dia memecut selaju yang boleh.Jantungnya kini bagai nak pecah apabila khinzir itu juga mula memecut ke arahnya."Pleasee.."kata hati Luna sebelum dia tersungkur jatuh betul-betul hadapan kayu itu.Derapan tapak kaki haiwan itu berlari semakin hampir.
Dia tidak akan sempat melarikan diri.Dia hanya sempat melutut lalu memegang kayu dengan kuat.Dia nekad melawan ketakutannya sekarang.Sebaik sahaja khinzir itu betul-betul menghampiri wajahnya,Luna menusuk mata khinzir itu dengan kayu tersebut.Terpecik darah khinzir itu ke muka Luna apabila kayu tersebut ditusuk menembusi mata dan tubuh khinzir itu.Luna lalu terheret sekali apabila khinzir itu menyondol Luna.
Luna juga menumbuk sebelah lagi mata khinzir itu untuk melepaskan diri.Keluar suara jantannya mengerah tenaga untuk menumbuk.Akhirnya dia berjaya melepaskan diri.Dia bergolek beberapa kali di tanah.
Dia menoleh ke belakang.
Khinzir itu berlari ke dalam semak samun dengan mata yang tertusuk kayu.Darah haiwan itu boleh dilihat di lantai hutan itu.Haiwan itu melarikan diri dengan meninggalkan darah sebagai jejaknya.
Luna mengambil nafas.Perasaannya ketika itu begitu lega.Namun perasaan itu tidak berpanjangan apabila dia baru teringatkan Sam yang cedera.
Luna bangkit lalu berlari ke arah Sam yang terbaring.
"Samm...!"jerit Luna.Dia melutut bersebelahan dengan Sam yang masih bernafas itu.Luna cuba mengangkat tubuh Sam itu ke dalam dakapannya.
"Good jobb.."kata Sam sambil tersenyum sebelum dia batuk terbahak-bahak.Tubuhnya lemah ketika ini.Dia sendiri tak terjangkakan eksiden itu.Mujur dia masih hidup.
****
Puan Khadijah daripada tadi menguap.Jam sudah hampir menunjukkan pukul 7.Secawan air kosong itu dihirupnya lagi.Dia ingin membersihkan tekaknya yang terasa tersekat.
Kawasan kafeteria di terminal Feri itu hanya dipenuhi orang-orang yang tertentu sahaja.Keluarga mangsa dan media sahaja yang dibenarkan keluar dan masuk ketika itu.Pihak terminal Feri itu juga menaja penuh kos makan dan minum semua yang terlibat dalam pencarian tersebut.
Derapan but tentera kedengaran memecahkan kesunyian.Encik Talib memasuki ruang kafeteria itu untuk bercakap dengan keluarga mangsa.Ditangannya ada sebuah peta kawasan yang mereka cari.Kelihatan wajahnya juga ketat.Tak ada tanda-tanda yang bibirnya itu akan mengukirkan senyuman.
Belum sempat dia membuat pengumuman,dia dikerumuni wartawan daripada pelbagai siaran yang membuat liputan.
"Beri komen sikit Tuan tentang pencarian harini.."kata seorang daripada wartawan.
Encik Talib menarik nafas sedalamnya lalu dia melepaskannya dengan perlahan.Hembusan nafas itu bercampur dengan keluhan yang berat.
"Setelah lebih 10 jam mencari,kami masih belum menjumpai mangsa-mangsa yang hilang."jelas Encik Talib.Beberapa saat selepas itu,suasana menjadi riuh dengan soalan-soalan wartawan yang bekerja keras.
Puan Khadijah yang mendengarkan berita itu tertunduk hampa.Dia mengusap wajahnya lagi.Tiada lagi berita baik pada hari ini.
"Sabar,Puan.In sha Allah mereka selamat"kata Puan Salmah.Ibu kepada Sam itu kelihatan sungguh tenang.Dia juga menuangkan air sirap ais di cawan Puan Khadijah.
Puan Khadijah tersentak.Dia yang sepatutnya menenangkan keluarga mangsa bukannya sebaliknya.
"Kenapa Puan cakap macam tu?"soal Puan Khadijah yang cukup hairan dengan ketenangan itu.
Puan Salmah hanya tersenyum.Dia melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi bersebelahan Puan Khadijah itu.
"Naluri seorang ibu kan,Puan.Naluri saya ni kuat mengatakan dia masih hidup sebab naluri saya dengan hati saya ni tak sesak."jelas Puan Salmah tenang.
Puan Khadijah mengangguk faham.Dia juga punya anak jadi dia begitu faham hal naluri itu.Dia menghela nafas lega.Masih ada orang bersikap positif walaupun sudah hampir 2 minggu mangsa hilang.
YOU ARE READING
14 Hari
ActionSetiap hati yang keras boleh dilembutkan asal kena dengan caranya.Cinta yang hadir dalam keadaan yang tidak disangka. 14 Hari. 14 Hari Luna terperangkap di sebuah pulau kecil.Bayangannya tentang hari mendung dengan ombak yang tinggi rupanya benar be...