Bab 16

9 3 0
                                    


Sam menerpa ke arah Luna.Dia memegang tangan Luna yang berdarah itu.Luna mengerang kesakitan.Tapak tangannya terkoyak dek kerana terlampau laju menggesel.

Sam berdiri lalu berlari ke arah bajunya yang disidainya di sebatang dahan pokok yang rendah.Dia berlari semula ke arah Luna.

Krakk!

Sam mengoyakkan lengan bajunya sedikit.Perlahan-lahan dia balut tangan kanan Luna itu dengan kain bajunya itu.

"Tahan sikit."kata Sam.Banyak juga darah mengalir keluar.Nasib Sam cepat untuk menghentikan pendarahan itu.

Luna disuruh untuk menyandarkan badan di sebatang pokok.Kecewa hatinya.Habis tenaganya untuk mendapatkan api tapi rezeki bukan di pihak mereka dan mereka terpaksa akur untuk melalui mimpi ngeri mereka.Mereka akan bergelap untuk malam ini.

Luna hanya berehat di dalam tempat berteduh mereka itu.Beralaskan dahan pokok kelapa yang gugur.Perutnya berkeroncong daripada tadi namun dia hanya mampu menahan laparnya.Puas dia cuba tidur namun gagal.Mungkin sebab badannya yang melekit ataupun sebaik saja dia memejamkan matanya pasti akan bermain kembali episod tangannya berdarah tadi.

Kedengaran bunyi orang berjalan dengan perlahan.Luna bangun daripada posisi baringnya.

"Nah.."kata Sam yang muncul di hadapan khemah buatan mereka itu.Dia menghulurkan buah kelapa yang separuh.Di dalamnya ada isi kelapa yang dicarik.

Luna terkejut.Dia agak terharu dengan Sam pada waktu itu.Di dalam gelap itu,dia menyambut buah kelapa itu.Macam tahu-tahu je dia memang lapar.

"Kau dah makan ke?"soal Luna lembut.Rasanya itu lah suara yang paling lembut dia pernah hasilkan.Timbul perasaan untuk menjadi caring secara tiba-tiba.

"Dah..Aku dah makan tadi mee goreng kat mamak hujung tu.." perli Sam lagi lalu tergelak kecil.

Turn off betul Si Sam ni.

"Fuck off."kata Luna yang sudah kembali dengan watak asalnya.Tak jadi nak jadi ayu.

"Makan jelah."balas Sam lalu meninggalkan Luna bersendirian.Dia melangkah ke pantai.Cerah pantai itu diterangi bulan.Angin pantai itu bertiup agak kencang.

Sam duduk di atas sebuah batu yang tertanam di tepi pantai itu.Dia melihat jauh ke arah laut.

"Berapa lama agaknya aku kat sini."bisik hatinya.Panjang juga perbualannya dengan diri sendiri pada waktu itu.Dia takut dan lapar namun dalam masa yang sama dia begitu bersyukur di masih bernyawa.Rasanya kalau tak,dia masih atas bagasi yang hanyut di tengah laut.

"Permudahkan urusan ku Tuhan"


****

Begitu sahaja hari pertama mereka di pulau.Luna tersentak apabila ada bunyi dahan jatuh yang membangunkannya dari lena.Luna mengeluh kecil.Bersyilingkan daun yang mula kering.

"Eh.?"soalnya.

Tubuhnya diselimuti bajunya semalam yang basah.Patutlah tak rasa nyamuk.Sam la ni punya kerja.

Luna keluar daripada khemah buatan itu.Dia mencari Sam namun kelibatnya hilang.Luna hairan.Dah balik ke budak ni?Dia sempat mengeliat.

"Kau cari apa?"soal Sam yang keluar entah daripada mana.Tahu-tahu muncul.

"Tak cari apa pun.Ingatkan kau dah mati."balas Luna.

Sam tersengih.

"Bangun tidur terus gurau kasar ea"kata Sam yang ditangannya ada kayu yang telah diasah hujungnya.Dia meninggalkan Luna dan terus melangkah ke pantai.Cuaca siang itu agak mendung namun dia masih mahu cuba untuk menombak ikan.

Air laut itu menyegarkan tubuh Sam yang seharian melekit.Dia pun tidak dapat tidur dengan lena semalam dek nyamuk.Pelik betul minah sorang itu boleh nyenyak.

Sam berenang perlahan ke arah kawasan yang lebih dalam.Dia perlu membiasakan diri dengan arus dan ombak yang kuat.Apabila dia rasa dia bersedia.Dia menyelam ke dasar.

14 HariWhere stories live. Discover now