Bab 12

9 2 0
                                    

Luna membetulkan earphonenya.Dipasangnya ke telinga sebaik sahaja kapten feri tersebut membuat pengumuman yang perjalanan mereka akan mengambil masa 45 minit.Daripada dalam Feri itu Luna dapat melihat Feri itu perlahan lahan meninggalkan terminal.Sam jangan ditanya.Sibuk menguruskan pelajar.Macam-macam hal,bagasi besarlah,nak muntahlah,nak selfielah,nak kahwinlah.Eh tiber.

Luna menutup langsir tingkap kecil feri itu.Dia mahu melelapkan mata lagi.Tak tenang betul dia dua tiga hari ni.Asyik nak terlelap je mesti mimpi yang bukan-bukan.

Dangg!

Luna tersentak.Terasa Feri itu terapung di udara buat beberapa saat.Jantungnya hampir terhenti tadi.Kapten Feri sudah memberi amaran supaya penumpang duduk di tempat duduk masing-masing dan memakai tali pinggang keledar.Angin bertiup kencang dan air gelombangnya besar.

Luna mengerling jam di tangan.Baru 15 minit perjalanan.Dia menyelak langsir di tingkap kecil itu.Pandangannya terpana.Cuaca yang tadi cerah dan indah kini suram.Hanya awan mendung yang bewarna hitam menghias langit ketika ini.Luna menelan air liurnya.Adakah ini yang cuba disampaikan mimpinya?

Dang!

Feri itu dihentam ombak lagi.Kali ini lebih kuat dan membuatkan penumpang menjerit ketakutan.Ada yang sudah takbir.Waktu yang sesuai untuk takut.

Luna mengenggam erat tangannya.Dia memejamkan mata.Dia berdoa.Kerna itu saja harapannya ketika ini.

****

"Macam mana sekarang kapten?"soal pembantu kapten itu.Dia kelihatan gelisah memacu feri tersebut.Angin yang begitu kuat dan hujan yang sudah turun menyukarkan pemanduan dan menghadkan penglihatan.

"Kejap.Bagi saya fikir"kata Kapten Azri cemas.Cuaca harini benar benar sukar dijangka.Ombak betul-betul tinggi menghempas ke badan Feri.Terangkat-angkat Feri itu beberapa kali ke udara.

"Kapt?"panggil pembantu tersebut.Dahinya berpeluh.

"Kapt!!!"jeritnya lagi.

Kapten Azri mengangkat wajahnya.Dia tersentak.

****

Keadaan di bahagian penumpang sudah huru hara.Tidak lagi kedengaran senda dan tawa.Semuanya gelisah memikirkan takdir mereka.Daripada tadi mereka melambung dek hempasan ombak.

"Siapa ketua rombongan tadi?"panggil seorang wanita sebagai attendant di situ.Dia kelihatan tergesa-gesa.

"Saya Puan."jawab Sam pantas.Dia daripada tadi tak senang duduk.

"Ikut saya"kata attendant itu sambil menarik tangan Sam.Dia cuba memimpin Sam supaya tidak jatuh kerana keadaan Feri ketika itu pastinya akan membuatkan seseorang itu terhuyung hayang.

Luna memerhati Sam daripada tempat duduknya itu.

Nak kemana lah gamaknya?soal hatinya ketika itu.Dia sudah tidak sedap hati.Keadaan semakin serius.Tidak sampai 2 minit,Sam kembali dengan attendant tersebut yang sudah mengagihkan jaket keselamatan berwarna oren pekat itu kepada penumpang.

Sam mengagihkan dengan sepantas yang dia mampu.Dia sedar keadaan kini bertambah serius.

"Nah..Pakai!"kata Sam serius.

Luna menyambutnya dengan pantas lalu menyarungnya.Sam meninggalkan Luna.Dia pergi mengagihkan jaket keselamatan itu kepada penumpang yang lain.Itulah pertama kali Luna melihat Sam seserius itu.Nampak dahinya berkerut.Wajahnya gelisah.

Dang!!

Sam rebah di lantai.Dia tidak sempat melaraskan jaket keselamatannya itu.Dia merangkak ke tempat duduk yang boleh dipautnya untuk berdiri.

Dang!!

Kali ini dia rebah ke riba Luna.Nasib Luna sempat menyambutnya.Sam cuba bangun namun ada sesuatu yang menarik perhatiannya.Dia melihat Luna.Mereka bertentang mata.

Sam melutut.Dia tidak mahu jatuh lagi.Dia rapatkan dirinya dengan Luna lalu menarik jaket keselamatan Luna yang tidak dilaras dengan betul.

Luna agak terkejut.Salah rupanya dia laras jaket keselamatan itu.Patutlah longgar semacam.

"Kau pandai berenang ke tak?"soal Sam yang sedang fokus melaras jaket.

"Sikit sikit.Kenapa?"soal Luna pelik.

Sam mengangkat wajahnya.Dia melihat wajah Luna itu.Dia mengeluh kecil.

"Aku bukan nak doa yang bukan-bukan tapi.."

Dangg!!

Bagasi dan beg melambung ke udara.Sam juga terapung di ruang udara ketika itu.Penumpang mula menjerit dengan kuat apabila Feri dihempas ombak.

"Feri terbalik!"jerit satu suara sebelum Feri itu benar-benar terbalik.

14 HariWhere stories live. Discover now