Bab 19

7 3 0
                                    


Lama juga Luna menunggu Sam merajuk.Entah kat bucu mana dia merajuk.Ikan yang dibakarnya pun langsung tak dijamah.Kecewa betul gayanya.Siapa je tak kecewa apabila peluang untuk diselamatkan di depan mata namun pergi begitu saja?Rasa macam tengok ex bahagia dengan lelaki lain rasanya.Selepas Sam menombak ikan tadi dia menghilangkan diri,meninggalkan Luna makan berseorangan.

"Dah kenyang?"soal Sam dengan nada yang agak ceria.Pelik.Tadi katanya merajuk.Ini ceria pulak nadanya.

Luna menoleh.Dia pelik.

"Kau nak kemana?"soal Luna melihat Sam yang membawa dua biji buah kelapa.

"I guess,kita akan lama lagi kat sini.So why not kita pergi explore hutan belakang tu kan."jawab Sam.Wajahnya nampak bersemangat.

"Semangat betul,bukan kau merajuk ke?"kata Luna lagi.Dia masih mengunyah ikan bakar itu.

Sam duduk di sebelah Luna sambil menghadap laut.

"Eh come on la,bukan lelaki lah merajuk."balas Sam lagi.

Luna menoleh ke hutan di belakang mereka itu.Dia menelan air liur.Seram juga.Dia tak tahu apa yang ada di dalam hutan tu.

"Kau surelah nak masuk hutan tu?"soal Luna inginkan kepastian.

Sam menoleh.

"Nampak macam aku main-main ke?"balas Sam.

"Takdelah..Mana tau dalam tu ada anaconda ke..naga ke"kata Luna yang di dalam otaknya dah terfikirkan benda-benda yang menakutkan.

Sam agak terkejut.

"Kau hidup zaman bila ni sampai ada naga..?"perli Sam.Perempuan kalau dah takut memang akan overthinking macam ni ke?

Luna diam.Dia meneguk air kelapa itu.

"Janganlah risau,kita masuk kejap je..nanti dah nak gelap kita keluarlah."kata Sam sebaik saja dia mengesan wajah Luna berubah.Takut la tu.

 
                              ****

Sedar atau tidak,Luna kini mengikuti langkah Sam.Mereka mula memasuki kawasan hutan pulau yang tak pernah lagi mereka sampai.Kawasan hutan yang semakin lama semakin tebal itu diterokai oleh mereka perlahan-lahan.Barulah diorang tahu ada macam-macam jenis burung dalam hutan ni.Burung ni kot yang selalu berbunyi time diorang nak tidur.Selesai satu kebimbangan mereka.

"Haus dah?"soal Sam yang agak tercungap.

Luna mengangguk.Mana taknya daripada tadi dia memanjat ke kawasan tanah yang tinggi.Habis lemak-lemak di badan dibakarnya.
Luna mengambil nafas dengan perlahan.

"Ok ke kalau kita duduk dalam ni?"soal Sam sambil menghentak buah kelapa itu ke bucu sebuah batu besar.

Luna menoleh.

"Seriuslah.."katanya pendek.Kenapa pulak mamat ni terfikir nak duduk dalam ni?

"Yelahh..Kita tak tahu berapa lama lagi kita kat sini..so kita kenalah survey kawasan ni awal.Banyak sumber kayu dalam ni.Boleh buat pondok ke apa.Takdelah beralaskan dahan lagi kan."terang Sam.Dia benar-benar sudah memikirkan ke tahap itu.Setelah ditinggalkan kapal semalam,dia telah ubah mindsetnya.Dia perlu buat apa yang perlu untuk bertahan di pulau ni dan inilah perkara pertama yang dia fikirkan.Berpindah.Mencari sumber yang lebih bagus.

Kawasan tinggi yang mereka daki itu membawa mereka ke arah hutan menghijau yang lebih dalam.Mungkin mereka sedang berada di puncak tertinggi di pulau itu.Luna berjalan perlahan melalui laluan kecil yang sebelahnya itu adalah kawasan yang agak curam.

"Pehal semangat pulak nak jalan.."perli Sam yang hairan dengan Luna yang sejak daripada minum air tadi dia sepertinya mempunyai tenaga baru.

"Kan dah minum..so dah refill lah energy."kata Luna bersemangat.Namun beberapa saat selepas itu..Luna tersentak.Kakinya tergelincir.Tubuhnya rebah.

"Sammm..!"jerit Luna.Tangannya sempat menggapai kaki Sam yang turut rebah lalu menariknya menghala ke bawah.Seperti lubang gayanya.

14 HariWhere stories live. Discover now