Luna membuka pagar rumahnya itu dengan perlahan.Dia tak mahu keluar.Hanya duduk di muka pintu sahaja.Keadaan kakinya yang cedera pastinya menyukarkan keadaan kalau Amran ajak bergaduh nanti.
Amran yang sedang menyandarkan tubuhnya di kereta Lancernya itu kini berdiri.Puntung rokok dijentiknya ke tanah.
"Aku ingatkan kau dah mati.."kata Luna.
Amran tersengih sinis.Ada hati nak berlagak lagi minah ni.Tak serik.
"Aku still tak settle lagi dengan kau,"balas Amran.Tubuh Luna yang dilihat daripada jauh itu cukup mengiurkannya.
"Aku takde hal apa-apa lagi dengan kau.Kau boleh berambus."kata Luna.
Amran tersengih lagi.
"Kau kaki dah tempang macam tu pun still nak langsi lagi ke?Kau bodoh ke?"Kata Amran.Jarak yang memisahkan mereka berdua hanyalah jalan raya.
"Aku dah telefon polis..diorang on the way.So lebih baik kau balik"kata Luna memberi amaran.Tubuhnya sedikit menggigil.
Bang!
Crashhh!
Luna tertunduk.Jantungnya hampir berhenti.Dia menoleh kebelakang.Tingkap rumah pecah ditembak.Dia kembali menoleh pada Amran.Di tangan lelaki itu kini ada sepucuk pistol.
"Kau ingat aku nak percaya lagi cakap kau?Semalam bolehlah kau bodohkan aku..tapi harini aku takkan tertipu lagi!"kata Amran marah.Bengang betul jika difikirkan balik saat dia lari sebab dia terdengar seseorang memanggil polis dan meminta tolong.
Selepas daripada tembakan itu,jiran-jiran Luna ketika itu hanya mampu melihatnya dari celah langsir.Mereka ketakutan.
Mamat ni betul-betul nak aku mati ke..kata hati Luna.
"Kau nak apa?"kata Luna.Dia menelan air liurnya apabila hujung pistol itu diacukan kepadanya.
Amran ketawa sinis.Dia melangkah ke arah Luna.
"Aku nak nyawa kau.."kata Amran lalu ketawa.
Sumpah mamat ni gila..Jantung Luna bagaikan nak pecah bila hujung pistol itu kini di dahinya.Dia tak sangka keadaan boleh jadi seteruk ini.Kini nyawanya jadi taruhan.Kenapalah dia keluar tadi.Patutnya dia setuju dengan Ina yang menyuruhnya lari ikut pintu belakang.
Luna kini hanya mampu berdiam.Air matanya bergenang.Dia tak mahu jatuhkannya di depan mamat gila ni.
"Kau nangis ke?..Samseng mana boleh nangis"perli Amran.Puas hatinya dapat melihat perempuan itu ketakutan.
"Aku harap dengan kematian kau ni,adik aku akan tenang!"kata Amran.Dia ingin menarik picu!
Luna menutup matanya.Di dalam hatinya kini hanyalah doa.Doa yang bercampur aduk dengan takut.
"Jangan bergerak!"jerit seorang lelaki.Kereta polis itu berhenti berdekatan dengan Amran.Diacunya pistol ke arah Amran.Pegawai polis itu berselindung di sebalik pintu kereta.
"Angkat tangan dan buangkan senjata!"jerit pegawai polis itu tegas namun Amran masih mengacukan pistol ke arah Luna.
Amran tersentak.Dia juga ketakutan.Dahinya sudah berpeluh.
"Aku taknak masuk penjara.."bisiknya.Dia kini sudah nekad.
Dia menarik Luna ke dakapannya.Diacunya pistol
di kepala Luna.Dia menjadikan Luna sebagai tebusan."Kalau taknak aku tembak dia..letakkan senjata korang!"ugut Amran.
Jantungnya berdegup kencang.Tak pernah lagi dia diacukan pistol oleh polis.Bukan satu tapi dua.Dua pegawai polis itu memerhatikan gerak langkahnya yang menarik Luna ke arah keretanya.
"Tenang Encik,Buangkan senjata dan kita boleh berbincang..!"kata pegawai polis itu lagi.
"Bincang kepala otak kau bincang!Kau ingat aku bodoh ke?"Jerit Amran.Dia tak sebodoh itu.Kalau dia lepaskan Luna saat ni.Dia akan ditangkap malah lebih teruk lagi mungkin akan ditembak.
Pegawai polis itu menjeling ke arah rakan kerjanya itu dan rakannya kerja itu mengangguk memberi signal.
Bang!!
Tembakan dilepaskan.
Splashh!!
Darah terpercik ke wajah Luna.Tubuhnya rebah mengikut tubuh Amran yang menjerit kesakitan.Tembakan tepat di bahunya.Derapan kasut but polis itu kedengaran berlari ke arahnya.
"Lunaa..!"
Kedengaran juga suara Ina daripada dalam rumah.
Luna terdiam.Jantungnya seperti berhenti berdegup.Peluru itu tadi dirasakannya lalu disebelah wajahnya.Terasa ada satu angin yang melintas wajahnya dalam satu saat itu.
Dia ketakutan.
YOU ARE READING
14 Hari
ActionSetiap hati yang keras boleh dilembutkan asal kena dengan caranya.Cinta yang hadir dalam keadaan yang tidak disangka. 14 Hari. 14 Hari Luna terperangkap di sebuah pulau kecil.Bayangannya tentang hari mendung dengan ombak yang tinggi rupanya benar be...