Deruan ombak yang kuat menghempas pantai.Angin bertiup kencang.Daripada jauh kelihatan pokok kelapa itu sudah seakan melengkung dek ditolak angin yang kuat.Luna melihat awan mendung yang gelap dan berat itu.Bila-bila masa sahaja ia akan menangiskan hujan yang pastinya lebat.Perasaan apakah ini?Adakah ini namanya takut?Paranoia?
Deruan ombak kini kedengaran makin kuat menghempas pantai.Semakin lama semakin tinggi ombak menggulung.Bulu romanya naik.Luna melihat sekeliling.Cuba mencari seseorang yang boleh selamatkan dirinya.
Kosong.
Hanya pasir putih dan laut yang sudah berubah menjadi gelap dek mendung yang melitupi.
"Jangan menangis,Luna"kata suara yang didengarnya.Terasa hangat pipinya apabila jari seseorang menghentikan air matanya yang dalam tak sedar mengalir.
Luna mengangkat wajahnya.Dia tersentak.
Dia terpaksa mengecilkan matanya.Ada cahaya yang begitu terang seakan menyerang matanya.
"Kau ok?"soal Sam.
Luna sekali lagi tersentak.Dia terkejut dengan suara Sam itu.Dia melihat sekeliling.Hospital?Ah sudah.Teruk sangat ke dia kena pukul sampai otak dia mereng macam ni.
"Macam mana aku boleh ada kat sini?"tanya Luna.
"Makwe kau telefon aku,kata kau kena pukul"jawab Sam ringkas.Sebaik sahaja dia sampai di kawasan tasik itu.Dia bergegas mencari Luna dan menjumpai mereka di sebelah pokok buluh.Luna yang ketika itu tidak sedarkan diri diangkat ke dalam kereta lalu di bawa ke hospital.
Luna terdiam. Bengang juga mukanya bila Sam memanggil Baby sebagai teman wanitanya.Entah kenapa dia bengang walhal itu yang dia anggap selama ini.Adakah dia tiba-tiba dia menjadi seorang yang sensitif dengan status hubungan sonsangnya?
"Baby?"kata Luna inginkan kepastian.
Sam mengangguk perlahan.
"Ohh ya,Jangan risau,aku dah hantar dia balik."kata Sam pula.Dia sendiri yang menghantar Baby pulang.Budak perempuan itu tak henti menangis apabila melihat Luna disorong masuk ke wad kecemasan itu.Mujur ada Sam yang menenangkannya.Jenuh Sam pujuk supaya tenang dan akhirnya berjaya membawa pulang Baby dengan selamat.
Luna mengangguk faham.Namun dirinya merasakan sesuatu.Sesuatu yang membuatkan dirinya tidak selesa.Kekok mungkin?Ataupun dia hanya pelik.Pelik dengan Sam.
Kenapa?
Mungkin sebab Sam ialah orang yang pertama tidak mempersoalkan hubungan sonsangnya itu.Kalau kena dengan orang lain,teruk rasanya dia dihukum.Namun,Sam tidak.Itu yang mungkin dia hairan.
"Encik Sam Hanafi?"panggil seorang jururawat daripada muka pintu bilik itu.
Sam menoleh.
"Ye saya"jawabnya lembut.
"Encik penjaga pada Cik Luna kan?"tanya jururawat itu.
Luna terkejut.Dia memandang Sam.
"Ye betul"jawab Sam lagi.
"Apahal dengan mamat ni?Kenapa dia..baik semacam?"Kata Luna di dalam hati.Matanya tertumpu pada susuk tubuh lelaki di depannya yang kini melangkah keluar dari biliknya itu untuk pengesahan penjaga.
****"Slow-slow"ujar Sam lembut.Dia memegang pintu keretanya itu memudahkan Luna untuk masuk.
Ppapp!
Pintu ditutup selepas Luna sudah sepenuhnya duduk di kerusi penumpang hadapan itu lalu Sam melangkah ke arah pintu pemandu lalu masuk.
Enjin kereta dihidupkan lalu dia pedal minyak ditekan perlahan.Nasib baik Luna boleh discharge malam ni juga.Lagipun takdelah serious sangat.Cuma lebam dan mungkin sedikit trauma.
Perjalanan ke rumah sewa Luna mengambil masa 30 minit dan sepanjang 20 minit perjalanan mereka itu hanya ditemani bunyi aircond dan kereta yang melintasi mereka.Itu pun jarang.
Urghh..
Luna menutup mulutnya.Dia diserang mual secara tiba-tiba.Mungkin kerana kereta itu terasa laju pergerakkannya.
Sam agak terkejut.
"Pening?"soalnya.
Luna mengangguk.Kalau dia geleng kereta ni akan dipenuhi muntahnya yang entah apa isinya.
Kereta langsung diberhentikan di bahu jalan.
"Tumpang.."kata Sam lembut meminta izin untuk melaraskan bahagian penyandar kerusi Luna itu kebelakang sedikit.Bolehlah Luna merehatkan kepala dan tubuhnya itu.
Luna terkejut.Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang apabila dirinya rapat dengan Sam.Dihidunya bau Sam yang wanginya tidak terlalu kuat namun cukup mendamaikan.
Perasaan apakah ini?
YOU ARE READING
14 Hari
ActionSetiap hati yang keras boleh dilembutkan asal kena dengan caranya.Cinta yang hadir dalam keadaan yang tidak disangka. 14 Hari. 14 Hari Luna terperangkap di sebuah pulau kecil.Bayangannya tentang hari mendung dengan ombak yang tinggi rupanya benar be...