Bab 15

7 3 0
                                    



Tak pernah terbayang oleh Luna yang dia akan terhanyut di pulau yang jauh daripada rumahnya.Tak pernah terbayang juga yang dia akan berpeluh macam nak mati mengikat daun dan ranting menjalar untuk menyiapkn tempat berteduh.

Setelah hampir 1 jam berhempas pulas,kini tempat berteduh mereka sudah mula menampakkan bentuk khemah.Mereka menggunakan satu tali yang mereka jumpa terbiar di pantai.Mereka ikatkan tali itu daripada satu pokok ke satu pokok yang bertentangan dengannya.Ia menghasilkan satu garis melintang seperti ampaian baju.Dahan pokok dipatahkan Sam lalu dia menyangkut dan menyandarkan pada tali itu.

Mereka menyusun lapisan dahan itu dengan cantik supaya berbentuk V dan menghasilkan ruang yang cukup untuk mereka berdua.

Siapa sangka mereka boleh bekerjasama rupanya.

Hari semakin mengampiri gelap namun mereka masih belum dapatkan api.

"Hari dah nak gelap,tapi kita ada dua benda yang kita perlukan lagi"kata Sam.Dia mengelap peluh di dahinya dengan lengan.

"Apa dia?"balas Luna pendek.Dia pun sudah rimas dengan tubuhnya yang melekit.

"Makanan dengan api.Tapi tulah aku rasa tak sempat nak buat dua-dua"terang Sam yang risau.Dia tak mahu bergelap dan kelaparan malam ini.

Luna terdiam.Mengambil masa untuk berfikir.Dia merenung jauh ke arah lautan lalu dia mendapat satu buah fikiran.

"Biar aku je lah yang cari makanan,aku boleh try tombak ikan."katanya.

Sam menoleh.

"Kan kaki kau cramp lagi tu,mana boleh berenang."balas Sam.

Luna terdiam.Betul juga.Dia pun daripada tadi terhincut buat kerja.Ini lagi nak berenang.

Kali ini mereka berdua terdiam.Mereka buntu.

"Ok macam ni,malam ni kita takpayah makan."kata Sam.

Luna tersentak.

"Dah tu?Nak berlapar?"soal Luna yang tak dapat menerima kenyataan.

"Laa..dah tu?Ada mamak ke kat sini?Kalau ada bungkuskan aku mee goreng"perli Sam.

Luna diam.Menyampah dibuatnya.Tanya sikit kena perli.

Sam melangkah ke arah semak mencari dua batang kayu.Satunya lebar dan nipis dan sebatang lagi lurus dan bulat bentuknya.Dia membaringkan kayu yang lebar dan nipis itu di tanah lalu dia dirikan sebatang lagi kayu lurus di atas badan kayu yang lebar itu.Diapitnya kayu itu dengan kedua tapak tangannya lalu dia menggeselkan kayu itu dengan laju cuba mendapatkan bara api.

Naik berurat tangannya melakukan perkara itu berulang kali.Peluh di dahi dah macam air terjun.

"Nak tukar tak?"soal Luna akhirnya bersuara.Dia yang daripada tadi hanya memerhatikan Sam dengan diam.Dia pun penat tengok Sam duk gesel kayu tu tapi tak dapat apa-apa.

"Sure ah?soal Sam yang sedikit mengah.Penat betul dibuatnya.

"Kau pandang rendah kat aku ke?"soal Luna pula.Bergaduh je la diorang ni kat sini.

Tuhh!

Sam meludah jauh ke arah semak.

"Aku bukan apa,benda ni memenatkan.Takut kau tak larat"terang Sam.

"Kau ingat aku lembik sangat ke?"balas Luna pula.Tak suka betul dirinya dipandang rendah hanya sebab dia wanita.Dia melangkah ke arah Sam dan menyuruhnya ke tepi.Dia mula melutut.

Dia menggeselkan kayu yang berada di tangannya itu dengan laju.Cubaan kali pertama kalinya tak berjaya kerana dia masih tak dapat 'tune' orang kata.Dia cuba berkali kali hinggakan Sam terkejut.

"Oii dah berasap tu,sikit lagi!"jerit Sam teruja.

Luna menggesel selaju yang boleh.Tersenyum dirinya apabila melihat kepulan asap itu semakin tebal.

"Arghh!"

Luna memegang tangannya.Tercampak kayu yang digeselnya tadi ke tepi.

14 HariWhere stories live. Discover now