Bab 18

12 3 0
                                    


Begitulah rutin mereka sepanjang seminggu mereka di pulau itu.Pada waktu pagi Sam akan mencari ikan di laut dan memetik buah kelapa.Luna pula akan berjalan sekitar pantai untuk mendapatkan barangan hanyut.Nasib mereka begitu baik apabila sepanjang seminggu ini,mereka cukup makan.Setiap hari akan ada ikan yang menjadi santapan mereka.Sam semakin hari semakin pakar dalam menombak ikan.Dia juga hampir menguasai teknik untuk menahan nafas dengan lebih lama.

Cuma disaat mereka sedang asyik makan,Sam tersentak.

"Shhh...Kau dengar tak?"soal Sam.Dia menggunakan deria telinganya itu ke tahap maksimum.Luna juga begitu.Hingga memejam mata untuk fokus mendengar.

"Bunyi kapal"jerit Luna teruja.Mereka berdua bangkit meninggalkan makanan mereka itu.Mereka berlari ke satu kawasan yang agak tinggi.Sam cuba membakar longgokan sampah yang mereka kumpul sepanjang seminggu mereka di sini dengan tujuan untuk dijadikan sebagai signal kepada kapal-kapal yang lalu.Dengan sekelip mata,terhasil marakan api yang besar.Luna ditolak sedikit ke belakang oleh Sam.Dia pun terkejut dengan api yang marak itu.

"Oiii!!!"jerit Sam ke arah laut.

****

Bilik mesyuarat kolej itu sedang riuh dengan perbualan manusia yang sedang sibuk memikirkan solusi.Pihak media luar juga sudah berkumpul di situ sejak kes Feri terbalik itu tular di media sosial juga sudah mendapat liputan di televisyen.

Encik Azhar selaku ketua eksekutif kolej itu sedang sibuk berbincang dengan pihak tentera laut dan juga polis marin.Jumlah yang terselamat daripada Feri terbalik itu hanya seramai 35 orang.Ini bermakna ada 5 orang yang hilang termasuk Sam dan Luna yang terdampar di pulau.Wakil daripada setiap mangsa yang masih hilang hanya mampu bermuram.Namun tidak bagi Puan Salmah.Ibu kepada Sam itu kelihatannya tenang.Entah apa yang bermain di fikirannya kini hingga dia begitu tenang pada waktu begini.

"Saya sudah berbincang dengan Encik Talib...pihak tentera laut dan polis marin telah bersetuju akan bekerjasama dengan pihak kolej untuk mencari lima lagi mangsa yang masih hilang"ucap Encik Azhar panjang lebar di hadapan media yang sedang membuat liputan secara langsung itu.

"Ada soalan?"soal Encik Azhar yang membuka sesi soal jawab dengan pihak media.

Suasana dalam bilik mesyuarat itu kembali riuh dengan wartawan yang berebut-rebut untuk bertanyakan soalan.Encik Azhar hanya mampu memberi isyarat untuk bertenang.

"Kenapa lepas seminggu kes ini berlaku baru Tuan terfikir untuk melakukan pencarian?"tanya salah seorang wartawan.

Encik Azhar menghidupkan suis mikrofon itu.

"Seperti yang pihak tuan dan puan tahu,selepas sahaja peristiwa Feri terbalik itu,pihak polis marin telah melakukan pencarian siang dan malam namun masih tidak berjaya.Maka dengan adanya tentera laut,pencarian kali ini akan dilakukan secara besar-besaran."jelas Encik Azhar.Dahinya berpeluh ketika ini,didesak dengan soalan-soalan yang mencabar daripada pihak media.Dia sedar kes ini sedang menjadi perhatian satu negara.Dia juga sedar dia perlu mencari mangsa yang masih hilang untuk ibu bapa yang meletakkan harapan kepadanya.

****

"Nah.."kata Luna sambil menghulurkan sebijik buah kelapa yang telah dibuka dengan batu.

Sam mengangkat wajahnya yang hampa.Kapal itu hanya berlalu pergi meninggalkan mereka.Semakin lama semakin menghilang kelibat kapal itu.

"Kenapa dorang tak nampak kita?"soal Sam kecewa.Dia meneguk air kelapa itu.Barulah lega tekaknya yang daripada menjerit.Belakang tubuhnya ditepuk perlahan oleh Luna.Dia juga kecewa namun dia perlu positif.

"Its okaylah.Siapa tahu ada yang selamatkan kita nanti?"kata Luna memberi kata-kata semangat.

"Positif betul kau ye.."balas Sam.

14 HariWhere stories live. Discover now