"Samm..aku dengar bunyi bot."kata Luna yang terjaga daripada tidur namun Sam masih nyenyak dalam dakapannya itu.Luna yakin yang dia dengar bunyi enjin bot tadi.Takkan dia silap kot.Dia melihat pantai.Kosong.Namun dia begitu yakin dia yang telinganya tidak salah.Dia bangkit meninggalkan Sam tidur.Perlahan-lahan dia melepaskan dakapannya.Luna menggosok-gosok tubuhnya mahukan haba.Kalau dia tidak berpelukan dengan Sam masa tidur tadi.Mungkin diaorang akan tidur dalam keadaan menggigil.
Luna melangkah ke arah pantai.Dia mendekati ombak yang perlahan itu.Dia mengeluh.
"Teruk dah aku ni,sampai halusinasi dibuatnya."kata Luna.Dia kembali ke Sam.
Drrr...!Splashh!
Luna tersentak.Bunyi enjin bot!
Dia kembali ke arah pantai.Namun dia masih tak dapat melihat apa-apa.Puas dia cari dimana bunyinya namun penglihatan terhad apabila diselindungi dengan batu-batu yang besar.
Dia berlari ke arah hutan.Cuba mengumpul kayu untuk membuat api.Dia mematahkan kayu dahan itu.Sebaik sahaja dia memegang dahan itu,dia melemparkan kayu itu ke tanah dengan marah.Permukaannya lembap.Dia takkan mampu hasilkan api.Dia menoleh ke arah Sam yang tidur.Luna menarik nafasnya cuba mencari semangat.Dia mencari kembali dahan-dahan yang tidak terlalu lembap.Dia tekad.Jika benar tadi itu adalah bunyi enjin bot.Dia perlu menghasilkan api untuk memberi signal kepada sesiapa pun mereka.
Luna melutut.Tangannya sudah bersedia untuk menggosokkan kayu untuk menghasilkan api daripada geseran kayu itu.Dia menelan air liurnya.Dia masih lagi trauma dengan kejadian tangannya terkoyak dek kerana menggosok terlalu laju.
Nafasnya sekali lagi ditarik dalam-dalam lalu dia memulakan geseran di antara dua kayu itu.Sedar atau tidak,dahinya sudah berpeluh dengan deras.Tenaganya dirasakan dipam dengan laju dan badannya terasa hangat.Setelah beberapa minit dia berhempas pulas,kepulan asap kecil mula membentuk.
"Yess baby yess.."kata Luna sambil tersenyum.Berurat tangannya buat seketika apabila menggeserkan kayu itu dengan kepantasan paling laju.
Tiba-tiba dengan sekelip mata,mimpi ngerinya kembali.
****
"Kami tak jumpa sesiapapun Tuan."kata seorang anggota tentera marin itu.Jenuh dia mencari ke dalam hutan itu namun tidak menjumpai mangsa.
Encik Talib mengeluh.Dia kecewa.Dia menggelengkan kepalanya.
"Diaorang mesti ada kat sini.Bukti tu takkan menipu!"katanya tegas.
"Tapi Tuan..Kita dah cari merata dalam hutan ni tapi tak jumpa ap.."belum sempat anggotanya itu berkata mereka terdiam kerana terdengar sebuah jeritan yang kuat.
Arghhhh!
Jeritan itu diikuti dengan bunyi burung-burung yang berterbangan ke udara dek kerana terkejut.
"I am right."kata Encik Talib dengan yakin.
"Pergi ke arah bertentangan pulau!Move!"arahnya.
****
Luna menahan sakit yang teramat.Darah di tapak tangannya mengalir dengan laju.Yang membuatkan kesakitan itu bertambah ialah bekas luka yang terkoyak sebelum ini terkoyak semula.
"Lunaa...!"Panggil Sam yang terbangun apabila terdengar jeritan Luna itu.Dia perlahan-lahan memegang tangan Luna yang ketika itu sudah menangis.
Sam cuba menenangkan Luna.Dia mengoyakkan kain lengan baju Luna itu.Dia membalutnya dengan pantas.Dia tak mahu darah Luna keluar dengan lebih banyak.
Tiba-tiba kedengaran enjin bot di telinga mereka berdua.Sam dan Luna tersentak.Mereka menoleh ke arah pantai.Ia seperti mimpi.Terdapat dua bot marin muncul di pantai.
Lima orang anggota tentera laut bergegas ke arah mereka dengan senjata dan lampu suluh yang menyuluh tepat ke arah Sam dan Luna.
Kelibat Encik Talib juga kelihatan di atas bot itu.Ramalannya benar belaka.Terima kasih kepada 'benda kecik' yang menjadi sumber inspirasinya untuk ke sini.
****
"Itu sahaja?"soal wartawan wanita itu.
Luna mengangguk dengan perlahan.Nafasnya dilepaskan perlahan tanda lega.Dilihatnya berpasang-pasang mata yang melihat ke arah ketika ini.Dia selesai membuat keterangan kepada media secara langsung.Berita mereka diselamatkan itu mendapat perhatian setiap saluran di Malaysia.Ada yang terharu dan menangis.Ada yang kagum dengan kemampuan Tentera Laut Negara dan ada juga yang mengatakan cerita yang dia sampaikan adalah rekaan untuk tatapan umum.Letak dia kat pulau sorang-sorang tu kang baru tahu.
Luna tersenyum.Siapa sangka mereka terselamat? Dia sendiri tidak.Sam yang duduk di atas kerusi roda di situ juga membalas senyuman Luna itu.Makin lebar senyuman Sam apabila dia teringat bisikan Luna pada waktu mereka di atas bot dalam perjalanan pulang kelmarin.
****
"Bertahan sikit,kita dah selamat"bisik Luna sambil memeluk Sam daripada belakang.Lelaki itu kelihatannya pucat.Bibirnya biru dan kecederaannya makin parah.
Tangan Luna itu dipegang lembut oleh Sam seperti meminta kekuatan.Luna tersentak.Dia memandang wajah Sam itu.Lelaki yang menyelamatkan hidupnya.
"Sam?"bisik Luna.
"Hm?"sahut Sam perlahan.
"Kalau aku cakap aku sayang kau,boleh terima?"bisik Luna.
YOU ARE READING
14 Hari
ActionSetiap hati yang keras boleh dilembutkan asal kena dengan caranya.Cinta yang hadir dalam keadaan yang tidak disangka. 14 Hari. 14 Hari Luna terperangkap di sebuah pulau kecil.Bayangannya tentang hari mendung dengan ombak yang tinggi rupanya benar be...