Matanya melilau.Mencari jalan keluar.Luna berlari berseorangan di laluan jogging itu di dalam gelap.Dia sudah cuba berlari selaju yang dia boleh namun kelibat Amran masih boleh dilihat dari hujung matanya.Dahinya berpeluh.Pinggangnya terasa sakit dek ditendang.Ini mesti kes tendang pakai tumit ni.Perit betul rasanya.
"Kau nak lari mana oii!"jerit Amran yang menghampiri Luna.Langkah lariannya semakin laju mengejar Luna di depannya.
Jantung Luna bagaikan nak pecah.Dia mengepam lagi kudrat pada kakinya namun dia tersungkur.Dagunya terseret di tanah dek ditendang Amran daripada belakang.Matanya juga pedih dek kerana debu pasir.
"Buat penat je kan kau lari laju-laju,jatuh jugak"ejek Amran.
Luna melihat wajah Amran yang bengis itu.Dia tak mampu lari lagi.Kalini dia pasti teruk dia kena.
"Apahal kau diam?!Tadi masa kau pukul adik aku,lain macam samseng kau kan!"tengking Amran lalu menendang kaki Luna yang sudah terbaring itu.
Luna menahan kesakitan.
Kakinya ditendang lagi berkali-kali.Amran terus menendang tanpa menghiraukan jeritan sakit Luna itu.Kali ini perut Luna menjadi sasaran.
Senaknya hanya Tuhan yang tahu.Luna hanya mampu menahan sakit dalam diam.Jeritan sakitnya tidak berbunyi.Dia memegang perutnya.Terbahak dia terbatuk.
"Sakit la gilaa.."kata Luna perlahan menahan sakit.
Rambutnya ditarik.Dia diseret ke tepi pokok buluh yang besar.
"Kau ni memang perempuan sialan.Tuhan dah bagi elok-elok jadi perempuan,kau nak jadi lelaki.Lepastu nak berlagak samseng.Kau ingat kau jantan sangat?"kata Amran sinis.Puas hatinya dapat melepaskan geram.Perut Luna lagi sekali disepak.
Amran melonggarkan tali pinggangnya.
Luna menjeling.
"What the..?"
Amran ingin membuka seluarnya.
"Biar aku bagi kau rasa macam mana rasanya jadi betina.Biar kau sedar sikit"
Dalam tak sedar air mata Luna mula bergenang.Dia tak mampu bersuara.Senak dia perutnya masih kuat.Kedua tangannya digenggam erat Amran.Dia cuba mencium leher Luna itu.Luna hanya mampu meronta namun kudratnya tidaklah kuat mana.
"Duduk la diam-diam.."kata Amran.Mod gatalnya diaktifkan.
"Polisss!Tolongg!"jerit Baby daripada jauh.Amran yang terkejut mendengar suara itu terus bergegas lari meninggalkan Luna yang hampir dinodai.
Baby berlari ke arah Luna yang terkulai.
"Sayangg!"panggil Baby.Luna dalam keadaan separuh sedar.
****"Wei Fauzi,jagalah tower atas tu jangan bagi enemy pushh!"suruh Sam.Bersungguh betul main game.Mereka masih tekun bermain game walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.
Fauzi berkerut-kerut dahinya bermain game.Macam main tournament.Inilah masalah anak muda sekarang.Main game bersungguh betul.Time belajar takde pulak macam tu.Lemau.
Truttt...Trutt..
Handphone Sam bergegar.Ada panggilan masuk.Dia menolaknya kerana game tanpa sempat dia melihat nama pemanggil.
"Yang kau tak bergerak kenapa oi Sam!"kalini Fauzi pula marah.
"Ada orang call aku la gilaa!"jawab Sam agak bengang dengan pemanggil.
Truttt...Trutt..
Bergegar phonenya lagi.
"Eh siapa la yang gila sangat ni kacau aku main..Ehh??!"Sam tak jadi mencarut.Dia melihat nama yang tertera di skrin.
Luna.
Nama yang begitu asing di dalam phonenya.Mungkin itu kali pertama nama itu naik sebagai pemanggil.Dia mengangkat panggilan itu.
"Hello?"ucapnya perlahan.
Dia mendengar pemanggil itu bercakap.Fokus dia mendengarnya.
"Haa?Kat mana tu?"kata Sam lagi.Kini nadanya tinggi.Seperti ada kecemasan.
"Kejap,aku on the way."katanya lalu mematikan talian.Dia menggapai bajunya di atas katil itu lalu bergegas mengambil kunci kereta.Sam meluru keluar.
Fauzi yang melihat Sam itu terkejut.
"Kau nak kemana oii,bla macam tu jee!"tanya Fauzi namun tak diendahkan Sam.Dia sudah keluar daripada bilik itu.
"Oii Samm,Rank ni oii.Jangan Afk"Jerit Fauzi.
YOU ARE READING
14 Hari
ActionSetiap hati yang keras boleh dilembutkan asal kena dengan caranya.Cinta yang hadir dalam keadaan yang tidak disangka. 14 Hari. 14 Hari Luna terperangkap di sebuah pulau kecil.Bayangannya tentang hari mendung dengan ombak yang tinggi rupanya benar be...