Sam terbatuk lagi.Dia sukar untuk bernafas."Kenapa?"soalnya.Dia yang terbaring itu hanya merenung ke langit.Tubuhnya tak mampu bergerak banyak dek kerana kecederaannya.
Luna memandang laut.Rambutnya dimainkan angin malam itu.Bibirnya seperti mahu mengatakan sesuatu namun terketar-ketar.Antara mahu dan tak mahu.
"Emm.."bibir Luna mengeluarkan bunyi.
Sam mendongak.
"Kenapa kau baik sangat dengan aku?"kata Luna setelah sekian lama mendiamkan diri.
Sam terdiam.Dia pula terasa berat nak keluarkan suara.Kenapa pulak si Luna ni tiba-tiba keluarkan topik ni.
"Kenapa kau tanya?"soal Sam perlahan.
"Takdelah..Aku..Aku serba salah bila tengok kau macam ni.Aku dah banyak menyusahkan kau tapi kau still jaga aku..sampai kau jadi macam ni pun sebab aku."bebel Luna meluahkan perasaannya.Dari hari pertama mereka di pulau ini lagi dia sudah merasakan dia ini hanyalah beban.
Sam diam.Dia tersenyum kecil mendengar bebelan Luna itu.
"Senyum apa lagii..aku tanya kan.Jawablah!"kata Luna seakan tidak berpuas hati dengan reaksi yang diberi oleh Sam.
Sam diam.Dia menarik nafasnya dalam.Ditenungnya bulan purnama itu dalam-dalam.Kalau boleh sampai tembus nak ditenungnya.
"Kalau aku cakap aku sayang kau boleh terima?"kata Sam.Kata-kata yang dia sendiri tak menjangkakan akan keluar daripada mulutnya itu.
Kali ini Luna terdiam.Dia agak terkejut dengan jawapannya itu.
"Sayang aku?Tapi..tapi kenapa?"soal Luna seakan tidak percaya.
"Takde sebab."balas Sam ringkas.Setelah sekian lama,terluah juga perasaan sebenarnya terhadap Luna itu.Perasaan yang lama dipendam.Namun jawapannya itu menjadikan suasana di antara mereka kekok dan mereka membisu.Malam itu terasa lama.Mereka hanya duduk bersebelahan tanpa berkata apa-apa.Hanya melihat ombak itu turun naik tanpa henti.
"Kau tak payah la fikir lebih-lebih.Kau pun dah ada makwe kan."kata Sam yang akhirnya memecah kebisuan.
Luna tersentak.Hampir terlupa yang dirinya itu ada kekasih wanita.Selama dia berada di sini,dia terlupa dengan kehidupannya di Kolej.Fikirannya ligat menyusun kata.
"Kau tak kisah aku macam ni?"soal Luna.Timbul persoalan itu difikirannya ketika itu.
Sam mendongak.
"Kenapa dengan kau?Okey je aku tengok."balas Sam tenang.Entah kenapa Luna bertanyakan hal itu.
Luna terdiam.Ditenungnya pasir pantai itu.Perasaannya kini bercampur.Tak tahu bagaimana nak gambarkan sehingga penulis buku ni pun bingung.
Tiba-tiba dagunya dicubit perlahan.Diangkatnya dagu itu selari dengan dagu Sam.
Mata mereka bertemu.
"Kalau aku dah cakap aku sayang kau tu,maknanya aku dah terima baik buruk kau."jelas Sam perlahan.Tangannya perlahan mengusap pipi Luna itu.Mereka sekali lagi berada di dalam dunia mereka sendiri.
Ahaakk!
Sam terbatuk kuat.Tersentak mereka dibuatnya.Luna memegang bahu Sam.Sam masih terbatuk terbahak-bahak.
Mata Luna terbeliak apabila tangan Sam itu dipenuhi darah.Dia panik.
"Samm.."panggil Luna lembut.
Tuhh!
Diludahnya darah itu ke pasir pantai itu.Sam lemah.Kecederaanya makin teruk.Dia memegang dadanya.Jantungnya berdegup laju.Seperti ada perlawanan tinju di dalam tubuhnya itu.Tubuhnya ditarik ke dalam dakapan Luna.Terasa hangat rasanya.Dihujung telinganya,tangisan Luna mula didengarinya.Tidak kuat namun cukup untuk menunjukkan Luna begitu takut pada waktu itu.Dia juga sedih kerana dia tak dapat membantu.
"Aku okeylah,Luna.."Kata Sam sebelum terbatuk lagi.Tubuhnya terasa lesu.Penat.
****
Tuan!
Encik Talib menoleh ke arah pegawainya.
"Ada kesan pembakaran api dan khemah di sini Tuan!"kata seorang pegawai muda itu.Terdapat bukti yang menunjukkan ada orang tinggal di sini.
Berlari anak Encik Talib dibuatnya apabila mendengar berita itu.Dia membongkok sedikit.Dia meneliti ikan bakar itu.Pastinya ikan yang ditinggalkan Sam untuk bekalan makanan mereka berdua.
Dicubit sedikit isi ikan itu lalu dijamahnya ke dalam mulut.
Semua pegawai yang ada di situ terdiam.Memerhati dan menunggu arahan.
Encik Talib tersenyum kecil.
"Lakukan pencarian di dalam hutan.Ikan ni masih segar.Bermakna mereka masih hidup!" Arah Encik Talib dengan tegas.
YOU ARE READING
14 Hari
ActionSetiap hati yang keras boleh dilembutkan asal kena dengan caranya.Cinta yang hadir dalam keadaan yang tidak disangka. 14 Hari. 14 Hari Luna terperangkap di sebuah pulau kecil.Bayangannya tentang hari mendung dengan ombak yang tinggi rupanya benar be...