Bab 9

13 3 0
                                    

"Dah,kau boleh masuk.Puan dah setelkan tempat untuk kau tidur."kata Sam yang baru keluar daripada bilik pensyarah itu.Sedaplah Luna tidur malam ni,ber 'air cond'.Jangan terlajak sudah.

Luna berasa malu.Rasanya ini kali pertama dia menghadapi situasi seperti ini.Selalunya jumpa kat kelas je tapi harini kena tidur sekali.Entah boleh ke tidak dia tidur.Nak ke taknak dia tetap kena tidur sini sebab Ina pun tadi kata dia pun fikirkan hal yang sama.Tak berani dia nak drive sorang pergi kolej.Nak harapkan housemate yang lain.Hampeh.Semua sama penakut.

"Dah tu kau tidur mana?"soal Luna.Kedua tubuh mereka yang berselisih di muka pintu itu terhenti.Tak jadi Sam nak sarung selipar.Dia menoleh ke arah Luna.

"Aku tidur dalam kereta je..taknak aku tidur dengan pensyarah lelaki,kaki dengkur semua tu."kata Sam.

Luna diam.Mengangguk perlahan tanda faham.Dia melangkah masuk meninggalkan Sam.Sam pun sudah melangkah pergi dari perkarangan bilik pensyarah itu.

"Assalammualaikum..."ucap Luna sebaik masuk ke dalam bilik pensyarah itu.Kelihatan bilik itu sudah senyap.Lampu pun sudah dipadamkan.Salam yang diberi Luna pun dijawab perlahan.Ada dua pensyarah yang tidur di bilik itu malam ini.Keduanya sedang sibuk membelek fon.Itulah satu-satu cahaya menerangi muka mereka.Diorang dah landing awal.

Luna meletakkan beg kecilnya di tepi dinding.Dia merebahkan badannya di atas sofa empuk itu.Itulah tempat tidurnya malam ini.Kedua pensyarah itu baring di atas tilam yang agak tebal dan selesa.Luna menarik selimut.Sejuk betul bilik tu.Kulit buaya agaknya pensyarah dia ni.

"Selamat malam,Luna..Kalau awak nak buat kopi ke apa,boleh buat kat belakang.Saya tidur dulu."kata Puan Khadijah.Dia meletakkan fonnya di tepi tilam.Setelah puas membelek Facebook,akhirnya dia mula ngantuk.

"Baik Puan."jawab Luna perlahan.

Penglihatan Luna kini hanyalah kemerah-merahan.Dia pelik.Bunyi derapan kasut semakin menghampiri.

"Aku nak kau mati!"jerit Amran.

Splashh!

Darah terpecik ke wajah Luna.

Luna menarik nafas dalam-dalam.Matanya terbeliak.Dia melihat sekeliling.Nyatanya dia terlelap sebaik saja dia letakkan kepala.

Kedengaran bunyi air cond sahaja yang memenuhi ruang syiling yang gelap itu.Boleh mati macam ni kalau setiap kali dia pejam mata dia dikacau oleh bayangan Amran.Dia mesti cuba untuk tidur.Hanya beberapa jam lagi akan subuh.

****

Pandangan Sam semakin lama semakin kabur.Skrinnya fonnya itu tidak dapat dilihatnya dengan jelas.Dia pun entah berapa kali asyik menguap.Dia mematikan aircondnya.Sejuk betul malam ni.Keretanya yang diparkir berdekatan dengan bilik pensyarah itu diterangi dengan lampu- lampu lorong ke kafe.Takdelah dia takut sangat.

Fonnya diletakkan di bawah tempat duduk pemandu.Begitu juga dengan walletnya sebagai langkah keselamatan.Kerusinya itu diselaraskan agar dia dapat baring dengan lebih selesa.Dia mengambil semula fonnya.Dia meneliti alarm yang di setnya untuk kali kedua lalu diletakkan semula di bawah kakinya.Moga bangun esok.

Dia mengunci keretanya lalu melelapkan mata.Dia memeluk tubuhnya itu.Hari esok yang penting menantinya.

"Selamat malam,Sam"ucapnya sendiri.Yelah takde siapa nak wish goodnight so terpaksa la dia wish sendiri.

Knock!!

Bunyi cermin diketuk.

Sam terjaga.

Dia mencari punca bunyi itu namun tiada.Dia kembali memejamkan mata.Mungkin imaginasinya saja.

Knock!!

Sam terjaga lagi.Hatinya tak sedap.

"Astagfirullahh!!"kata Sam hampir menjerit.Baru nak ingat Tuhan.Luna berdiri tegak di luar keretanya.Dia memastikan betul-betul bahawa itu sememangnya Luna bukannya bayangan ataupun apa-apa mahluk yang dia fikir ketika ini.

Dengan ucapan bismillah...

Sam membuka pintu keretanya itu.

"Haa kenapa Luna?"soal Sam perlahan.

"Boleh aku tido sini?"balas Luna seakan malu.

Sam menelan air liurnya.

14 HariWhere stories live. Discover now