Sam medongak ke langit.Malam itu indah.Ditemani bulan yang bersembunyi di balik awan yang melintasi.Air Coke ditangannya itu dihirupnya lagi.Entah berapa tin Coke yang telah dia minum sejak daripada permintaan Luna tadi.Biru muka Sam bila Luna mengejutnya dan bertanyakan soal itu.Sam pun pelik.
Kenapa Luna tak boleh nak tidur kat dalam ofis?Aircond ada.Selesa pun selesa.Mungkin dia tak biasa tidur dengan orang yang mengajarnya.Siapa je yang biasa kan?
Dia mengerling jam di pergelangan tangan.Sudah tiga pagi.Lagi beberapa jam untuk dia tidur.Memang taklah dia nak tido sekali dengan Luna dalam kereta tu.Mahu ditangkap basah.Sia-sia je kahwin free.Sam tak kisah nak kahwin free tapi Luna nak ke?
Dangg!
Tin Coke itu berdentum apabila dibaling masuk ke dalam tong sampah.Entah apa yang Sam mengarut pagi buta macam ni.Mungkin matanya betul-betul mengantuk.Mana dia nak tidur malam ni.
Dia melangkah perlahan menuju ke satu lorong.Dia mengambil keputusan untuk tidur di surau.Kat sana bolehlah dia pinjam kain pelikat yang ada untuk dibuat selimut.Angin malam ni macam ajak main layang-layang.
Sam menoleh kanan dan kiri semasa berjalan.Melihat-lihat kawasan kolej yang sunyi itu.Bulu romanya daripada tadi berdiri tegak.Kesejukan yang mencengkam kulit.Akhirnya dia tiba di perkarangan surau.
Dia melangkah ke anak tangga pertama dengan kaki kanan.Didakinya perlahan sampai ke bahagian luar surau.
Minta-mintalah tak kunci.Dia nak ambil kain pelikat untuk dibuat selimut ni.Tombol pintu diputar perlahan.
Krekk!
Bunyi engsel bergesel.
Gelap betul.
Tapp!!
Suis lampu ditekan setelah puas dia meraba di bahagian dinding itu.Kelihatan di penjuru dinding itu ada rak yang menyediakan kain pelikat yang terlipat rapi.Diambilnya sehelai lalu keluar.
Dia mahu baring di bahagian luar sahaja.Nak merasa baring atas simen katanya.
Kepalanya dialas beg selempangnya itu.Lega bila dapat meluruskan kaki dan mengeliat.Matanya dipejam.Tak sampai berapa saat dia menyeluk begnya itu.Dia baru teringat nak check balik alarmnya.
"Ehh..?"soal hatinya agak terkejut.
Shit.Telefonnya tertinggal di dalam kereta.Aduh.Cuainya kau ni Sam.Nak diambil jauh.Tak diambil kang terlajak.Sam mengeluh.Dia menghentak kepalanya beberapa kali di lantai itu.Hadiah buat si cuai.
Dengan langkah yang berat,dia melangkah turun dari Surau lalu menyarung seliparnya.Dia perlu mengambil kembali telefonnya.Kali ini langkahnya tidak seperti tadi yang santai dan perlahan.Kali ini lebih pantas rentaknya.
Dalam 3 minit dia sudah sampai di keretanya.Kelihatan Luna sedang lena.Tidur sambil berpeluk tubuh.Sam membuka pintu itu dengan perlahan.Dia tak mahu jagakan harimau yang sedang tidur.Secara senyap Sam duduk di tempat duduk bahagian pemandu.Dia mencari telefonnya.
Aiseyy..
Dalam sibuk dia mencari telefon,matanya terhenti dengan susuk tubuh Luna itu.Ramping.Kakinya yang agak panjang.Wajahnya yang ayu..Sam menelan air liurnya.
Hoodie Luna itu terselak sedikit mendedahkan bahagian pinggangnya yang ramping.Amboi,putih rupanya kulit dia ni.Perlahan-lahan tangan Sam mencapai bahagian hoodie yang terdedah itu lalu ditariknya ke bawah untuk menutup bahagian pinggang Luna itu.
Dukk!!!
Kepala Sam terhantuk apabila wajahnya ditolak ke atas.Kepalanya menghentam syiling kereta itu.
"Kau buat apa ni?"soal Luna.Dia tersedar dek capaian tangan Sam itu tadi.
"Ehh Luna,kau jangan salah faham.Aku nak ambik fon aku je.."jelas Sam yang tak mahu dituduh sembarangan.
"Dah tu!Yang kau pegang-pegang aku apahal?!"tengking Luna.Amarahnya sudah sampai.
"Ehh,,Jangan salah faham,Luna.Baju kau ni tadi terselak,aku nak tutup je"balas Sam lagi.Dia telah dituduh ketika ini.
"Pergi mampus!Aku ingatkan aku boleh percaya kau,tapi rupanya kau sama je dengan lelaki lain.Dasar tak guna.Memang patut aku benci kau dari dulu lagi!"kata Luna.Nadanya begitu marah.
Sam tersentak.
"Dia benci aku?"soal hatinya.
Dangg!
Pintu kereta Sam itu dihempasnya kuat lalu dia melangkah pergi meninggalkan Sam yang kelu.
YOU ARE READING
14 Hari
ActionSetiap hati yang keras boleh dilembutkan asal kena dengan caranya.Cinta yang hadir dalam keadaan yang tidak disangka. 14 Hari. 14 Hari Luna terperangkap di sebuah pulau kecil.Bayangannya tentang hari mendung dengan ombak yang tinggi rupanya benar be...