Bab 13

9 2 0
                                    

Luna meraba-raba tempat duduk penumpang itu.Dia cuba mengapungkan diri.Feri tersebut masih ada udara.Tinggal sedikit ruang sahaja untuk dia bernafas.

Dia menarik nafas panjang lalu dia menyelam.Dia cuba mencari Sam namun dia tak nampak apa-apa.Air masuk dengan cepat.Semua penumpang berebut-rebut untuk menyelamatkan diri.Kaki dan badan Luna ditarik dek kerana penumpang panik untuk menyelamatkan diri.Kini dia mendongak ke lantai Feri yang kini menjadi syiling.Air sudah mencecah paras mulutnya.Dia perlu berenang keluar.Dia menarik nafasnya dalam lalu dia menyelam.Dia cuba mencari jalan keluar.

Semakin kuat kakinya cuba berenang semakin berat rasanya.Dia menahan nafas seketika lalu membuka jaket keselamatan yang dirasanya memberi beban buatnya untuk berenang.

Dia kini boleh berenang seperti biasa.Dia melawan arus yang kuat itu untuk keluar.Penglihatannya kabur.Dia hanya berpandukan garis garis yang dirasanya menghala keluar dan akhirnya dia berjaya keluar daripada Feri itu.Kelihatan kiri dan kanannya ada beberapa orang yang senasib dengannya.Mereka cuba untuk naik ke permukaan.

Hearkk!

Luna membuka mulutnya mencari nafas.Kini dia mengapungkan tubuhnya di permukaan.Hampir-hampir dia hilang nafas tadi.Dia berenang jauh sedikit daripada Feri tersebut.Keadaan di permukaan penuh dengan manusia.Arus dan ombak ketika itu sungguh deras hingga menyukarkan cubaan untuk mengapungkan diri.Luna sedari semakin lama dirinya semakin jauh dengan Feri.Dia dihanyutkan arus.Dia cuba berenang ke arah Feri tersebut namun gagal.Kudratnya lemah.Dia hanyut.

Semakin sukar dia untuk mengekalkan dirinya untuk terapung apabila dia dihentam ombak yang membawanya entah kemana.Dia meronta.

Luna tersentak.Bajunya ditarik daripada belakang.Terasa pinggangnya dipaut daripada dalam air.

Hearkk!

Kelihatan Sam muncul di permukaan.Dia memegang erat pinggang Luna itu.Dia juga mencari nafas.Luna kini berpaut pada Sam.

"Pegang kuat,kita hanyut."jerit Sam.Sukar dia mahu bercakap dengan ombak yang menyerang masuk mulutnya.Sam melihat kiri dan kanannya.15 meter daripadanya kelihatan sebuah bagasi yang terapung.Dia boleh jadikan itu sebagai pelampung.Jika dikira di atas kertas,15 meter itu benar dekat namun 15 meter di dalam air yang berarus kuat dan ombak yang tidak henti-henti menghempas.15 meter itu terasa seperti 1 kilometer.

Sam membuka jaket keselamatan itu.Dia menyarungkan kepada Luna yang semakin lama semakin tenggelam.Mereka berdua hampir tenggelam untuk menyarungkan jaket itu.

Dia menarik Luna mengikutnya ke arah bagasi tersebut.Naik lenguh lengannya menarik seorang wanita dengan sebelah tangan.Seperti menyelamatkan mangsa lemas.

Luna kini berpautkan bagasi yang terapung.Sam juga begitu.Mereka kini hanya pasrah dihentam ombak yang kuat.Semakin lama,kelibat Feri semakin hilang dari pandangan mereka.Entah kemana mereka dihanyutkan.

Entah berapa lama mereka di atas bagasi itu.Mereka berdua kepenatan.Mereka hanya mampu berpaut dan di saat itu Sam menoleh ke belakang.

"Pulau!"jerit Sam.Luna terus menoleh.Mereka kini menghampiri kawasan pulau yang kecil.Nak atau tak,disitu sahaja tempat yang boleh menyelamatkan nyawa mereka ketika ini.

Sam memandang Luna yang kepenatan.

"Kuat lagi tak?"Soal Sam.

Luna hanya mengangguk.

"Dah nak dekat nanti kita berenang.Tunggu arus slow sikit."kata Sam memberi arahan.

Luna mengangguk lagi tanda faham.

Dalam beberapa minit akhirnya Sam bersuara.

"Go!"jeritnya.Dia kini melepaskan bagasi tersebut lalu berenang ke arah pulau.Luna juga begitu.Harapnya sempat sebelum mereka habis tenaga.

Sam naik ke permukaan untuk menarik nafas.Tak jauh dah pulau.Namun secara tiba-tiba dirinya ditarik ke bawah.

Luna mengenggam lengan Sam dengan kuat.Sam terpaksa mengerahkan tenaganya untuk menarik Luna ke permukaan.Dia menarik Luna hingga ke pantai di pulau kecil itu.

Tercungap-cungap dibuatnya.Terasa nak meletup paru-parunya.Dia terus menarik jaket keselamatan yang dipakai Luna itu.Tubuh Luna juga terikut dengan tarikan itu.Dia hanya meronta kesakitan.Kakinya kejang.Sebab itu dia menarik tubuh Sam.Nasib sempat dia gapai.

Sam menolak hujung kaki Luna itu.

Arghh.!

Jerit Luna.

"Tenang..Tahan sikit"kata Sam yang masih tercungap.

14 HariWhere stories live. Discover now