Daripada pukul 3 tadi,Sam tak menutup matanya.Terkesan daripada tengkingan Luna yang seolah menyukarkan matanya untuk tertutup.Fikirannya masih memikirkan hal itu.Macam manalah dia boleh terfikir nak tolong tutupkan selakan baju itu.
Sam mengeluh.Wajah Luna tadi masa berselisih untuk naik ke bas juga muram.Sam merenung langit subuh yang tidak berapa gelap itu.Dia kecewa apabila dituduh begitu.Lagi kecewa bila patutnya dia boleh tidur dengan lena semalam.
Puan Khadijah pun menegurnya tadi ketika mereka sedang sibuk menguruskan beg-beg pelajar yang datang tepat pada waktunya.Bas juga begitu.Perjalanan untuk pagi ni berjalan lancar.
"Nak?"soal Fauzi sambil menghulurkan sebungkus roti.
Sam tersentak dari lamunan.Dia menoleh lalu mengambilnya.Langsung dia koyakkan bungkusan itu lalu disuapkan ke dalam mulutnya.
Fauzi hairan.
"Lapar betul.."katanya lagi.
"Aku makan untuk menyedapkan hati yang sedang rapuh ini.."balas Sam.Dia kembali merenung ke luar.
"Laaa..kenapa dengan hati kau?Siapa pulak yang rapuhkan hati kau ni?Semalam elok je aku tengok."soal Fauzi.Pelik juga Sam sedang rapuh.Sebab apa ya?Takkan perempuan?
Sam menyandar kepalanya.Dia menutup rapat matanya.Mungkin dia perlu dapatkan tidur sebentar.Lagipun perjalanan ke terminal feri itu akan mengambil masa 1 jam setengah juga.Cukuplah kot untuk Sam berehat.
Haih..Luna..Luna.
****Luna membetulkan earphonenya yang ingin tertanggal.Irama lagu jazz sedang mendamaikan halwa telinganya kini.Ditemani pagi yang indah.Matahari naik dengan ceria.Dia duduk sendirian di kerusi paling belakang.Begitulah nak dikatakan betapa sunyinya menjadi seorang Luna.Tak gemar bersosial maka orang pun tak gemar bersosial dengannya.
Prakk!
Plastik roti itu dikoyakkan kuat.Nasib Ina ada bagi bekal bila dia menghantar beg Luna itu ke kolej.Pelik juga Ina bila tengok Luna macam takde mood.
Dia mengintai daripada tempat duduk belakang itu.Melihat Sam di paling hadapan yang sedang sibuk berbual dengan pemandu di tangga kecil bas itu.Elok je gayanya.Luna mengeluh.Dia sendiri tak percaya yang rupanya Sam begitu orangnya.Suka mengambil kesempatan.
Dia menutup matanya.Malas nak fikir.Buat serabut otak je.Dia memeluk tubuhnya.
Haih..Sam..Sam.
****
Angin bertiup sungguh kencang.Cuaca mendung yang warnanya hitam pekat.Kedengaran guruh berdentum dengan kuat.Ombak menghempas pantai dengan ombaknya yang besar.
Bang!!
"Luna?!"kejut Sam.
Mata Luna terbeliak.Dia tersentak.Dia melihat kiri dan kanannya.Dia menghela nafas lega.
"Kau ok tak?"soal Sam.Takut juga dibuatnya.Macam orang meracau bila tidur.Jenuh dia kejut.
"Takyah sibuklah."balas Luna.
Sam tersentak namun dia cuba mengekalkan riak wajahnya.
"Kita dah sampai."balas Sam yang akur lalu melangkah meninggalkan Luna yang sedang sibuk menggalas begnya yang agak besar.
Sebaik saja Luna turun daripada bas itu,mereka diberi tiket.Sudah sekian lama Luna tidak merasakan keterujaan begini.Mungkin wajahnya tenang tapi hatinya sedang tersenyum ketika ini.Dia gembira melihat suasana itu.Cuaca yang tidak berapa panas.Angin daripada laut yang menenangkan.Tak sabar rasanya dia nak menikmati percutian di pulau.Lebih indah harapnya.
"Nah..pegang elok-elok.Sekejap lagi masa nak masuk feri tunjuk tiket ni."Pesan Sam selaku ketua rombongan.
Luna hanya diam.Tak membalas.Sam juga sedang serius dengan tugasnya.Wajahnya berubah apabila dia serius.
Terminal untuk menaiki Feri itu sesak dengan orang ramai.Pelbagai destinasi disediakan pihak Terminal feri tersebut.Pelancong luar juga kelihatan ramai di terminal itu.
"Selamat bercuti.Terima kasih memilih RapidFerry."kata penyambut penumpang itu dengan ramah.Tangannya diletakkan di dada tanda hormat.
Luna hanya mampu tersenyum.Dia melangkah masuk ke dalam Feri yang agak besar.Dia teruja.Dia melihat tiketnya untuk memastikan tempat duduknya.Sam sedang sibuk mengatur pensyarah dan rakan sekelasnya lain untuk duduk di tempat yang telah ditetapkan.
YOU ARE READING
14 Hari
ActionSetiap hati yang keras boleh dilembutkan asal kena dengan caranya.Cinta yang hadir dalam keadaan yang tidak disangka. 14 Hari. 14 Hari Luna terperangkap di sebuah pulau kecil.Bayangannya tentang hari mendung dengan ombak yang tinggi rupanya benar be...