Luna memegang dadanya.Jantungnya masih berdegup kencang.Seperti ada orang sedang berbeatbox bunyinya.Kenapa dia seperti tidak keruan?Penangan dipapah Sam masuk ke rumah?Mungkin ya.Itu kali pertama dia sebegitu rapat dengan Sam.Hampir semua rakan di rumah sewanya terkejut dengan keadaanya.Lebam merata dan jalan terhincut-hincut.Semuanya mahukan penjelasan namun Luna mahukan rehat.Serabut betul otaknya bila nak ingat balik apa yang terjadi.
Asap membentuk di ruangan udara bilik kecil itu.Luna menikmati setiap tarikan rokok itu.Baginya,itu nikmat yang mendamaikan ketika itu.Dia cuba melenyapkan memorinya tentang perkara hari ni.
"Siapa mamat yang hantar kau balik tu?"soal Ina.Rakan sebiliknya yang baru muncul daripada dapur.Meninggalkan sebentar maggie yang sedang dibuat untuk berbual dengan Luna.
"Sam.."balas Luna ringkas.
"Classmate kau?"soal Ina lagi.
Luna hanya mengangguk perlahan.
Ina pun terdiam.Entah apa yang sedang difikirnya dan Luna masih dengan rokoknya.
"Dah tu kenapa muka kau blushing semacam bila dia papah kau masuk tadi?"soal Ina.
Luna tersentak.Dia menahan malu.Seriuslah nampak mukanya merah tadi.Aduhh.
"Mana ada!"kata Luna.
"Elelelele...Malu-malu"usik Ina lagi.Dia memberitahu perkara tersebut kepada rakan rumahnya yang lain.Habis dibahannya Luna.Sudahnya Luna tak mampu buat apa-apa.Hanya mampu menafikan.
****"Eh Sam..!"panggil Fauzi yang baru muncul di kafe.Dia melihat Sam sedang menelaah buku yang tidak nampak judulnya.
Sam mengangkat mukanya.Terganggu sebentar daripada fokusnya.
"Haa kenapa?"katanya.
Fauzi melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi berhadapan dengan Sam.Dia meletakkan begnya di atas meja.
"Pehal aku dengar semua orang duk cerita pasal Luna harini?Aku pi sana dengar,pi sini dengar,Eh senang cerita mana mana aku pi semua aku dengar pasal Luna."soal Fauzi yang inginkan jawapan.Hampir satu kolej bercerita benda yang sama.
"Entah.."jawab Sam yang sudah kembali fokus dengan bukunya.
"Seriuslahh.."kata Fauzi tidak percaya.Itu bukan jawapannya yang dia mahu.Dia mahukan jawapan.Mana tahu cerita tentang Luna itu boleh dijadikan stok untuk bergosip untuk 2-3 minggu.
Buku yang tadi dibaca kini ditutup.Sam membelek fonnya.
"Ada apa-apa berita pasal tiket?"soal Sam.Baru dia terfikir pasal persiapan untuk trip kelasnya itu.
"Aku dah survey dan contact dengan orang sana,dia kata boleh je nak order online tapi kena bagi jumlah yang pasti nak pergi."jawab Fauzi tenang.Memandangkan Luna pun tak boleh pakai untuk tolong Sam.Fauzi lah penggantinya.
Sam mengangguk faham.Lega sedikit rasanya.Setelah berhempas pulas menyiapkan persediaan untuk ke sana,akhirnya sudah 90 peratus siap.Tinggal minta Dekan sign je surat kebenaran untuk keluar.
"Jum la pergi kelas"ajak Fauzi yang sudah berdiri membetulkan seluarnya yang londeh.
Sam tersentak.Dia memadam mesej yang ditaipnya di telefonnya itu.Nama penerima mesej itu sangat jarang dimesejnya.
Ya.Luna.
****
"Lunaa..Bangun.."kejut Ina dengan suara yang seakan berbisik.Macam orang takut pun ada.Badan Luna itu digoncangnya kuat macam nak buat coconut shake.Yeke nak buat coconut shake kena goncang?Entah.Hentam sajalah labu.
Luna hanya membuka sebelah matanya lalu kembali tidur.
"Ehh budak ni..oii Luna bangun.."kejut Ina tadi.Payah betul nak kejutkan kawannya yang seorang itu.Ingatkan tengah sakit ni bangun awal rupanya sama je liat.
"Jangan kacaulah.Aku memang tak pergi kelas"kata Luna tak mahu diganggu.
"Aku tahulah kau tak pergi kelas.."kata Ina.
"Dah tu?Kau nak apa?"soal Luna.
"Ada kereta tu duk depan rumah kita daripada subuh tadi."kata Ina gusar.
Mata Luna terbeliak.Dia terkejut.Hatinya seakan gembira.Sam ke?Harapnya.
Dia melangkah ke tingkap.Mahu melihat daripada tingkat atas itu.
Senyuman yang baru nak bentuk itu mati.
"Siapa,Luna?"tanya Ina.
Langsir itu ditutup rapat oleh Luna.Dia menelan air liurnya.
"Amran.."
YOU ARE READING
14 Hari
ActionSetiap hati yang keras boleh dilembutkan asal kena dengan caranya.Cinta yang hadir dalam keadaan yang tidak disangka. 14 Hari. 14 Hari Luna terperangkap di sebuah pulau kecil.Bayangannya tentang hari mendung dengan ombak yang tinggi rupanya benar be...