Sam terkejut melihat Luna yang berada di hadapan singki sambil melihat cermin.Sam melihat di dada pintu itu.
"Betul la aku tak silap"katanya.
"Kau buat apa dalam tandas lelaki ni Luna?"tanya Sam hairan.Ingatkan dia salah tandas.Rupanya Luna yang salah.
Luna hanya menjeling ke arahnya.
"Tandas perempuan dekat sebelah"kata Sam.
"Suka hati akulah nak masuk tandas mana..Yang kau kecoh apahal"kata Luna seakan marah.
Kerek betul minah ni ye.Bisik hati Sam.
"Wah wah kamu,suka hati ye kau cakap,kalau lelaki masuk tandas perempuan tak boleh,dicopnya gatal tapi bila perempuan masuk tandas lelaki?Nak copnya apa?Penyeri kaum..."
Dukk!
Belum sempat Sam menghabiskan bebelannya,hinggap sebuah tumbukan ke pipinya.Dia terdiam.
Sam memegang pipinya.Kuat jugak minah ni tumbuk.Dia juga terkedu.Tak tahu nak beri reaksi bagaimana.Nak tumbuk balik pun tak,nak nangis pun tak.Apa yang dia lihat cuma Luna yang sedang sibuk melihat bengkak di bibirnya.Hidungnya juga kelihatan merah seperti baru lepas dipukul.
"Kau ok ke tak?"tanya Sam selepas melihat keadaan Luna yang sebenarnya cedera.Bergaduh la ni kalau dah gaya macam ni.
Luna menghembus darah yang masih tersisa di dalam hidungnya ke dalam singki.Dia mengendahkan soalan Sam itu.
"Aku tanya ni,kau..."
"Mind your own business"kata Luna yang sekali lagi memotong percakapan Sam.Tubuh Sam ditolaknya ke belakang.Luna meninggalkan Sam tersandar di pintu tandas lelaki itu.
Sam yang melihat kelibat Luna pergi itu hanya terdiam.Entah apa salahnya nak pergi kencing pun kena tumbuk.Tadi nampak samseng,ini kena tumbuk dengan perempuan yang tak berapa perempuan.Drama apakah ini.
****"Ok kelas,Saya nak u all semua hantar assignment semalam tu ye,saya nak tengok hasil tangkapan video kalian semua kat kebun bunga kolej minggu lepas ok."kata Puan Khadijah selaku pensyarah yang mengajar subjek Fotografi.
Pelajar yang mengambil fotografi hanyalah 20 orang.Tak ramai tapi ada.Pelajar-pelajarnya semuanya berbakat dan kreatif dalam bab fotografi tapi tulah sifat Malas dalam diri mereka ni sedikit sebanyak menyebabkan mereka tak capai kemampuan mereka yang maksimum.
"Luna,saya nak beritahu yang kamu dah selalu sangat tak datang meeting kelab fotografi kita.So,malam ni kalau awak tak datang,saya terpaksa potong markah awak"jelas Puan Khadijah.
Luna hanya mengangguk faham dengan hati yang tidak rela.Kalau tak disebabkan potongan markah,memang tak mahunya Luna nak pergi meeting tu.Baginya ia semua membuang masa dan bosan.
Dan malam mesyuarat itu,ramalannya memang benar belaka apabila dia sudah kebosanan di dalam mesyuarat yang baru lima minit berlangsung.Semuanya bisu baginya.Entah apa yang diulas.
"Luna?!"panggil Puan Khadijah sedikit kuat.Itu panggilannya yang keempat dek kerana Luna begitu jauh mengelamun.
Luna terkejut.Matanya tertumpu ke arah Puan Khadijah yang memandangnya tepat ke arah matanya.
"Ya?"jawab Luna dengan kebingungan.Dia tak tahu apa yang berlaku ketika ini.Padah mengelamun.
"Awak setuju ke tak?"soal Puan Khadijah.
Semua mata di dalam bilik mesyuarat itu memandangnya.Seakan dia baru lepas bunuh orang lepastu cincang enam belas.Dia panik.
"Setuju.."jawabnya tanpa berfikir.
Puan Khadijah agak terkejut kemudiannya tersengih.Pelik.
"Ok guys,so Luna dah setuju akan tolong Sam handle trip kita ke Pulang Bonda minggu hadapan."terang Puan Khadijah.Pelajar yang terlibat sedang sibuk menyalin nota.
Luna terkejut.Dia melihat Sam.
Apahal pulak aku terlibat ni?Aduhaii.
YOU ARE READING
14 Hari
ActionSetiap hati yang keras boleh dilembutkan asal kena dengan caranya.Cinta yang hadir dalam keadaan yang tidak disangka. 14 Hari. 14 Hari Luna terperangkap di sebuah pulau kecil.Bayangannya tentang hari mendung dengan ombak yang tinggi rupanya benar be...