Mujur cuaca harini agak baik.Kawasan dasar itu dipenuhi ikan-ikan kecil yang bermain di celah rumpai dan batu karang.Beberapa kali juga Sam naik dan turun ke dasar.Dia masih belum biasa dengan keadaan arus yang deras di dasar itu.Setiap 30 saat dia akan naik ke permukaan bagi mengambil nafas.Tenaganya semakin lama semakin berkurangan.Sam terapung-apung di permukaan laut biru itu.Luna hanya mampu memerhatikannya daripada jauh.Dia melihat tangannya yang berbalut.
"Apa patut aku buat untuk tolong dia?"
Bisik hatinya.Dia rasa bersalah.Dia merasakan dirinya itu hanyalah beban kepada Sam.Dia perlu bangkit.Dia perlu lakukan sesuatu yang dapat membantu mereka untuk terus hidup.
Luna meninggalkan khemah.Dia melangkah sepanjang pantai itu.Mencari barang-barang yang hanyut.Dia menoleh ke belakang.Jauh juga jaraknya dengan Sam.Biarlah dulu mamat tu.Moga dia dapat jerung ke sotong kurita ke,bolehlah dorang buat BBQ kecil-kecilan di atas pulau ni.
"Eh?" Luna tersentak.Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.
****Sam memerah kudrat tangannya.Dia mengesan seekor ikan yang bersaiz agak besar bermain di kakinya tadi lalu terus dia menyelam.Hunusan tombak buatannya itu berjaya menembusi perut ikan itu.
Sam berenang ke permukaan.Hatinya gembira sekali.Mesti Luna suka kalau dapat tahu berita ni.
Tubuhnya terasa dingin dek ditiup angin pantai.Dia melangkah keluar daripada air.Entah berapa kali cubaan dia naik dan turun ke dasar.Mahu naik pecah paru-parunya menahan nafas.Rasanya kalau hari-hari dia menyelam macam ni,gamaknya boleh jadi Aquaman.
"Luna!"panggil Sam.
Luna menoleh.
Sam mengangkat tombaknya yang hujungnya ada seekor ikan yang bersaiz agak besar.Boleh lihat Sam mengangkat tombak itu dengan bangga atas usaha kerasnya.
Luna hanya mampu tersenyum.Dia kembali fokus dengan bagasi yang dia jumpai tadi di tepi pantai.
"Eh?Ni bagasi kita paut hari tu kan?"soal Sam yang agak terkejut.
"Aku rasa bagasi ni daripada semalam dah kat darat.Bagasi ni dah hampir kering dah"jawab Luna yang masih menyelongkar.
Sam meletakkan ikannya di sebelah bagasi itu.Dia mengelap wajahnya dengan bajunya.Penat betul rasanya.
"Sam!"Luna menjerit teruja.
"Kenapa?"balas Sam terkejut.Nasib dia takde sakit jantung.Kalau tak,Luna terpaksa buat tahlil atas pulau ni.
Luna menghulurkan sesuatu yang memberi harapan.
"Pemetik api!"kalini Sam pula teruja.
Tak pernah lagi dalam hidupnya begitu teruja apabila dapat melihat pemetik api.Dapatlah mereka bakar ikan ni dan yang paling penting mereka tak bergelap lagi pada waktu malam.
Ikan yang mereka dapat itu disiang ala kadar.Tanpa peralatan yg betul,tugas itu kelihatan begitu sukar.Berpeluh Luna dibuatnya bila dia terpaksa menyiang ikan itu dengan batu yang rasanya boleh digunakan untuk menyiang.Sam pula sibuk menghasilkan api.Habis dibakar beberapa dahan kering dan baju di dalam bagasi itu.Sedar atau tak,mereka sedang bekerjasama untuk hidup.
Mereka hanya mampu menelan air liur sepanjang proses ikan itu dibakar.Seekor ikan yang dimata mereka,inilah nikmat dunia.Terasa lama benar rasanya tak meratah ikan.
"Lapar betul.."tegur Sam.
Luna hanya menjeling.
"Diam ah"balasnya dengan mulut yg penuh.Ikan bakar dan Air kelapa adalah kombinasi yang baik bagi mereka.Mungkin dorang memang dah lapar so apa pun yang bisa dimakan adalah terbaik buat mereka.
Sam juga makan dengan selera.Setelah penat berhempas pulas memerah kudrat empat keratnya.Air kelapa itu diteguknya lagi.Selera betul makan lunch harini.
YOU ARE READING
14 Hari
ActionSetiap hati yang keras boleh dilembutkan asal kena dengan caranya.Cinta yang hadir dalam keadaan yang tidak disangka. 14 Hari. 14 Hari Luna terperangkap di sebuah pulau kecil.Bayangannya tentang hari mendung dengan ombak yang tinggi rupanya benar be...