Bab 3

17 2 0
                                    

"Oii Sam,"panggil Luna mengejar kelibat Sam yang agak laju melangkah keluar daripada bilik mesyuarat itu.

Sam menoleh melihat Luna yang tidak berapa jauh dengannya.

"Haa kenapa?"balas Sam.

"Aku nak cakap sikit dengan kau.."kata Luna.Dia menjeling ke arah Fauzi yang berada di sebelah Sam.

"Ehh Sam,aku gerak dulu lah,aku tunggu kau kat parking"kata Fauzi yang mendapat signal dan firasat apabila melihat jelingan Luna itu.

Sam hanya mengangguk.

"Ha ada apa Luna?"soal Sam.Pelik jugak minah ni nak borak dengan dia.

"Aku sebenarnya tak boleh handle event tu dengan kau."balas Luna jujur.Dia memang malas nak handle event apa semua ni.Selama ni dia bukan join.

Sam diam seketika.

"Dah tu,yang kau kata setuju tu kenapa?Tadi dah ada orang yang dapat tempat kau ni tapi Puan saja offer kat kau.Tak sangka pulak kau setuju"terang Sam satu persatu.Baguslah tu.Baru lah si Luna faham apa yang berlaku.

Di dalam hatinya,dia dah memaki dirinya sendiri kerana tak ambil perhatian dalam mesyuarat tadi.Luna,luna...Nasib kau lah.

Luna terdiam.

"Takpelah,kau try la tolong sikit-sikit,nanti kalau ada kerja ke apa,aku call kau"kata Sam.Dia pun tak expect yang Luna nak jawatan tu sebenarnya.Mana mungkin.Selama ni tak pernah datang meeting,event tak join,tiba-tiba nak pegang jawatan?Haram.

Luna tak beri respon.Lebih kepada kelu gayanya.Tak tahu nak bagi respon macam mana.Separuh hatinya riang sebab tak payah nak buat kerja tapi separuh hatinya terasa berat.Jarang sekali perasaan itu dirasainya.

Sam mengeluarkan sesuatu daripada begnya.Dia menyeluk tangannya di dalam beg galasnya itu.

"Kalau macam tu,aku gerak dulu lah"kata Luna ingin mengundur diri.

"Kejap.."balas Sam pantas.Langkah Luna terbantut.Tak jadi nak gerak.Dia melihat Sam.Apa benda lagi mamat ni nak.

"Aku tak tahu apa yang kau dah hadap atau apa yang berlaku, tapi apa yang aku boleh cakap..next time tu be careful.Ganas sangat kau ni"jelas Sam sambil melekatkan plaster kecil dia tepi bibir Luna yang merah pudar itu.

Luna terkejut.Badannya kaku.Tak mampu bergerak dan mengelak.Detik masa seakan berhenti.Mata mereka bertemu dan jantungnya berdegup kencang.Seperti ada hormon hormon yang merembes di dalam tubuhnya ketika ini.

Dia menepis tangan Sam yang sedang merapikan plaster tersebut.Dia melangkah pergi dengan muka merah padam.

Sam hanya melihat kelibat Luna itu pergi daripada belakang.Kena tinggal lagi.Apa entah salahnya dengan si Luna ni.Asyik nak marah je.

                            *****

"Berani betul dia pukul youu sayangg.."kata Baby atau nama sebenarnya Fatimah.Baby tu nama manja katanya.Gadis belasan tahun itu sedang memeluk erat pinggang Luna itu.

Luna hanya diam.

"You tahu tak dia duduk mana?"tanya Luna.Geram betul dia dibuatnya dengan budak Amri tu.Boleh pulak dia panggil abang dia datang backup.Memang kalah lah gaduh pakai backup.Dia sorang je.Tak aci orang bilang.

Baby hanya menggeleng tanda tidak tahu.Pasangan sonsang itu berjalan berduaan sambil tangan saling memaut di pinggang masing-masing.Kelihatan tasik yang mereka kunjungi ketika itu tidak ramai orang.Mungkin sebab hari orang bekerja.Malam pula tu.

Dukkk!

Luna tersungkur.Ada seseorang menendangnya daripada belakang.

"Kau ingat aku dah setel ke dengan kau ha?!"kata Amran.Abang kepada Amri.Inilah mamat yang iring Amri siang tadi kat kolej.

Luna cuba melarikan diri namun kakinya sempat di kait membuatkan dia tersungkur sekali lagi.Wajah Baby dah ditampar awal-awal apabila dia cuba melindungi Luna tadi.

Rambut Luna ditarik.

"Lepas la sial!"jerit Luna sambil menahan sakit.

Senak dibuatnya apabila perutnya dilutut Amran berkali-kali.

"Mati kau betina!Mati!"jerit Amran marah.

Boleh pecah peranakan kalau terus dibiar macam ni.Luna mengerah tenaganya.Dia melutut bahagian sensitif Amran itu dengan kuat dan genggaman Amran terlepas dan Luna terus melarikan diri.

14 HariWhere stories live. Discover now