-hana pov-
aku melihat skrin telefon ku.
dia matikan macam tu je??what the?aku tak habis cakap kot.
"tak pe lah..mungkin dia busy kot.aku tunggu dia sampai dia datang."kata ku lalu duduk di tangga cafe itu.
nak duduk kat meja luar tapi kerusi dia disimpan kat dalam cafe...nak ambik tapi cafe masih terkunci.haihh..tak pe lah.pakwe punya pasal aku rela duduk kat tangga yang sejuk ni.
sambil menunggu,aku tunduk memandang lantai yang sedikit bersalji dan memeluk bekal sarapan yang masih panas itu sambil bermain-main dengan salji.
tatkala tunduk sambil menulis nama jaehyun di lantai cafe,aku perasan ada sepasang kasut berdiri di hadapan ku.
aku mendongak dan tersenyum kerana menjangkakan orang itu ialah jaehyun.
tapi senyuman aku pudar lagi kerana sangkaan ku salah.doyoung memandang ku dengan pandangan serius.
"apa kau buat kat sini?"tanya nya.
"aku tengah tunggu jaehyun.ni aku ada bawak sarapan untuk dia."aku menunjukkan bekal tersebut kepada doyoung.
"dah call ke?"tanyanya.
"dah..kjap lagi datang lah dia kot"
"kot??haihh..dah jom masuk kedai aku.kat luar ni sejuk.."
"tak nak..tak lama lagi dia sampai..."
"do hana..masuk dulu.sejuk ni."
aku faham kalau dia dah sebut nama penuh aku maknanya dia marah atau tak setuju dengan aku..nak tak nak,aku kena ikut dia jugak.
lagipun aku sejujurnya memang sejuk duduk sini.
kami akhirnya masuk ke dalam kedai.aku membantunya membuka tingkap kedai tersebut.
"sarapan apa yang kau bawakkan jaehyun?"
"nasi goreng je."
"nak tengok.."
"eh eh..tak boleh."
"ye lah ye lah.bawakkan jaehyun je.aku ni tak.aku pun kawan kau jugak."
"tapi dia boyfriend aku."aku senyum sinis.
doyoung diam.
"esok aku bawakkan kau ye..janganlah merajuk pulak.."
"hmm.."
beberapa minit kemudian,kelihatan kereta jaehyun parking di hadapan premisnya.
"okelah.tu jaehyun dah datang.thanks tumpangkan aku."
"ye.."
aku menunggu jaehyun di pintu cafenya.dia tersenyum sambil berjalan ke arah ku.
"sorry tadi terpaksa matikan panggilan sebab klien dah datang.."
"lah ye ke?tak pe lah.ni aku ada bawak nasi goreng fav kau."
"gomawo.."jaehyun menekan kedua dua belah pipi ku dengan tapak tangannya lalu di lenyek-lenyekkan nya pipi ku macam squishy..
aku tersenyum dengan tindakannya itu..aihh crush aku ni.
aku membantu jaehyun meletakkan kerusi di luar cafe manakala dia menyiapkan bancuhan minuman..
usai selesai mengemas,dia pun duduk melahap nasi goreng aku.aku yang duduk di hadapannya hanya menongkat dagu memerhatikannya makan.
"sedap?"
"mmm..sedap.gomawo chagiyaa"dia berdiri dan membongkok lalu menghadiahkan ciuman di dahi ku.
pipi ku terus bertukar jadi tomato.
usai melihat jaehyun sarapan,aku pun pulang ke rumah.ye lah,dia bukannya tak busy nak layan pelanggan.aku pun busy jugak nak siapkan comic kat webtoon.
YOU ARE READING
Come Within[KimDoyoung]
Fanfictionstart;17 mei 2020 complete;9 julai 2020 "aku tak boleh jaehyun..aku takut aku buang masa lagi.sekarang ni aku harap sangat,kita tak pernah pun mulakan apa yang kita dah buat sebelum ni."do hana. "maafkan aku,perasaan ni terselit sekali dalam perkata...