Bab 7

1.4K 99 12
                                    

"DOKTOR, hidup ini tidak semua benda kita mampu miliki. Kadang-kadang benda yang kita inginkan bukan yang terbaik untuk kita. Disebabkan itu Allah tidak memberikan pada kita. Tetapi sering kita salahkan Allah kerana tidak memberikan apa yang kita mahu. Kerana apa? Kerana kita tak bersyukur,"

"Perasaan yang doktor rasa itu merupakan lumrah seorang manusia. Yang sentiasa ada dan hadir menguji manusia seperti kita. Mungkin doktor boleh meminta pada Allah memberikan penganti untuk doktor. Mungkin bukan hari ni juga bukan esok. Siapa tahu di hari yang akan datang? Belajar menerima. Kerana menerima itu merupakan ubat untuk melegakan perasaan juga. Melepaskan bukan bermakna menyerah tetapi sumber kekuatan untuk kita bangkit menjadi lebih baik."

Terpegun Eidlan mendengar kata-kata Eliza. Gadis genit yang tampak nakal boleh memberikan kata-kata seperti itu. Memang dia tak salah memilih orang untuk bercerita. Gadis itu adalah orang yang tepat.

"Kalau doktor rasa macam kehilangan ataupun rasa rindu. Cubalah aktiviti boleh melupakan. Sibukkan diri dengan kerja. Pergi bercuti atau jalan-jalan. Buat sesuatu yang boleh melalaikan fikiran doktor dari perasaan itu. Insya-Allah perlahan-lahan perasaan itu akan hilang." cadang Eliza lagi.

"Majlis kahwin Marsya macam mana? Tak akan saya tak datang nanti dia kata apa pula." Eidlan menjadi serba salah. Mereka merupakan rakan sekerja, jika tidak hadir ke majlis perkahwinannya. Apa pula kata rakan-rakannya yang lain.

"Datang ajelah. Datang tunjuk muka lepas itu baliklah." jawab Eliza mudah. Semudah belajar alphabet.

"Awak cakap senang, Farha. Saya yang alaminya." keluh Eidlan.

"Ada dua benda saja doktor boleh buat. Pertama, tak payah pergi. Lantaklah doktor Marysa atau sesiapa nak cakap apa sekalipun. Kedua, pergi saja tunjuk muka. Tunjukkan pada doktor Marsya doktor dah tak simpan perasaan padanya. So choose? Pilihan di tangan doktor."

Eidlan diam sejenak.

"Saya pilih pergi, tapi... "

"Tapi?" berkerut dahi Eliza memandang Eidlan yang seperti sedang berfikir itu.

"Saya ada satu cadangan?" wajah Eliza di
pandang. Pandangan tepat ke dalam mata Eliza.

'Apa hal mamat ini pandang aku semacam. Macam ada yang tak kena sahaja. Jangan-jangan dia...'

"Awak kena teman saya." ucap Eidlan selamba.

"Say what!" terjegil mata Eliza mendengar bicara doktor muda itu. Pemikiran dia memang luar dari kotak. Pesakitnya pun boleh dibawa teman pergi majlis kahwin rakan kerjanya. Gila tak gila dia itu?

"Saya harap awak boleh tolong saya, Farha," pinta Eidlan sunguh-sungguh.

"No.. no.. saya bantah permintaan doktor ini." Eliza menolak mentah-mentah cadangan gila doktor itu.

"Please lah, Farha." sungguh-sungguh Eidlan memujuk Eliza bersetuju dengan cadangannya itu.

"No, saya tak setuju. Nanti kawan sekerja doktor yang hadir majlis itu nampak saya kata apa pulak? Memang taklah." Eliza membantah keras.

"Bolehlah, awak saja yang boleh tolong saya dan faham tentang perasaan saya sekarang ni." pujuk Eidlan lagi.

"Tak apalah, kalau diorang anggap kita macam itu tak apalah. Bukan diorang kenal awak pun. Yang kenal Marsya aje. At least dia yakin saya tak ada perasaan pada dia lagi." tokok Eidlan lagi.

'Aduh! Mamat ini memang buat jiwa aku kacaulah. Dia datang dalam hidup aku buat kacau bilau. Menyesal pula aku berikan cadangan suruh dia pergi tadi. Kalau aku tahu dia nak suruh aku pergi, memang taklah aku bagi cadangan bodoh itu.' Omel Eliza dalam hati.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now