Bab 38

960 73 8
                                    

MELIHAT Kaabah di hadapan mata sungguh menenangkan jiwanya. Tidak pernah dia merasakan ketenangan seperti ini sebelum ini. Jiwanya sering berasa kosong dan tidak tenteram, entah mengapa dia sendiri tidak pasti kenapa. Namun, sebaik tiba di tanah suci ini hatinya kian tenang. Hebat sungguh kebesaran Allah, sebaik kakinya menjejak di rumah Allah jiwanya begitu damai. Segala kekosongan jiwanya terus terisi.

Usai bertadarus, Al-Quran di tangan ditutup serta dicium. "Syukur, Alhamdulillah."

Matanya tertarik pada seorang wanita yang duduk tidak jauh dengannya. Wanita itu mungkin sepertinya baru menyudahkan membaca Al-Quran dan solat-solat sunat. Dia hanya mampu melihat mata bundar wanita itu. Wanita itu menutup seluruh wajahnya dengan kain purdah, dia hanya mampu melihat tunak matanya. Cantik!

Di mana dia pernah lihat wanita itu? Seolah wanita itu tidak asing dengannya. Tetapi... mana mungkin dia mengenal wanita berpudah. Tanpa sedar dia hanyut dalam lamunannya.

'Aik mana wanita tadi?' Matanya tercari kelibat gadis itu. Namun hampa gadis itu lenyap dalam sekelip mata.

Perlahan-lahan kakinya melangkah di mana wanita itu duduk beribadah yang tidak jauh darinya. Tubuhnya dibongkokkan. Buku kecil yang berada di atas lantai kaabah itu dikutip. Setiap helaian diselak. Tiada penama. Hanya nota-nota perjalanannya ke sini sahaja yang dicatit wanita itu.

Di sebalik helaian terakhir matanya tertarik pada tulisan tangan itu. 'I think he's only meant to be a chapter'. Kata-kata di sebalik ayat ringkas itu tertulis penuh makna.

Peluh merecik di dahinya serta-merta membuatkan dia terjaga dari lena. Mimpi ketika dia berada di tanah suci semakin kerap bermain di alam mayanya. Mimpi yang sama seperti ketika dia di tanah suci.

Laci di meja sisi katil ditarik. Buku nota kecil itu direnung lama. Dia tidak kenal pemilik buku ini, tetapi mimpi yang sering dia alami seolah mahu dia memulangkan buku ini kepada pemiliknya. Tapi di mana harus dia cari pemilik buku itu. Helaan dilepaskan Eidlan.

Bingkas dia bangun dari katil, air wuduk di ambil sebelum menunaikan solat tahajjud di waktu sepertiga malam. Ketenangan dicari melalui solat sunat tahajjud.

Usai salam kedua matanya terarah pada lukisan yang tergantung di dinding dan direnung lama. Kertas kanvas yang dilukis gambar kaktus itu direnung lama  Melihat tarikh lukisan itu telah disiapkan menunjukkan telah lama lukisan itu dibelinya. 'm_C?' adalah Initial trademark si pelukis. Trademark itu yang sering membuatkan dia tertanya-tanya sendiri.

Buku lukisan yang dimilikinya itu juga mempunyai initial trademark yang sama 'm_C'. Dia tahu buku itu bukan miliknya kerana dia tiada bakat dalam lukisan. Namun bagaimana buku lukisan itu ada padanya? Adakah dia mengenali pelukis itu. Kalau tidak bagai mana dia boleh memiliki buku itu? Sudah sering ditanya pelbagai orang siapa pelukis yang digelar m_C tetapi tiada seorang yang mengenali pelukis misteri itu. Mereka hanya menggelar pelukis misteri itu sebagai 'The prickly princess'. Siapakah The prickly princess?

Banyak persoalan di mindanya, tetapi tiada seorang yang mampu memberikannya jawapan yang dia mahukan.

◐.̃◐◐.̃◐◐.̃◐

TUBUHNYA yang letih membuatkan Eidlan merenggangkan tubuhnya. Sudah dua hari dia tidak sempat pulang ke rumah. Kerana ada pesakitnya yang memerlukan pemantauan rapi. Melihat pesakitnya yang tampak stabil membuatkan Eidlan tersenyum tenang. Dia sudah boleh pulang ke rumah dan berehat sebentar.

Eidlan terus masuk ke dalam kereta Audi A5 black metallic miliknya. Gear ditukar sebelum pedal minyak ditekan. Kereta BMW miliknya dahulu totally lost, kereta itu tidak boleh dibaiki disebabkan kemalangan teruk yang melibatkannya dua tahun lalu. Jadi Audi ini adalah kereta baru yang dibelinya setahun lalu selepas pulang dari luar negara.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now