Bab 61

1.3K 89 42
                                    

SEBAIK tiba di lapangan terbang KLIA2 tanpa berlengah Eidlan terus membawa Eliza ke rumah keluarganya seperti yang di rancang.

Pintu rumah milik keluarga Eidlan di renung lama Eliza. Air liur di teguk berkali-kali. Jantungnya pula mula berdegup kencang apabila memikirkan bagaimana dia harus berhadapan dengan ayah Eidlan yang tidak pernah menyukainya. Malah dia pernah berjanji meninggalkan anaknya. Tetapi kali ini dia memungkiri janjinya pula.

"Jom." Hujung lengan baju Eliza di tarik membuntuti langkah Eidlan.

"Awak, tak apa ke saya jumpa ayah awak ni?" Eliza mula tidak keruan.

"Tak ada apalah." Balas Eidlan tenang.

"Danish, lain kali ajelah." Eliza mula menolak tangan Eidlan yang memegang hujung lengan bajunya. Kakinya mula berundur setapak dengan berniat ingin pulang.

"Farha Eliza, jangan mengada!" Eidlan memegang pergelangan tangan Eliza kejap.

"Tapi..." suara Eliza mengendur.

"It's okay my little kitten. Come on, tak ada apa yang perlu awak takutkan. Semua akan baik-baik sahaja. I promise you."

"Tapi awak..." Eliza masih dalam keadaan tidak tenteram.

"Jangan risau, jom." Tangan Eliza di genggam erat Eidlan dan mula melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Eliza menarik nafasnya sedalam-dalamnya apabila melihat figura Datuk Dr. Muzafar yang sedang duduk di sofa sambil membaca surat khabar.

"Assalamualaikum, ayah." tegur Eidlan yang menyapa dengan tenang.

"Apa yang tercegat dekat depan pintu tu." tutur Datuk Dr. Muzafar sambil tersenyum segaris melihat anak sulongnya datang bersama Eliza.

"Farha, jemputlah duduk. Rumah uncle ni belum ada tanda nak runtuh lagi." Seloroh Datuk Dr. Muzafar dengan wajah serius.

'Datuk ni sedang bergurau dengan aku ke macam mana?' Desis Eliza dalam hati.

Wajah senyum kekok cuba di koyakkan Eliza apabila mendengar bicara Datuk Dr. Muzafar. Perlahan-lahan kakinya melangkah dan teragak-agak punggungnya dilabuhkan di atas sofa berhadapan dengan Datuk Dr. Muzafar. Jika ikutkan hatinya mahu sahaja dia larikan diri dari situ. Terlalu takut.

"Kak Farha.." Sarah tersenyum mesra melihat kedatangan bakal kakak iparnya. Jika menjadilah.

Eliza sekadar menarik senyum dan mengangguk hormat.

"Sarah buat apa lagi tu? Pergi buat air untuk tetamu ni." Arah Datuk Dr. Muzafar sebaik melihat anak perempuannya yang baru turun dari biliknya.

"Okey, ayah." Sarah terus meluru ke dapur membancuh air.

"Kak jemput minum, air biasa-biasa aje ni." Pelawa Sarah dengan menghidang air oren.

"Terima kasih Sarah."

"Akak jangan takut, semua akan okey." Bisik Sarah sambil tersenyum sebelum melangkah pergi.

Melihat Sarah yang sudah berlalu pergi baru Eidlan memulakan niat awalnya. "Ayah, tujuan Eid datang bawa Eliza hari ni adalah ingin meminta restu ayah membenarkan Eid berkahwin dengan Farha. Boleh tak?" soal Eidlan dengan selamba.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now