Bab 45

1K 84 22
                                    

LAJU sahaja kaki Eliza melangkah apabila melihat Eidlan yang berdiri tidak jauh darinya. Cepat-cepat butang lif untuk naik di tekan. Melihat Eidlan yang sedang menghampiri segera butang tutup di tekan berkali-kali.

"Tutup.. Tutuplah cepat." Eliza menekan butang lif berkali-kali. Sebaik sahaja pintu lif hampir di tutup sempat tangan Eidlan menahan pintu lif

"Tak sabar betul nak tutup lif." perli Eidlan sambil tersenyum memandang Eliza.

'Aduh kenapalah aku boleh satu hotel dengan mamat ni? Semakin nak elak semakin terserempak la pulak.' Eliza bermonolog di dalam hati.

"Eh, tak adalah. Pintu lif ni yang nak tutup." Eliza cuba berlagak selamba.

"Oh ye ke? Ingat nak elak dari saya tadi." tutur Eidlan sengaja. Sejak dari awal lagi dia tiba di hotel ini wanita itu jelas mengelak darinya.

"Elak? Mana ada, tak ada sebab saya nak elak Encik Eidlan." Eliza membela dirinya. Senyuman paksa diukirkan.

"Are you sure, Cik Eliza?" Eidlan mendekatkan wajahnya ke ke wajah Eliza.

Jantung Eliza mula bertindak luar kawalannya. Liur di tekak di telan berkali-kali. 'Kenapa mamat ni dekat-dekat dengan aku macam ni?' Perlahan-lahan kakinya berundur setapak bagi mengekal jarak selamat dari lelaki yang bernama Danish Eidlan itu.

Senyuman di leparkan Eliza bagi  menutup rasa gugup di hati. "Yes, indeed!."

"Cik Eliza yakin kita tak pernah kenal sebelum ni?" soal Eidlan sekali lagi dengan berubah nada kembali serius. Jujur dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang dia tidak mengenali wanita itu. Entah kenapa dia yakin yang dia kenal dengan dengan wanita itu sebelum ini.

Eliza jeda. Wajah Eidlan di pandang sebelum anak mata di larikan ke arah pintu lif.

Helaan di lepaskan Eliza. "Pernah."

"Seriously!" Eidlan memandang tepat wajah Eliza.

"Kan, kita dah jumpa masa Encik Eidlan nak beli lukisan tempoh hari." tutur Eliza selamba. Itu sahaja alasan yang dia mampu buat saat ini.

"Tsk..This girl." Eidlan tersenyum kecil rambutnya yang terjuntai di dahi di kuak ke belakang. Sengaja wanita itu mempermainkannya.

"Jika awak kata kita dah kenal masa saya beli lukisan tempoh hari. Kenapa awak buat tidak kenal saya semalam?" soal Eidlan sengaja. Bukan dia tidak sedar wanita itu jelas mengelak darinya.

"Ada ke? Macam tak perasan pulak." Dalih Eliza.

Senyuman herot di lemparkan Eidlan.

"Then, awak kenal Aryan?" soal Eidlan lagi. Sungguh dia tertanya-tanya apa hubungan adiknya dengan wanita itu. Memang wanita itu membuat tidak endah tetapi adiknya yang tampak teruja membuatkan dia tidak senang hati.

"No, I just know him as collector."

"Habis tu kenapa Cik Eliza dan Aryan boleh nak pergi ke tempat sama?"

'Aduh! Banyak soalan pulak mamat ni. Dia ingat ni pusat interview ke tak habis-habis dengan soalan dan jawapan.' omel Eliza dalam hati.

'Lif ni pun satu, dari tadi tak sampai-sampai. Tinggi sangat ke bangunan ni?'

"Nak buat macam mana dah tujuan kami sama." jawab Eliza malas.

"Bukan kerana Cik Eliza berada di sini sebab Cik Eliza ingin bertemu Aryan?"

'Bijak sungguh spekulasi dia. Patutlah jadi doktor.' Gigi di ketap kuat menahan geram.

"Encik Danish Eidlan, boleh tak jangan mengarut di siang hari. Saya tahu Encik Eidlan seorang bijak pandai. Tapi spekulasi tu biar bernas sikit." perli Eliza.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now