Bab 29

905 73 9
                                    

BUKU lukisan yang ditemui tadi ketika dia keluar mencari Eliza diselak satu helaian demi helaian. Matanya tertumpu pada lukisan yang terlukis di atas buku lukisan. Matanya mula terhenti pada sebuah lukisan yang pernah dia lihat dulu. Seorang gadis di berkerusi roda di kafe bersama ibunya.

"Lukis apa?" soal Eidlan ingin tahu.

"Lukis gambar budak yang berkerusi roda tu?" Eliza menunjuk ke arah seorang yang berkerusi roda dengan wajah yang pucat.

Perbualannya bersama Eliza seperti di ulang tayang tanpa sedar.

'Ini buku lukisan Farha.' desis Eidlan.

'Buku dia ada dekat sini, orangnya pergi mana?' Terbit rasa kurang enak dibenaknya. Risau pada Eliza mula mencengkam jiwamya. Risau jika terjadi sesuatu yang buruk pada gadis kesayangan itu.

Telefon di tangan disentuh. Nombor telefon Eliza dicari dan segera mendail nombor telefon Eliza. Namun panggilan tidak berjawab, hanya beberapa deringan akhirnya deringan itu mati kerana penerima tidak menjawab.

"Mana budak kecik ni pergi?" omel Eidlan yang mula risau.

'Mungkin pergi toilet agaknya,'  Eidlan menyedapkan hatinya yang mula gusar. Dia mahu bersangka baik. Jika gadis itu sakit pasti dia akan tahu. Kerana mana perginya gadis itu jika tidak ke ruang kecemasan. Memandangkan tiada informasi gadis itu keruangan kecemasan, bermakna gadis itu tiada apa-apa.

Eidlan kembali masuk ke ruangan bilik rawatannya. Buku lukisan di tangan diselak kembali. Helaian demi helaian buku lukisan itu diselak sambil menghayati. 'Cantik!' Senyuman bangga terlakar di bibir.

Siapa kata gadis kesayangannya itu tidak berbakat. Malah dari segi mata kasarnya, gadis itu pelukis yang berpontensi.

Matanya terhenti pada trademark yang terlakar di atas lukisan itu. 'm_C' Lukisan kecil berlatar belakang kaktus di renung.

'm_C?' Eidlan berfikir sejenak.

"Farha adalah pelukis misteri tu ke? The prickly princess?" Eidlan berteka-teki sendirian.

'O. M. G!' Eidlan menekup mulutnya.

Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman. Tidak dia menyangka takdir menemukan mereka. Sejak lukisan pertama dibelinya, sejak itu dia ingin menemui pelukis itu. Entah kenapa? Hatinya sungguh terpaut dengan lukisan itu. Malah kini hatinya terpaut kepada pelukis lukisan itu. Tetapi kini dia bersyukur kerana pelukis sebenar adalah orang yang paling dekat dengannya.

'Farha Eliza awak ibarat kaktus yang berduri.' tutur Eidlan yang hanya kedengaran di dalam hati.

◐.̃◐◐.̃◐◐.̃◐

PINTU bilik rawatan Eidlan direnung lama sebelum kakinya melangkah masuk. Wajahnya yang tampak sembab cuba menampal senyuman palsu. Hatinya yang perih cuba ditahan untuk mengawal emosinya yang bergelodak. Jika ikutkan hatinya, dia ingin pulang ke rumah segera. Tetapi dari fikiran warasnya dia masih sedar dengan tindakannya.

"Farha! Awak pergi mana? Kenapa saya call awak tak dapat-dapat? Saya ingat awak sakit atau pengsan lagi macam hari itu." ucap Eidlan bertubi-tubi. Riak risau terpamer jelas di wajah Eidlan.

Melihat wajah Eidlan yang nampak risau akannya, hatinya kian pedih. Mana mungkin dia sanggup menyakiti hati lelaki sebaiknya. Mana mungkin aku mampu memiliki orang yang sesempurnanya. Wajah Eidlan di renung lama tanpa suara.

"Kenapa ni? Awak sakit ke?" Eidlan merenung wajah Eliza lama. Bahu dipegang lembut.

Eliza menggeleng. "Tak." ucap Eliza dengan suara yang tidak kedengaran.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now