Bab 58

1.2K 92 37
                                    

BANGUNAN Mia Via gallery di pandang lama dari jauh. Kereta audi black metalic sengaja di parkir di luar kawasan parkir galeri.

Kata-kata terakhir Eliza yang di temuinya kali terakhir masih segar di dalam kotak fikirannya. "Cari memori awak yang hilang itu. Jika awak temui memori awak yang hilang itu, barulah awak temui saya kembali."

"Saya dah temui memori itu, Farha." tutur Eidlan sebak.

Tidak dapat dia bayangkan bagaimana wanita yang di cintainya menempuh segalanya di mana dia telah lupakannya. Malah kebenaran ayahnya tidak menyukai Farha membuatkan dia jauh lebih pedih di tangkai hatinya.

Di saat dia telah melupakan memori cinta mereka, Farha perlu mengingati memorinya sendirian. Menempuh segalanya sendirian. Tangannya memegang dadanya. Pedih. Dan sangat pedih menerimanya.

"Maafkan Danish." air matanya yang mengalir segera di seka.

Imbasan....

Straw di dalam gelas di main-main. Matanya meliar melihat keluar kafe. Melihat lelaki yang di tunggu tiba segera Eidlan bangun dari kerusi.

"Sorry bro, aku lambat sikit. Ada hal sikit tadi." tutur Farhan seraya melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan Eidlan.

"It's okay, aku tak tunggu lama pun." balas Eidlan mengerti.

"Kau nak jumpa aku kenapa?" soal Farhan tanpa selok-belok. Dia tahu lelaki di hadapannya itu inginkan sesuatu darinya. Kalau tidak, tiada sebab untuk mereka bertemu.

"Aku... Aku..."

"Kau nak cakap apa?" soal Farhan serius.

"Aku dah sembuh dari amnesia. Aku sudah ingat segalanya." tutur Eidlan sekali lafaz.

Farhan jeda. Helaan berat di lepaskan.

"Kau beritahu aku kau dah pulih pada aku, kenapa?" soal Farhan tidak beriak.

"Aku inginkan Farha kembali. Aku rindukan dia. Sayangkan dia."

Farhan tersenyum senget.

"Eliza bukan barang untuk di buang dan dikutip."

"Aku tahu, aku tahu semuanya salah aku. Aku salah kerana melupakan dia selama dua tahun ni." ucap Eidlan rasa bersalah.

"Aku bukan nak salahkan sebabkan kau amnesia. Kau amnesia sudah di takdirkan. Kita tak boleh tak halang. Tapi..." kata-kata Farhan terhenti.

"Tapi?"

"Aku tak nak Eliza terluka lagi kerana kau. Aku sendiri melihat betapa terluka kehilangan kau. Aku melihat betapa dia berasa bersalah kerana kemalangan yang terjadi pada kau. Pada masa yang sama semua orang salahkan dia. Kau bayangkan, bagaimana Eliza tempuhi sepanjang dua tahun ni."

"Maafkan aku kerana ayah aku salahkan Eliza." ucap Eidlan rasa bersalah.

"Keluarga aku dan kau tidak setaraf, aku rasa sudah tiba giliran kau undur diri seperti mana Eliza undur diri untuk kau satu tika dulu." ujar Farhan.

"Farhan, maaf aku tak boleh. Sungguh aku menyayangi Farha." Eidlan menggeleng. Sungguh dia tak mahu berpisah dengan wanita yang dicintainya lagi.

"Sayang tak cukup Eid dalam hidup ini, aku bukan jahat nak memisah-misahkan hubungan Eliza dan kau. Tetapi tanpa restu keluarga, tiada bahagia kau boleh kecapi. Kerana restu keluargalah asas bahagia."

"Restu," Eidlan melepaskan helaannya kesekian kalinya.

"Aku cuba, tapi restu pertama yang aku perlu dapat adalah dari kau, Farhan. Dan ibu ayah kau."

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now