Bab 32

912 69 12
                                    

"DANISH!" teriak Eliza kuat. Dahinya yang mula berpeluh-peluh tidak dihiraukan lagi. Darah yang mengalir ke jantungnya sedang mengepam laju membuat nafasnya tidak stabil. Kejadian kemalangan itu mula terlayar di kotak fikiran seperti pita rakaman.

"Eliz," Puan Emma memegang bahu anak perempuannya lembut yang tampak terkejut setelah sedar dari kemalangan dua hari lalu.

"Ibu..." mata Eliza mula bertakung air mata jernih. Kejadian kemalangan terjadi itu seperti di ulang tayang. Hatinya pedih tak tertanggung. Punca kemalangan itu sebahagian itu adalah disebabkannya juga.

"Ibu macam-mana keadaan Danish?" soal Eliza memandang Puan Emma dan Encik Othman.

Puan Emma dan Encik Othman saling berpandangan. Helaan dari mereka kedengaran.

"Keadaan Danish dah stabil, tapi Danish masih belum sedarkan diri." jelas Puan Emma yang nampak teragak-agak. Dia risau emosi anaknya terganggu jika dia melihat keadaan Danish.

"Tak sedarkan diri?" wajah kedua ibu bapanya direnung dengan matanya mula berkaca-kaca.

"Eliz nak tengok Danish," perlahan-lahan badannya yang masih sakit cuba bangkit. Kakinya sudah melanglah turun dari katil.

"Eliz, ini bukan masa yang tepat untuk Eliz melawat keadaan Danish. Keadaan Eliz pun tak berapa baik sekarang ni." tegah Puan Emma. Dia tidak mahu anaknya disalahkan sebab punca kemalangan. Walaupun tiada orang perkatakan tentang itu. Tetapi hati seorang ibu yakin. Keluarga Danish mesti salahkan anak perempuannya.

"Tapi..."

"Eliz! Dengar kata ibu." tegur Encik Othman dengan nada tegas.

Eliza terdiam. Akhirnya dia hanya mampu menurut kata kedua ibu bapanya. Walaupun hati kecilnya berharap dapat melihat keadaan Danish.

"Ibu balik dulu ya, masak untuk Eliz. Nanti petang ibu datang balik." tutur Puan Emma sambil mengusap lembut ubun-ubun anaknya itu.

"Okey, baliklah. Eliz okey aje." Eliza tersenyum lemah.

Sebaik melihat kedua ibu bapanya melangkah pulang. Perlahan-lahan kakinya melangkah turun dari katil. Badannya yang sakit tidak dihiraukan. Dalam fikirannya hanyalah mahu melihat keadaan Danish.

Segera wad Eidlan dicari. Kakinya yang terhencut tidak dipedulikan. Kakinya terus melangkah laju. Langkah terhenti setiba di hadapan bilik unit kawalan rapi.

Air matanya kembali bergururan. Tubuh Eidlan yang berselirat dengan wayar dan alat bantuan penafasan meremukkan hatinya.

'Ya Allah.' Tangannya mula menggigil.

"Apa lagi yang kamu nak? Tak puas lagi nak menghancurkan hidup Eid?" tegur Datuk Dr. Muzafar dengan nada sinis.

"Maaf Datuk, saya tak bermaksud..."

"Dah saya beritahu jauhi Eidlan, tetapi kamu masih berdegil. Sampai jadi macam ni. Apa lagi yang kamu tak puas hati?" pandangan tajam di lemparkan.

"Saya memang nak putus dengan Danish, tetapi..."

"Sudah! Saya tak mahu dengar apa-apa dari kamu lagi. Berambus dari hidup Eid. Cukuplah dengan kehadiran kamu menghancurkan hidup dia." jerkah Datuk Dr. Muzafar.

Orang sekeliling termasuk jururawat yang bertugas tidak lagi dihiraukan. Mereka hanya terkejut dengan drama swasta itu.

Air mata Eliza semakin lebat mengalir. Dia terduduk lemah. Kata-kata Datuk Dr. Muzafar seperti bilah pedang yang menikamnya ke dalam jantungnya.

"Jangan pernah muncul dalam Eidlan lagi." Datuk Dr. Muzafar menolak tubuh Eliza keluar dari bilik unit kawalan rapi itu.

"Berambus! Eid tak perlu perempuan macam kamu. Dia layak menerima orang yang lebih baik." ucapnya dengan angkuh.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now