Bab 15

1.1K 84 11
                                    

ELIZA minum segelas teh panas sambil menunggu Eidlan. Beg sandang yang dibawanya dibuka zip dan buku lukisan kecil dan pensil dikeluarkan dan diletakkan di atas meja. Itu benda penting yang perlu ada di dalam beg sandang yang dipikulnya setiap hari.

Lincah sahaja tangannya melakar di atas buku nota itu. Lakaran demi lakaran dicoretkan. Matanya tidak kalih dari atas kertas itu. Pensil diletakkan sebentar, cawan berisi dihirup perlahan. Eliza jeda melihat lukisan yang dilukisnya itu.

Tangannya kembali memegang pensil dan kembali melakar. Eliza tersenyum puas dengan lukisannya.

"Cantik!" serta-merta Eliza menoleh ke arah suara yang tiba-tiba menegurnya.

"Doktor." ujar Eliza yang agak terkejut. Buku lukisan serta merta ditutup. Seraya tersenyum sebaris melihat Eidlan yang sudah menarik kerusi di sisinya.

"Asal tutup? Baru nak tengok." Eidlan memuncungkan bibirnya.

"Siap pun awak, ingat lama lagi. Naik bosan saya dibuatnya." omel Eliza tanpa menjawab soalan Eidlan.

"Bosan? Macam tak aje saya tengok. Ralit benar saya tengok awak melukis, saya panggil berkali-kali tak dengar sampailah saya berdiri sebelah. Baru awak toleh."

"Oh... yeke?" Eliza tersengih. Dia memang, jika dia sudah mula melukis. Dia seperti di dalam dunianya sendiri.

"Lukis apa?" Eidlan sekali lagi bertanya.

"Lukis gambar budak yang berkerusi roda tu?" Eliza menunjuk ke arah seorang yang berkerusi roda dengan wajah yang pucat.

"Awak tahu dia sakit apa?" soal Eliza sambil memandang wajah Eidlan.

"Dia sakit leukemia." Eidlan berkata pendek.

"Ohh... kesiannya, tetapi tak apa. Mungkin ganjaran syurga buatnya." ujar Eliza sambil tersenyum tenang.

"Saya nak tengok." pinta Eidlan lagi.

"Nak buat apa? Saya belum siaplah." Eliza enggan menunjuk lukisan yang dilukis.

"Alah... bolehlah Farha, kejap aje." pujuk Eidlan lagi. Seboleh-bolehnya dia mahu melihat Eliza melukis.

Jujur dia mahu tahu sejauh mana si pencinta karya seni di hadapannya itu bisa melukis. Dia tidak pernah sekalipun melihatnya. Walaupun gadis itu berkata dia tidak pandai melukis mana. Tetapi hati kecilnya tetap ingin tahu. Hanya Farha seorang sahaja pelukis yang dia ingin lihat lukisannya. Kalau karya seni yang lain memang tidak mungkin dia mahu ambil tahu dan lihat.

"Tengok kejap eh?" Eidlan sudah memegang buku lukisan Eliza sambil tersenyum.

"Yelah... tapi jangan selak yang lain. Tengok yang itu saja. Kalau tak siaplah awak." ugut Eliza.

"Ye janji!" Jari kelingking dikeluarkan Eidlan tanda dia sedang berjanji.

Eidlan terpegun seketika. 'Cantik!' Walaupun lukisan yang di kata belum siap. Namun sentuhan lukisan yang dilakar nampak keseniannya dan cantik. Seperti lelaki yang bernama Hilman pernah berkata Eliza pasti seorang berbakat di dalam seni. Adalah benar seperti di perkata lelaki perkarya seni itu.

"Cantik! Kenapa awak kata, awak tak pandai melukis, Farha?" soal Eidlan memandang wajah Eliza tepat ke dalam anak matanya.

"Ermm... sebab saya rasa lukisan saya biasa-biasa saja." tutur Eliza merendah diri. Buku lukisan di tangan Eidlan segera diambil dan terus dimasukkan ke dalam beg sandangnya semula.

"Saya rasa jika dibandingkan, lukisan awak lagi cantik dari lelaki yang awak minat tu. Hilman kan nama dia?" jujur dari hatinya.

"Tak adalah, mana mungkin! Lukisan saya belum siap dah kata cantik. Siap dibandingkan lagi. Mengarut!"

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now