Bab 27

950 72 20
                                    

EIDLAN tiba ke Relac Cafe dengan memakai T-shirt hitam berleher berbentuk V. Matanya meliar mencari Eliza di seluruh genap kafe itu. Namun bayangan gadis itu tidak juga kelihatan.

'Kenapa Farha ajaknya ke sini?' Eidlan berfikir sejenak. Setahunya gadis itu dan dia hanya keluar melepak ke kafe ketika dia cuti sahaja.

"Danish, duduklah." Amirul menepuk bahu Eidlan lembut sambil menunjukkan tempat yang selalu di duduknya kosong tanda tidak berpenghuni.

"Hah, okey. Thanks." Eidlan yang agak terkejut dengan sapaan Amirul tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Matanya meliar kembali mencari kelibat Eliza.

'Tak ramai hari ini. Mungkin sebab hari biasa agaknya.' Eidlan bermonolog dalam hati. Kerana hanya ada beberapa orang di dalam kafe itu yang sedang makan dan juga melepak membaca komik. Itu pun boleh di kira dengan jari.

Suasana yang gelap membuatkan Eidlan bangkit dari kerusinya. 'Blackout ke?'

Matanya tertacap pada cahaya yang datang menghampirinya. Cahaya lilin menyinari satu sudut ruang kafe itu. Semakin lama semakin mendekat. 'Farha!'

Eidlan merenung figura Eliza dengan cahaya lilin dari jauh. Pakaian yang di pakainya hari ini nampak berbeza. Gadis itu memilih memakan dress berwarna biru gelap dan berbunga kecil berwarna putih dengan jacket jeans disarungkan ke tubuhnya. Tampak anggun di matanya. Gadis kesayangan itu walau memakai apa pun dia sentiasa terlihat anggun.

Tiba-tiba mula kedengaran suara nyanyian dari seluruh genap kafe itu. Para pelanggan yang lain sudah diberitahu lebih awal malah mereka juga memberikan sokongan dengan turut menyanyi lagu hari lahir untuk Eidlan bersama.

Eidlan tergamam. Jeda.

Eliza melemparkan senyuman manis ke arah Eidlan yang memandangnya yang tampak terkejut dengan kejutannya tiba-tiba.

Perlahan-lahan Eliza menghampiri Eidlan sambil memegang kek buatannya siang tadi. "Selamat hari lahir yang ke-30 Danish." bisik Eliza sebaik tiba di hadapan Eidlan.

Eidlan tidak bersuara. Hanya anak matanya sahaja tidak kalih memandang Eliza.

"Hari ni hari jadi saya ke?" soal Eidlan yang agak terkejut.

"Of course my Danish the Cat."

"Oh... saya terlupalah." Eidlan tergelak sendiri apabila dia tidak mengingati hari lahirnya sendiri.

"Thank you my little kitten." wajah Eliza di renung sedalam-dalamnya.

"Most welcome." Eliza tidak lekang melemparkan senyuman pada Eidlan.

Tepukan gemuruh dari penonton yang melihat drama swasta mereka. Lampu yang dipadam tadi kini dibuka semula.

"Abang tinggal kau orang dua bersemut dekat situlah." Seloroh Amirul seraya menarik lengan Leena supaya beredar dan menyambung kerja mereka semula.

"Thanks abang Mirul, thanks kak Leena." ucap Eliza ikhlas. Eidlan sekadar mengangguk dan tersenyum pada Amirul dan Leena.

"Awak buat suprise?" soal Eidlan yang memandang Eliza semula. Wajahnya yang nampak tidak sangka Eliza akan memberikan kejutan untuknya secara tiba-tiba.

"Yup, terharu tak?" Eliza menyeringai menampak sebaris gigi putih.

"Terharu sangat my little kitten." pipi Eliza dicuit lembut dengan jari. Dia bukan sahaja terharu malah sayangnya pada Farha semakin besar. Walaupun pada mulanya dia merasakan Farha seperti tidak mengambil serius tentang hubungan mereka. Tetapi siapa sangka gadis itu sangat menyayanginya juga.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now