Bab 39

1K 84 17
                                    

TELEFON yang bergetar di meja sisi katilnya menganggu lena Eidlan. Tangannya segara menggapai telefon pintar miliknya dan membuka WhatsApp yang dihantar si pengirim di pagi hari.

Aku dah dapatkan tiket galeri yang kau boleh tengok hasil seni m_C. Dekat galeri tu saje yang mempamerkan hasil karya m_C - Izhar

Okey, thanks Iz - Eidlan

Dalam pukul 10 aku hantar tiket tu dekat rumah kau - Izhar

Alright bro - Eidlan

Bingkas Eidlan bangun dari katil empuknya dan membersihkan diri. Tubuh badannya yang letih terus segar setelah membersihkan dirinya.

Tuala yang masih terlilit di pinggang dibiarkan. Kakinya terus melangkah ke arah kaktus yang diletakkan berhadapan dengan tingkap biliknya.

Tangannya mengangkat kaktus mini itu. Kaktus yang sudah lama dijaga walaupun tidak tahu siapa pemberi pohon berduri itu ketika dia sedar dari koma. Kaktus itu dijaganya sendiri kerana dia tertarik dengan pohon berduri itu, malah lukisan kaktus dan pokok kaktus itu seperti ada ikatan padanya.

Sengaja dia meletakkan pokok kaktus dan lukisan itu di sebelah menyebelah. Kerana kedua-dua itu seperti ada rahsia di sebaliknya.

"Fairy Castle Cacti." sebut Eidlan sambil menyentuh duri kaktus itu.

"Eh, dia berbunga." Serta-merta Eidlan melakarkan senyuman apabila sekian lama pohon kaktus itu dijaga. Akhirnya pokok itu berbunga juga.

'Cantik!'

Eidlan menyarung tubuhnya dengan kemeja berwarna hitam. Jam di meja sisi katil diambil. Namun perbuatannya terhenti apabila matanya beralih ke arah tali jam yang hendak dipakaikan ke tangan kirinya. Sudah lama dia melihat ukiran di tali jam itu. Tetapi sehingga kini dia tidak tahu apa maksud ukiran huruf di tali jam tangan itu. 'DnF'

'Apakah maksudnya?' Eidlan berteka-teki sendirian.

Cincin yang dimiliki yang berbentuk separa bulan itu juga direnung lama. Banyak teka-teki yang tidak terjawab dalam hidupnya. Buku novel yang dimilikinya diletak di sebelah menyebelah dengan cincin itu. Buku nota kecil yang ditemui di Kaabah dan buku lukisan yang tidak tahu pemiliknya itu diletakkan semua bersama. Sengaja semua benda yang penuh teka-teki itu diletakkan bersama lukisan kanvas dan kaktus.

Loceng yang berbunyi di rumahnya menghentikan lamunannya. Kakinya laju melangkah turun dan membuka pintu.

"Eid, how are you?" soal Izhar yang tersenyum lebar melihat sepupunya itu.

"Fine, always fine." Jawab Eidlan dengan nada sarkarstik.

"Macam mana teka-teki yang kau sering katakan tu. Ada jawapan tak?" Soal Izhar yang sudah sedia tahu perihal itu.

"Kalau aku tahu, tak adalah aku beriya nak tahu pasal pelukis misteri tu." balas Eidlan lemah. Sudah ramai orang dia tanya. Namun tiada seorang memberikannya jawapan yang dia mahu.

"Sorry bro," Izhar merasa bersalah. Bukan dia tidak tahu sepupunya yang mencari memorinya yang hilang itu.

"So, kau masih lagi mimpi benda yang sama ke sampai ke hari ni?" soal Izhar yang juga tahu tentang masalah Eidlan yang kerap kali mimpi tika dia mengerjakan umrah. Malah mimpinya tentang kaktus juga membuatkan kawannya juga obses tentang kaktus.

"Macam biasalah Iz, kalau beberapa hari aku tak mimpi. Mesti esok lusa aku akan mimpi lagi." Eidlan membuang pandang ke arah luar tingkap. Memori mimpi kembali terbayang diruang matanya.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now