Bab 43

989 76 20
                                    

ANAK mata Eidlan terpandang wajah Marsya yang duduk tidak jauh dari bilik meeting itu. Meeting itu diadakan di hospital utama Malaysia. Di mana barisan doktor yang terpilih mengikuti meeting tersebut. Wanita itu adalah wanita yang pernah dia cintai dan dia juga sedar wanita itu telah berkahwin dan di kurniakan seorang cahaya mata. Jujur dia sendiri dia tidak mengingati bagaimana perasaannya telah luput untuk Marsya.

"Majlis kahwin." tutur Eidlan. Kepalanya yang mula berdenyut di pegang setiap kali dia cuba mengingatinya.

'Kejap!' Dia datang ke majlis kahwin Marsya dengan seseorang. Tapi siapa yang menemaninya? Kenapa bayang-bayang gadis itu tidak jelas. Dia yakin dia bersama seorang wanita walaupun wajahnya tidak kelihatan di dalam kotak memorinya.

"Kau okey, Eid?" soal Marsya sebaik keluar dari bilik meeting tersebut.

"Hah? Okey aje. Biasalah sakit kepala sikit."

"Aku dengar kau mengalami lacunar amnesia, betul ke?" soal Marsya yang tidak mengetahui apa-apa setelah dia berkahwin dan berpindah hospital.

"Ha'ah, tapi aku sebenarnya pun tak pasti apa yang aku tak ingat. Sebab semua orang seperti menyembunyikan sesuatu dari aku." ujar Eidlan jujur. Dia tahu ahli keluarganya seperti menyembunyikan sesuatu darinya.

"Oh..take it slow, Eid. Everything has cure. Dengan izin Allah semuanya akan di permudahkan."

"Insya-Allah." Eidlan tersenyum lega dengan kata-kata Marsya.

"Kau dengan gadis comel tu lagi ke?" soalan cepumas dari Marsya.

"Gadis comel mana? Kau maksudkan siapa?" Eidlan tidak mengerti.

"Pesakit kesayangan kau lah siapa lagi?"

"Pesakit kesayangan aku?" Eidlan semakin keliru. Sungguh dia tidak mengingati siapa yang di maksudkan Marsya.

"Pesakit kau yang kau paling rapat, and then masa aku kahwin kau datang dengan dia. Aku fikir kau memang together dengan dia. Sebab kau nampak mesra dengan dia."

"Marsya, kau serius ke apa yang kau cakap ni?!"

"Kau tak ingat pesakit kesayangan kau tu me?" Soal Marsya yang seakan tidak percaya.

"Serius! Aku tak ingat siapa yang kau sedang maksudkan."

"Jangan-jangan, benda yang kau tak ingat adalah gadis tu." teka Marsya.

Eidlan memandang tepat wajah Marsya.

"Marsya, kau ingat tak siapa nama dia?" soal Eidlan sungguh-sungguh. Sungguh selama ini dia ingin tahu siapa orang yang dia lupakan itu.

"Aku lupa nama dia lah. Sebab dah lama dia jadi pesakit aku."

"Oh.." Eidlan menunduk hampa.

"Relax, jangan sedih dulu. Kalau tidak silap masa aku kahwin kau orang ada bergambar dengan aku. Aku rasa ada gambar kau dengan dia." ucap Marsya.

"Seriously! That be great."

"Yup.. Nanti kalau aku jumpa gambar tu aku bagi kau."

"Thanks Marsya, gembira aku dapat jumpa kau. Jika tidak, pasti aku sampai sekarang masih tertanya-tanya." ucap Eidlan dengan nada gembira.

"No biggie Eid,"

Marysa tersenyum kecil. Memang benar kata-kata kawan sejawatnya Eidlan sudah berbeza. Dia tidak seceria dulu selepas dia kemalangan. Mungkin dia sedang mencari sesuatu yang hilang dalam hidupnya membuatkan dia tidak mampu mengapai bahagia itu.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now