Bab 41

1K 81 22
                                    

KERTAS projek itu diselak Eliza. Sudah lama projek itu dirancang hanya belum dibentangkan pada anak buahnya. Kerana banyak perancangan harus dibuat sebelum projek itu dilaksanakan

"Sorry menganggu masa kamu semua. Saya nak jalankan meeting hari ini bersebab,"

"Murni," kertas dihulurkan pada Murni.

Laju Murni bangun dari kerusinya dan mengedarkan kertas tersebut kepada setiap seorang.

"Saya pun sudah berbincang dengan Maira kita akan membuatkan exhibition untuk karya dua jejaka di dalam kertas itu." Terang Eliza lagi.

"Wow! Serius ke Cik Eliza?" soal Johan seakan tidak percaya apabila dua lelaki kacak itu yang akan bekerjasama dengan mereka.

"Ye."

"Tapi kan, macam mana Mr. Luccas itu kita nak contact dia untuk dia bersetuju membuat pameran di galeri kita?" soal Lia. Bukan dia tak tahu Mr. Luccas adalah pengkarya terkenal luar negara malah dia seorang yang jarang mahu bekerjasama dengan pihak luar.

"Jangan risau, untuk Mr. Luccas itu saya yang akan uruskan. Yang kamu kena uruskan adalah Encik Hilman. Saya tugaskan kamu untuk memberitahu pada Encik Hilman tentang cadangkan kita ini."

"Oh, okey." Johan mengangguk faham.

"Saya buat ni ada dua sebab. Pertama, saya memang suka dengan karya mereka berdua dan yang kedua saya juga promote muka mereka berdua. Well, zaman sekarang ramai suka tengok rupa, kan. Betul tak? Jadi ini adalah satu marketing yang saya sedang ingin lakukan." jelas Eliza lagi.

"Betul tu. Saya sokong dengan Cik Eliza. Pada masa sama lukisan di dalam galeri kita, kita boleh promote dan membuatkan galeri semakin di kenali ramai." ujar Maira pula.

Mereka bertiga mengangguk mengerti.

"Tuk... tuk..." pintu bilik diketuk dari arah luar. Wajah Helmi yang merupakan pekerja separuh masa yang baru di galerinya itu mula menjengah masuk ke dalam bilik meeting.

"Ya Helmi?"

"Ada orang nak jumpa Cik Eliza." Balas Helmi.

"Jumpa saya?" Eliza beralih memandang wajah Maira. Pelik! Jarang orang mencarinya. Selalunya orang akan berurusan dengan Maira terlebih dahulu. Jika Maira tiada baru menemuinya.

"Siapa?"

"Dia pernah beli lukisan di sini tiga hari lepas." ucap Helmi lagi.

"Oh, tapi kenapa? Lukisan dia beli itu ada masalah ke?" soal Eliza pelik.

"Saya tak pasti, Encik itu tidak beritahu kenapa. Dia hanya datang ingin menemui Cik Eliza."

"Jumpa saya? Siapa nama dia?" soal Eliza dengan dahinya mula berkerut.

"Kalau tidak silap dia sebut namanya Danish Eidlan."

Berubah wajah Eliza mendengar nama Eidlan yang meluncur dari mulut budak lelaki yang bekerja separuh masa itu. Jantungnya mula berdetak laju.

'Apa yang Danish nak?'

Maira yang menyedari lantas bangkit dari kerusinya. "Biar aku jumpa dia." Maira menawarkan dirinya.

"Tak apa Maira, aku boleh aje jumpa dia." Eliza menolak sambil tersenyum nipis.

"Tapi..."

"Tak apa, aku dah okey." Eliza menepuk lembut bahu Maira lembut. Maira hanya mampu mengangguk setuju memandangkan sahabatnya sudah membuat keputusan.

"Helmi, tunjukkan Encik Eidlan itu berada di mana?" Pinta Eliza pada Helmi.

"Baik Cik Eliza."

Eliza terus melangkah menuju di mana Eidlan berada. Wajah Eidlan dipandang dari jauh. Kekacakan lelaki itu tidak pernah hilang. Sentiasa segak dan tampak kemas. Malah mata hazelnya memandang ke arahnya sentiasa menawan hatinya.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now