Bab 51

1.1K 82 27
                                    

"SIAPA tahu rupa panda macam mana?" soal Eliza sambil memegang marker pen di tangan.

"Siapa tahu angkat tangan?"

"Saya...saya...saya.."

"Okey, ye adik kacak."

"Nama siapa?" soal Eliza memandang ke arah kanak-kanak lelaki yang sedang mengangkat tangan.

"Ali."

"Okey Ali, apa jawapannya?"

"Macam beruang."

"Beruang?" Eliza menarik senyum.

"Hmmm... Bolehlah jawapan tu." Eliza tergelak kecil.

"Panda besar macam beruang tapi panda makan buluh beruang makan daging."

"Beruang kalau lapar dia akan makan cari Ali nak makan daging.. Armmmm." Eliza membuat riak mahu menerkam Ali.

"Ahh... Tak nak!"

"Ha..haha..." Eliza tergelak suka menyakat kanak-kanak yang berumur 6 tahun itu.

"Kalau tak nak kena makan dengan beruang, jangan jadi budak nakal. Beruang tak makan budak baik."

"Ali baiklah.. Ali baik.." ucap Ali dengan nada bangga.

"Mestilah Ali baik, semua dekat kelas cikgu ni semua baik-baik."

Tidak jauh ada sepasang mata tersenyum melihat gelagat Eliza yang kelihatan comel di matanya.

"Eh.. Doktor Eid? Buat apa dekat sini?" soal Aishah melihat Eidlan yang berdiri tidak jauh.

"Tak ada apa saje nak tengok-tengok."

"Oh... Comel betul Cik Eliza tu kan?" ujar Aishah.

Eidlan tidak menjawab matanya ralit memandang Eliza yang melayan karenah kanak-kanak yang tampak suka dengan cara pengajaran Eliza yang selamba itu.

Aishah melirik ke arah Eidlan yang tidak memberi tidak balas dengan soalannya.

'Huh! Nampak tu.' Aishah menggeleng sambil tersenyum kecil.

'Patutlah Doktor Alisa tengok Eliza macam tak puas hati. Pesaing rupanya.' Dia bukan tak tahu Doktor Alisa yang terhegeh pada doktor Eidlan. Tetapi doktor Eidlan langsung tidak memandangnya walaupun sedikit pun. Ini Eliza, doktor Eidlan pandang tak berkelip memang menyinga lah minah itu.

◐.̃◐◐.̃◐◐.̃◐

"ELIZA, duduk sini." panggil Aishah apabila melihat Eliza yang melilau mencari tempat duduk kosong di kafe itu. Harap maklum waktu rehat pekerja hospital dan juga waktu makan tengah hari. Memang di penuhi pesakit dan keluarga pesakit dan juga pegawai hospital.

"Terima kasih." ucap Eliza seraya tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan Aishah.

"Hi, may I join you guys?"

Serentak Eliza dan Aishah menoleh ke arah suara yang sudah duduk di sisi Eliza.

"Ah..sure," balas Aishah yang teragak-agak. Jika mahu menolak pun lelaki itu sudah duduk. Mahu ataupun tidak terpaksalah setuju.

"Hai Eliza, kita bertemu lagi." ucap Eidlan selamba.

Aishah dan Johan yang mendengar sudah memandang antara satu sama lain. Terbit rasa ingin tahu. Sama ada mereka pernah kenal. Tetapi wajah Eliza yang bersahaja membuatkan mereka berdua sangsi.

"Eliz, nice to meet you again. Kita sering bertemu di mana pun I pergi. Betullah saya kata kita ni ada jodoh yang kuat."

Eliza sudah mengangkat mukanya memandang empunya suara. Tidak lain tidak bukan lelaki yang sering mengatakan perihal jodoh adalah lelaki bernama Aryan.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now