Bab 36

970 80 16
                                    

PINTU bilik studio dibuka Maira. Seluruh genap ruang bilik itu dicari sehingga ke dalam tandas. 'Mana pulak budak ni pergi? Dah balik rumah ke? Tapi Eliza tak ada pulak cakap apa-apa pada aku.' Telefon pintar di dalam saku dikeluarkan melihat notification yang diterimanya.

Thank you for everything my lovely friends - Eliza

'What!' Maira bingkas berlari menuju ke pintu. Di mana satu-satu pintu keluar yang boleh Eliza ikuti iaitu pintu belakang studio itu. Itulah tempat kebiasaannya dia masuk dan keluar tanpa orang sedari. Matanya terus meliar mencari figura Eliza, namun gagal.

Nafasnya berombak. 'Mungkinkah Eliza membawa diri?'

Dalam keadaan serba salah Maira melangkah masuk ke dalam galeri. Pandangan dibuang ke arah luar. Kereta mini copper S berwana cili merah memandu laju masuk ke dalam perkarangan kotak parkir Mia Via galeri.

"Huishh... siapa yang datang pagi-pagi ke galeri ni? Laju pulak tu bawa kereta." ujar Johan yang melihat kereta mini copper yang meluncur laju ke Mia Via galeri.

"Apa benda?" soal Murni yang turut menyibuk melihat ke arah luar.

"Kereta mini copper tu lah, laju betul masuk parking." ujar Johan lagi.

Semua mata terarah ke arah kereta mini copper S tersebut. Mereka cuba melihat pemilik kenderaan itu dari jauh.

Maira yang berdiri tidak jauh juga terpaku melihat kenderaan itu. 'Eliza!' Mata tidak berkedip. Dia kenal benar dengan pemilik kereta mini copper S yang berwarna merah cili itu dengan line hitam itu.

Walaupun Eliza sangat jarang memandu kereta itu, dia sebagai kawan rapatnya pernah menaiki kereta itu beberapa kali jika mereka keluar jalan jauh bersama.

Eliza keluar dari kereta itu dengan wajah tenang. Penampilannya juga berubah dengan pakaian disarungkan dengan blouse berwarna merah jambu dan menyarungkan skirt labuh berwarna hitam. Kakinya yang menyarungkan kasut bertumit setinggi tiga inci dengan yakin.

"Hi morning guys," Eliza menyapa mesra.

"Ah, morning Cik Farha." balas Murni dan Johan teragak-agak. Serba salah mahu memanggil dengan panggilan apa.

"Kau orang tiga orang dah sarapan belum?" soal Eliza melihat tiga orang stafnya yang nampak baru tiba.

"Belum lagi Cik Eliza," Lia menjawab sambil tersenyum.

"Jom ke pantri, kita makan sama-sama." Eliza menarik lengan Lia dan Murni ke dalam.

"Eliza," panggil Maira yang masih terkaku melihat Eliza yang datang tiba-tiba dengan penampilan yang berbeza.

"Kau okey tak ni?" soal Maira lagi. Jelas terpancar kerisauan di wajahnya.

"Okey, sihat Alhamdulillah."

"Tapi, bukan ke..."

"Don't worry, I fine already. But, start from today and onward I'll working as usual and I no longer as part-timer." Tutur Eliza dengan sekali lafaz.

Meluas mata Maira mendengar kata-kata sahabatnya itu. Sungguh dia tidak percaya apa yang dia dengari. "Seriously?"

"Yup, indeed." senyuman yakin dipamerkan.

◐.̃◐◐.̃◐◐.̃◐

3 bulan kemudian

PAGI-PAGI lagi Eliza sudah melangkah ke arah taman mini yang dibina semenjak dia bekerja tetap di Mia Via galeri. Pokok-pokok kaktus disiram dengan air yang cukup sederhana bersesuaian dengan keperluan air pada kaktus itu.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now