Bab 9

1.3K 95 20
                                    

"CEPATLAH! Lambatlah doktor ni jalan, macam kura-kura." omel Eliza apabila Eidlan melangkah perlahan dengan sengaja. Jelas lelaki itu malas mahu melangkah masuk ke dalam galeri itu.

"Apa yang nak di kelam kabutkan sangat, Farha? Kita dah sampai, kan?" tergeleng kepala Eidlan melihat gelagat Eliza yang tak reti menyabar itu. Pada hal mereka sudah sampai ke galeri yang Farha mahukan. Pening dia dibuatnya.

Jujur dia tidak berminat ke pameran galeri seni seperti ini. Namun apa boleh buat demi nak gadis itu menemaninya ke majlis perkahwinan Marsya, terpaksa juga dia bersetuju. Walaupun separuh hatinya memang tidak mahu.

"Farha awak tak reti memandu kereta ke?" soal Eidlan apabila dia terfikir abah gadis mempunyai kereta. Tetapi kenapa gadis itu tidak meminjam sahaja ke sini.

"Jom, cepat." lantas Eliza menarik lengan baju Eidlan memintanya melangkah lebih pantas tanpa menghiraukan soalan Eidlan.

Eidlan hanya tersenyum melihat gelagat Eliza yang teruja masuk ke dalam galeri seni itu. Dia sendiri tak pasti apa yang gadis genit itu suka dengan galeri seni yang dia sendiri rasa bosan itu.

Mata Eliza ralit memerhati lukisan-lukisan yang tergantung di dinding. Dia seolah-olah sudah berada di dalam dunianya sendiri. Hanya diam dan memerhati lukisan-lukisan yang tergantung cantik di dinding.

Tanpa sedari Eidlan mengukir sebaris senyuman melihat Eliza yang ralit memerhati lukisan yang tergantung di dinding. "Aku ingat dia memang tak tahu senyap. Tahu rupanya."

"Doktor... "

"Farha, berapa kali saya nak beritahu panggil saya dengan nama. Tak payah nak doktor sangat dekat luar ni," tutur Eidlan tegas.

"Maaf, lupalah." Eliza menyeringai.

"Danish, awak faham tak maksud lukisan bunga ros tu?" Eliza menunjuk lukisan di dinding yang direnung lama.

"Awak tanya saya? Memang taklah." Eidlan tergelak kecil. Pada pandangannya lukisan itu hanyalah sekuntum bunga ros yang dicoretkan di atas kanvas.

Eliza mengeleng. "Awak tahu tak lukisan bunga ros ini penuh dengan makna. Pelukis sedang menunjukkan di sebalik kelopak bunga ros yang berguguran. Begitulah kehidupan kita sebagai seorang manusia. Sebaik saja memekar indah, kelopak demi kelopak akan mula berguguran dan akhirnya tinggal debu-bunga."

"Wow, you had good of judgement." tegur seseorang dari belakang. Eidlan dan Eliza serta-merta menoleh ke arah suara tersebut.

"Ah?! Tak adalah." ucap Eliza dengan merendah diri. Malu apabila di puji tiba-tiba.

"Mesti awak seorang yang pengkarya seni?"

"Eh, tak adalah. Saya ini hanya penggemar karya seni aje, terutama karya seni Encik Hilman." tutur Eliza malu-malu.

'Eh minah ni... sejak bila reti malu ni? Setahu aku dia ini muka candi tak reti malu. Bukan main dia punya mengeletis depan mamat ni.' Gumam Eidlan dalam hati.

"Awak kenal saya? Tak sangka!" ujar Hilman dengan nada teruja juga.

"Mestilah... karya Encik Hilman boleh membuatkan semua orang tertawan tau."

'Tertawan sangat! Aku langsung tak tertawan. Bosan aje karya mamat ni aku tengok.' Eidlan mengherotkan bibirnya. Menyampah!

"Saya ni bukanlah karya seni yang popular sangat, banyak lagi yang terkenal. Malu saya awak cakap macam tu." Hilman merendah diri.

'Alamak! Mamat ini pun nak mengada jugak macam minah sebelah ni, ke?'

"Hmm... " Eidlan berdehem kuat sehingga membuatkan Eliza dan Hilman menoleh kearahnya.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now