Bab 28

976 69 19
                                    

EIDLAN tersenyum-senyum sebaik sahaja parcel yang di tunggu-tunggunya tiba. Parcel yang diterima itu dibuka dengan cermat. Plastik luar dikoyakkan dan kotak yang dibungkus kemas dikeluarkan.

"Sampai pun," ucap Eidlan sendirian. Cincin couple yang ditempah hampir tiga bulan lalu akhirnya diterima juga. Gembira bukan kepalang.

"Tak sabar nak tunjuk Farha." Cincin di dalam kotak cincin itu dibelek-belek.

Kalendar di meja biliknya rawatannya dikerling. 'Kalau tak silap hari ni Farha akan datang buat medical check-up. Cantiklah!'

"Kau dah kenapa? Sengih-sengih tak sudah dari tadi. Aku dah rasa macam kerja dengan orang gila pulak." tegur Zul apabila melihat rakan sekerjanya yang seperti kerang busuk itu.

"Tak ada apa." kotak cincin yang di terima segera di masukkan ke dalam laci.

"Tadi masa aku naik tadi, aku nampak girlfriend kau lah. Dia datang buat check-up ke hari ni?" soal Zul.

"Farha dah sampai?" Eidlan yang teruja terus bangun dari kerusinya.

"Dah."

"Yes! Aku jumpa dia dulu tau." laju sahaja kaki Eidlan melangkah keluar dari biliknya.

"Pantang dengar nama Farha, mulalah teruja." Zul menggeleng kepala.

Matanya meliar mencari Eliza yang berada di kawasan pesakit luar. Anak matanya terhenti pada susuk tubuh yang amat dia kenali. Lantas Eidlan tersenyum senang.

"Farha." tegur Eidlan sebaik berada di hadapan Eliza.

"Doktor,"

"Tak payahlah doktor sangat." Eidlan mencebik.

"Dekat hospital kan? Sebab itu saya panggil doktor."

"Awak memang!" ujar Eidlan geram. Entah kenapa gadis kesayangannya itu suka benar memanggil gelaran doktor.

"Hah! Macam mana result darah okey tak?" soal Eidlan ingin tahu.

"Belum tahu, kena tunggu result keluar kejap lagi."

"Hah, okey. Nanti masuk bilik saya lepas dapat result darah dan saya ada kejutan nak tunjuk dekat awak sekali." pesan Eidlan lagi.

"Okey." Eliza membuat simbol okey dengan jarinya.

"Awak dahlah, pergi sambung kerja sana." Eliza menolak Eidlan pergi meninggalkannya. Jika lelaki itu terus-terusan dengannya semakin panjang pesakitnya beratur.

Lebih kurang satu jam keputusan darah diterima. Haemoglobin nya juga dalam kadar yang baik serta tidak memerlukan pemindahan darah seperti bulan-bulan sebelum ini.

"Danish mesti suka tengok result darah aku dah okey ni." Eliza tersenyum senang. Tidak sabar menemui Eidlan. Lagi-lagi lelaki itu menyimpan kejutan untuknya. Entah mengapa dia mula suka dengan setiap kejutan Danish berikan.

'Apalah agak-agaknya?' Eliza berteka-teki sendirian.

Perlahan kakinya melangkah menuju ke bilik rawatan Eidlan berada.

"Cik Farha Eliza." lantas Eliza menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Tunak matanya menilik dari atas ke bawah.

"Ya saya." berkerut dahi Eliza melihat seorang wanita muda berpakaian kemas memanggilnya.

"Saya Amalina setiausaha Datuk Dr. Muzafar. Tujuan saya panggil Cik Farha secara tiba-tiba kerana Datuk Dr. Muzafar ingin menemui Cik." jelas Amalina.

'Setiausaha? Datuk Dr. Muzafar? Macam kenal nama tu. Siapa erk? Tapi apa yang Dr. Muzafar tu nak dengan aku?' Berlegar-legar soalan berada di kotak fikir Eliza.

 𝙆𝙖𝙣𝙫𝙖𝙨 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 ✔Where stories live. Discover now